03/08/2024
Program *”Kita Jaga Kita”* serentak di KOSPEN Komuniti Negeri Johor,melibatkan 75 lokaliti KOSPEN JOHOR
Tarikh : 3 Ogos 2024 ( Sabtu)
Masa : 8.00 pagi sehingga 1.00 petang
Tempat : Lokaliti KOSPEN
Aktiviti yang dilakukan adalah
* Saringan NHSI Komuniti
- Pemeriksaan Mata & Gigi
* Pemasangan Plak RBAR
* Amalan Komponen Persekitaran
- 10,000 langkah
- Aerodance
- Permakanan Sihat
-KOSPEN
02/07/2024
Jom ambil tahu,
Saksikan kami di FB Live Wellness Hub Batu Pahat
🔗 https://www.facebook.com/WellnessHubBatuPahat/
🗓️ 03.07.2024 (Rabu)
🕝 3.00 petang
Jangan lupa 🔒 lock tarikh tersebut kerana pelbagai info untuk anda dan e-sijil juga disediakan untuk anda 🫵🏼
24/03/2024
Kemahiran makan yang bermasalah selalunya dikaitkan dengan masalah komponen perkembangan yang lain seperti masalah motor halus, masalah tingkah laku serta masalah emosi.
Sebahagian dari gejala yang menunjukkan masalah makan di kalangan kanak-kanak adalah:
-Tercekik,
-Pemilihan makanan yang cerewet
-Muntah
-Kegagalan menaikkan berat badan.
-Enggan makan sama sekali.
Jom lapangkan masa anda untuk bersama pakar dalam merungkai masalah dan cara menangani permasalahan itu.
Tarikh : 28 Mac 2024 (Khamis)
Masa : 9.00 - 11.00 pagi
Penceramah :
Pn Norzi binti Abdul Malek,
Pegawai Pemulihan Cara Kerja,
Klinik Kesihatan Mahmoodiah Johor Bahru.
*Sijil disediakan (e-cert / espk)
26/11/2023
Bengkel Halatuju KOSPEN Bersama Sukarelawan Johor Bagi Tahun 2023
07/10/2023
Kesihatan mental adalah situasi seseorang individu menyedari potensinya boleh berdaya tindak terhadap stres kehidupan, boleh bekerja dengan produktif dan boleh menyumbang kepada masyarakat.
Pencegahan dan rawatan kesihatan mental adalah perlu dititikberatkan kerana ia membantu perkembangan individu untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan. Kerjasama di antara pelbagai pihak sangat perlu bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan mental diri sendiri, ahli keluarga dan masyarakat dapat dicapai.
Jom sama-sama luangkan masa anda untuk mendengar segmen Chak!! (Cakna Hak Anda Kawan) bersama Dr Muhammad Aiman bin M. Junaidi, Pegawai Perubatan UD48 dari Pejabat Kesihatan Kluang yang dibawakan khas dengan kerjasama JohorFM dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor dengan topik :
Kesihatan Mental, Tanggungjawab Bersama.
Temujanji kita pada 8 Oktober 2023 jam 2.30 petang.
Hanya di JohorFM.
13/08/2023
Gotong royong Madini
Tempat : Jalan semangat usha dari KRT Taman Sri Lambak .
13/08/2023
Gotong Royong Madani
Tarikh : 12.8.2023
Masa : 8.00 pagi.
Tempat : SK Pt Selangor
Bersama.
1. KOSPEN KRT Taman Impian
2. KOSPEN Daerah Pontian/ KK3 Pekan Nanas
3. PIBG SK Pt Selangor
4. KSIB SK Pt Selangor
5. PIBKS SK Pt Selangor
6. Alumni SK Pt Selangor
7. Perkumpulan Wanita Kg Pt Selangor
01/06/2023
Jom sertai webinar khas sempena sambutan hari tanpa tembakau.
Layari laman facebook rasmi jabatan kesihatan negeri johor.
https://www.facebook.com/jabatankesihatannegerijohor/videos/3550572921930203/?mibextid=NnVzG8
28/05/2023
‘Utamakan Makanan, Bukan Rokok’ merupakan tema Sambutan Hari Tanpa Tembakau pada tahun ini.
Bersempena sambutan ini, Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit,Jabatan Kesihatan Negeri Johor dengan kerjasama beberapa institusi akan menganjurkan Webinar yang khas menumpukan berkenaan sambutan ini.
Jom sama-sama sertai bagi menyokong dan memerangi visi dan misi KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA dalam usaha untuk memerangi tembakau.
Penyertaan adalah PERCUMA dan SIJIL akan diberikan.
Webinar ini akan berlangsung di laman facebook rasmi JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR dan Info Sihat Johor - NCD pada 1 JUN 2023 Jam 9.00 pagi.
21/03/2023
Bulan Ramadhan dah hampir sangat dengan kita, jika diizinkan oleh-Nya,esok kita sama-sama mula berpuasa. Bagi perokok-perokok tegar diluar sana, sahutlah cabaran untuk berhenti merokok.
Ayuh Saksikan bual bicara FB LIVE Salam Sihat Johor bersama *Pegawai Pendidikan Kesihatan Hospital Sultan Ismail Johor Bahru*
*Tajuk: Nafas Baru Bermula Ramadhan*
*Tarikh: 22 Mac 2023(Rabu)*
*Waktu: 11.30 pagi*
*FB Page: Jabatan Kesihatan Negeri Johor*
*Link FB Page:* https://www.facebook.com/jabatankesihatannegerijohor/?locale=ms_MY
Jom *FOLLOW I SHARE I LIKE I SUPPORT*
26/02/2023
Program Gerak Rahmah Jom Sihat telah dijalankan serentak oleh kawasan Rukun Tetangga di seluruh negara di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bagi mempromosikan aktiviti dan gaya hidup sihat pada 25 Febuari 2023. Lokaliti KOSPEN negeri Johor turut sama tidak ketinggalan dalam menjayakan program ini.
Dikongsikan suasana sekitar program berlangsung.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua sukarelawan yang terlibat.