Tabung Pembangunan Masjid dan Amal Jariah Johor

Tabung Pembangunan Masjid dan Amal Jariah Johor

Share

Ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor pada 10 Februari 1999

27/05/2026

𝑸𝒖𝒓𝒃𝒂𝒏 : 𝑺𝒆𝒃𝒖𝒂𝒉 π‘²π’Šπ’”π’‚π’‰ & π‘·π’†π’π’ˆπ’‚π’‹π’‚π’“π’‚π’

Aidiladha bukan sekadar tentang pengorbanan, tetapi juga tanda ketaatan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan.
Melalui ibadah qurban, kita belajar erti memberi, berkongsi rezeki dan membantu mereka yang memerlukan.

β€œDaging dan darah binatang qurban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu.”
β€” Surah Al-Hajj : 37

Semoga setiap amal ibadah yang dilakukan pada hari-hari mulia ini diterima dan diberkati Allah SWT.

Dalam kita meraikan Aidiladha, marilah bersama-sama menyumbang ke Tabung Pembangunan Masjid Dan Amal Jariah Johor bagi menyokong usaha pembangunan, kebajikan serta pengimarahan institusi masjid demi manfaat ummah.

Untuk menyalurkan sumbangan, anda boleh klik pada link yang telah diberikan di bawah;
https://toyyibpay.com/Derma10

Atau menyumbang melalui Aplikasi Boost E-Wallet yang boleh di muat turun melalui Google Playstore & Apple Appstore

Layari Laman Sesawang Rasmi TPMJ
www.tpmj.gov.my

Semoga dengan sumbangan anda hari ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat dan pembangunan masjid dan surau diseluruh negeri Johor





26/05/2026
22/05/2026

5 Peristiwa Besar Dalam Bulan Zulhijjah

Bulan Zulhijjah bukan sekadar bulan ibadah, tetapi bulan yang dipenuhi kisah pengorbanan, ketaatan dan keikhlasan yang menjadi pedoman sepanjang zaman.

Daripada kisah agung Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, ibadah haji di Masjidil Haram, Hari Arafah, Aidiladha sehinggalah khutbah terakhir Nabi Muhammad β€” semuanya membawa satu pengajaran besar:

✨ Taat kepada Allah
✨ Ikhlas dalam pengorbanan
✨ Sabar menghadapi ujian
✨ Mengutamakan reda Allah dalam kehidupan

Semoga Zulhijjah kali ini menjadikan kita insan yang lebih dekat dengan Allah dan lebih menghargai makna sebenar sebuah pengorbanan.

Dalam keberkatan bulan mulia ini, marilah kita bersama-sama menyumbang ke Tabung Pembangunan Masjid Dan Amal Jariah Johor demi manfaat ummah dan generasi akan datang.

β€œSesungguhnya orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.”
β€” Surah At-Taubah : 18

Untuk menyalurkan sumbangan, anda boleh klik pada link yang telah diberikan di bawah;
https://toyyibpay.com/Derma10

Atau menyumbang melalui Aplikasi Boost E-Wallet yang boleh di muat turun melalui Google Playstore & Apple Appstore

Layari Laman Sesawang Rasmi TPMJ
www.tpmj.gov.my

Semoga dengan sumbangan anda hari ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat dan pembangunan masjid dan surau diseluruh negeri Johor.




Photos from Tabung Pembangunan Masjid dan Amal Jariah Johor's post 18/05/2026

Alhamdulillah, Mesyuarat Pengurusan Tabung Pembangunan Masjid dan Amal Jariah Johor (Zon Utara) Kali 2 Tahun 2026 telah selesai dilaksanakan dengan lancar.

πŸ“… 18 Mei 2026 (Isnin)
πŸ“ Nasuha Herbs & Spice Farm, Muar, Johor

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Haji Suhaimi bin Haji Rebu, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang hadir serta memberikan kerjasama sepanjang mesyuarat berlangsung. Semoga segala perbincangan dan keputusan yang dicapai dapat memberi manfaat dalam memperkasakan pembangunan masjid dan amal jariah di negeri Johor.





15/05/2026

SELAMAT HARI GURU

β€œGuru bukan sekadar mengajar ilmu, tetapi membentuk akhlak, menyemai adab dan menerangi jalan kehidupan.”

Sempena Sambutan Hari Guru pada hari ini, marilah kita bersama-sama menghargai segala jasa dan pengorbanan para pendidik yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu demi masa depan anak bangsa. Semoga setiap langkah, nasihat dan ilmu yang diberikan menjadi amal jariah yang berpanjangan buat semua guru.

β€œBarangsiapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga.”
(HR. Muslim)

Dalam kita meraikan insan bergelar guru, jangan lupa juga untuk bersama menyokong usaha memakmurkan rumah Allah melalui sumbangan kepada Tabung Pembangunan Masjid Dan Amal Jariah Johor. Semoga setiap sumbangan kecil menjadi saham akhirat yang berkekalan.

Untuk menyalurkan sumbangan, anda boleh klik pada link yang telah diberikan di bawah;
https://toyyibpay.com/Derma10

Atau menyumbang melalui Aplikasi Boost E-Wallet yang boleh di muat turun melalui Google Playstore & Apple Appstore

Layari Laman Sesawang Rasmi TPMJ
www.tpmj.gov.my

Semoga dengan sumbangan anda hari ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat dan pembangunan masjid dan surau diseluruh negeri Johor

Ilmu diberkati apabila adab dihiasi dan hati sentiasa memberi.




Photos from HRH Crown Prince of Johor's post 09/05/2026
08/05/2026

ADAB KETIKA BERADA DI MASJID

Masjid bukan sekadar tempat menunaikan solat, bahkan tempat mendidik hati agar lebih tenang, beradab dan dekat dengan Allah SWT. 🀍

Mari sama-sama kita menjaga adab ketika berada di rumah Allah:
✨ Menjaga kebersihan
✨ Menjaga suara
✨ Menghormati jemaah lain
✨ Memuliakan masjid dengan akhlak yang baik

Semoga setiap langkah ke masjid menjadi asbab rahmat dan keberkatan buat kita semua. 🀲🏻

β€œSesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat…”
(Surah At-Taubah : 18)

Untuk menyalurkan sumbangan, anda boleh klik pada link yang telah diberikan di bawah;
https://toyyibpay.com/Derma10

Atau menyumbang melalui Aplikasi Boost E-Wallet yang boleh di muat turun melalui Google Playstore & Apple Appstore

Layari Laman Sesawang Rasmi TPMJ
www.tpmj.gov.my

Semoga dengan sumbangan anda hari ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat dan pembangunan masjid dan surau diseluruh negeri Johor




Photos from Tabung Pembangunan Masjid dan Amal Jariah Johor's post 08/05/2026

Alhamdulillah selesai sudah Forum Tabung Pembangunan Masjid dan Amal Jariah Negeri Johor Peringkat Daerah Johor Bahru yang telah berlangsung di Masjid Al Makmur, Taman Bukit Tiram.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para panel jemputan, moderator, pihak masjid, urus setia serta seluruh Muslimin dan Muslimat yang hadir memeriahkan majlis ilmu ini.

Semoga segala perkongsian, nasihat dan ilmu yang disampaikan memberi manfaat serta menjadi asbab kebaikan berterusan kepada kita semua.

Terima kasih atas sokongan dan semangat kebersamaan yang ditunjukkan dalam menjayakan program ini. Semoga kita dipertemukan lagi dalam majlis-majlis ilmu yang akan datang, insya-Allah.






07/05/2026

FORUM TABUNG PEMBANGUNAN MASJID DAN AMAL JARIAH NEGERI JOHOR
Peringkat Daerah Johor Bahru

Ayuh bersama-sama hadir ke forum ilmiah yang penuh manfaat bersama panel-panel jemputan istimewa bagi membincangkan isu-isu semasa serta memperkukuhkan kefahaman dan ukhuwah ummah. ✨

πŸ“… Tarikh: 7 Mei 2026 (Khamis)
πŸ•° Masa: Selepas Maghrib
πŸ“ Tempat: Masjid Al Makmur, Taman Bukit Tiram

πŸŽ™ Moderator:
Al-Fadhil Ustaz Fadzil Bin Sohar

πŸ•Œ Panel Jemputan:
β–ͺ️ Sahibus Fadhilah Tuan Haji Mohd Taufik Dato’ Kiyai A. Shamsudin
β–ͺ️ As Sheikh Tuan Haji Mohd Zaini Bin Haji Mohd Salleh

πŸ“£ Muslimin dan Muslimat dijemput hadir memeriahkan majlis ilmu ini.

β€œMajlis ilmu adalah taman-taman syurga di dunia.” 🀍







01/05/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Setiap keringat yang dicurahkan, setiap usaha yang dilakukanβ€”semuanya menjadi asas kepada kemajuan ummah dan negara.

Buat semua pekerja tanpa mengira bidang, anda adalah wira sebenar di sebalik pembangunan masyarakat. Terima kasih atas dedikasi, pengorbanan dan keikhlasan dalam menjalankan amanah.

Dalam kita meraikan Hari Pekerja ini, marilah kita bersama-sama memperkukuh kebajikan dan pembangunan masjid serta komuniti melalui amalan berinfaq.

Untuk menyalurkan sumbangan, anda boleh klik pada link yang telah diberikan di bawah;

https://toyyibpay.com/Derma10

Atau menyumbang melalui Aplikasi Boost E-Wallet yang boleh di muat turun melalui Google Playstore & Apple Appstore

Layari Laman Sesawang Rasmi TPMJ
www.tpmj.gov.my

Semoga dengan sumbangan anda hari ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat dan pembangunan masjid dan surau di seluruh negeri Johor.





Want your business to be the top-listed Government Service in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


No 41, PTB24493, Jalan Geroda 2/1, Larkin Jaya
Johor Bahru
80350