Pantau jalan johor

Call Directions Website

Pantau jalan johor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pantau jalan johor, PANTAU JALAN, Johor Bahru.

💢INFO SEMASA JOHOR 💢

Tumpuan pada isu & info semasa Johor
Amaran cuaca, kejadian viral, perkembangan penting dan info bola jdt
📩 DM jika ada maklumat lokasi/kejadian
“Alert dengan kami, jangan terlepas.”

📢 PELARASAN HARGA RUNCIT PETROLEUM 27 OGOS 2026 – 2 SEPTEMBER 2026Harga runcit produk petroleum tanpa subsidi naik 5 sen...
26/08/2026

📢 PELARASAN HARGA RUNCIT PETROLEUM 27 OGOS 2026 – 2 SEPTEMBER 2026

Harga runcit produk petroleum tanpa subsidi naik 5 sen seliter bagi tempoh 27 Ogos hingga 2 September 2026, seiring dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.

Ketidaktentuan mengenai pembukaan semula Selat Hormuz terus menimbulkan risiko gangguan bekalan minyak dunia, sekali gus memberi tekanan terhadap harga petroleum. Dengan itu, harga produk petroleum dijangka terus mengalami turun naik ketara dalam tempoh terdekat.

Penetapan harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 27 Ogos 2026 hingga 2 September 2026 adalah seperti berikut:

⛽ RON97 ⬆️ 5 sen kepada RM4.30 seliter
⛽ RON95 tanpa subsidi ⬆️ 5 sen kepada RM3.82 seliter
⛽ RON95 bersubsidi (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter
⛽ Petrol bersubsidi (SKPS) kekal pada RM2.05 seliter
🚛 Diesel ⬆️ 5 sen kepada RM4.72 seliter
🚛 Diesel Bersubsidi (SKDS) kekal pada RM2.15 seliter
🚛 Diesel (BUDI Diesel) kekal pada RM2.10 seliter

Kerajaan MADANI akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga, di samping memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin.

Sumber : Kementerian Kewangan

KOTA TINGGI, 26 Ogos – Lebih 29 hektar daripada keseluruhan 51.4 hektar kawasan tanah gambut yang terbakar di Jalan Bypa...
26/08/2026

KOTA TINGGI, 26 Ogos – Lebih 29 hektar daripada keseluruhan 51.4 hektar kawasan tanah gambut yang terbakar di Jalan Bypass Punggai-Sebana Cove, Pengerang, berjaya dipadamkan setakat jam 4 petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Rengit, Timbalan Penguasa Bomba II Baharuddin Idris, berkata operasi pemadaman membabitkan dua sektor dan dilaksanakan secara berterusan sejak kebakaran berlaku pada Isnin lalu.

Katanya, operasi pemantauan dan pemadaman dilaksanakan 24 jam bagi memadam, mengawal serta menyekat kebakaran daripada merebak.

Berdasarkan status semasa, sektor A kini hanya berbaki kira-kira 21 hektar untuk kerja pemadaman dan pembinaan fire break, manakala sektor B telah berjaya dipadamkan hampir sepenuhnya.

Sumber : Bernama

JOHOR BAHRU, 26 Ogos 2026 – Sebuah bengkel kereta di Jalan Lurah 23, Kempas, di sini, musnah kira-kira 70 peratus dalam ...
26/08/2026

JOHOR BAHRU, 26 Ogos 2026 – Sebuah bengkel kereta di Jalan Lurah 23, Kempas, di sini, musnah kira-kira 70 peratus dalam kebakaran petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.06 petang sebelum Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kempas digerakkan ke lokasi bersama bantuan BBP Tebrau dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Ulu Tiram.

Jentera pertama tiba di lokasi pada jam 1.11 petang selepas perjalanan sejauh kira-kira tujuh kilometer.

Komander Operasi, PBK I Ibrahim Ishak berkata, kebakaran melibatkan sebuah bengkel kereta berkeluasan kira-kira 70 x 70 kaki dengan kemusnahan dianggarkan 70 peratus.

“Kebakaran turut merebak ke sebuah kedai pokok bonsai berkeluasan kira-kira 15 x 15 kaki dengan kemusnahan 10 peratus serta sebuah bengkel perabot terbiar berkeluasan kira-kira 100 x 60 kaki yang musnah 80 peratus,” katanya.

Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan beberapa aliran salur bantu mula dan pancutan air daripada pam jentera serta sumber air pili bomba.

Operasi melibatkan kekuatan 15 anggota dengan dua buah Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan sebuah lori PBS.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.18 petang sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.49 petang selepas api dipadamkan dan keadaan di lokasi disahkan selamat.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

Sumber : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor

Sempena Maulidur Rasul 1448H, marilah kita menghayati sirah dan akhlak mulia Rasulullah SAW serta menjadikannya sebagai ...
24/08/2026

Sempena Maulidur Rasul 1448H, marilah kita menghayati sirah dan akhlak mulia Rasulullah SAW serta menjadikannya sebagai contoh dalam kehidupan seharian.

Yang paling dirindui bukan zamannya, tetapi akhlaknya. Semoga kita terus memperkukuh kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan mengamalkan ajaran dan sunnah Baginda.

Salam Maulidur Rasul 1448H

Ikhlas daripada
Pantau Jalan Johor.

JOHOR BAHRU, 24 Ogos 2026 – Semua premis pusat hiburan di kawasan terbuka di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Ba...
24/08/2026

JOHOR BAHRU, 24 Ogos 2026 – Semua premis pusat hiburan di kawasan terbuka di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) diarahkan menutup sementara operasi sempena sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M.

Menurut notis MBJB, operasi premis berkenaan hendaklah dihentikan bermula 24 Ogos 2026 jam 7 malam hingga 25 Ogos 2026 jam 7 malam.

Arahan itu melibatkan pengusaha pusat hiburan seperti muzik, snooker, panggung wayang, bowling dan pusat permainan kanak-kanak.

Bagaimanapun, pusat hiburan yang beroperasi di dalam bangunan tertutup masih dibenarkan beroperasi, tertakluk kepada syarat ditetapkan.

MBJB turut mengingatkan pengusaha supaya menjalankan aktiviti hiburan secara sederhana, tidak menimbulkan kacau ganggu serta mematuhi syarat di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Johor 1998.

Tindakan penguatkuasaan boleh dikenakan terhadap mana-mana pengusaha yang melanggar syarat ditetapkan.

Sumber : Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

KULAI, JOHOR, 24 Ogos – Mahkamah Majistret Kulai hari ini membenarkan reman selama empat hari terhadap lapan individu, t...
24/08/2026

KULAI, JOHOR, 24 Ogos – Mahkamah Majistret Kulai hari ini membenarkan reman selama empat hari terhadap lapan individu, termasuk seorang pempengaruh TikTok, yang dipercayai terlibat dalam kegiatan samseng jalanan di Lebuhraya Linkedua, Kulai, Sabtu lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret R. Salini mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan.

Kesemua suspek lelaki berusia antara 26 hingga 45 tahun tiba di Mahkamah Majistret Kulai kira-kira jam 8.30 pagi tadi dengan diiringi anggota polis.

Mereka ditahan selepas dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian beberapa individu menutup jalan awam sebelum dua penunggang motosikal berlumba sesama sendiri di Lebuhraya Linkedua.

Kejadian dipercayai berlaku dari Kilometer 33, susur Tol Senai Utara hingga Kilometer 31, susur Johor Premium Outlet (JPO), Kulai.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JOHOR BAHRU, 23 Ogos – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor mengeluarkan sebanyak 405 notis atas pelbagai kesal...
23/08/2026

JOHOR BAHRU, 23 Ogos – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor mengeluarkan sebanyak 405 notis atas pelbagai kesalahan dalam Ops Khas Bersepadu yang dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS), hari ini.

Operasi tersebut dilaksanakan di beberapa lokasi tumpuan termasuk Jalan Utama Skudai-Kulai, Jalan Lama Skudai serta Jalan Sutera Danga di Taman Sutera Utama bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya dan keselamatan pengguna jalan raya.

Menurut JPJ Johor, hasil pemeriksaan dan semakan yang dijalankan mendapati pelbagai kesalahan dilakukan oleh pengguna jalan raya, termasuk Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, memandu tanpa lesen sah serta pengubahsuaian kenderaan yang tidak mengikut peraturan.

Sebanyak 405 notis JPJ P(22) dikeluarkan sepanjang operasi berkenaan sebagai tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan yang dikesan.

JPJ Johor memaklumkan operasi bersepadu seumpama itu akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa bersama agensi berkaitan bagi meningkatkan tahap pematuhan undang-undang, keselamatan jalan raya serta menjaga kelestarian alam sekitar.

Orang ramai turut disaran sentiasa memastikan dokumen kenderaan dan lesen memandu berada dalam tempoh sah serta mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan.

Sumber : JPJ JOHOR

JOHOR BAHRU, 21 Ogos 2026 – Seorang pengawal keselamatan warga Singapura dihukum penjara 14 hari dan didenda RM7,000 sel...
21/08/2026

JOHOR BAHRU, 21 Ogos 2026 – Seorang pengawal keselamatan warga Singapura dihukum penjara 14 hari dan didenda RM7,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menghina agama Islam di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini.

Tertuduh, Mohamed Anim Atam, 56, turut diperintahkan menjalani hukuman penjara selama tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mahkamah menetapkan hukuman penjara dikira bermula dari tarikh tertuduh ditahan pada 18 Ogos lalu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Eizlan Azhar di hadapan Majistret A Shaarmini.

Mengikut pertuduhan, Mohamed Anim didakwa dengan sengaja mengeluarkan kata-kata yang boleh melukakan perasaan keagamaan mana-mana individu dengan merujuk kepada al-Quran.

Perbuatan itu didakwa berlaku ketika tertuduh dalam perjalanan dari Jalan Tun Razak menuju Jalan Meldrum, Johor Bahru, kira-kira jam 5 petang pada 30 Julai lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman denda atas alasan mempunyai masalah kesihatan serta perlu menghadiri prosiding mahkamah berkaitan proses perceraian.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira keseriusan perbuatan yang menyentuh isu 3R, selain rakaman kejadian tersebut telah tersebar di media sosial.

Mengikut fakta kes, kenyataan itu dibuat ketika tertuduh menaiki sebuah kenderaan e-hailing. Pemandu kenderaan berkenaan, Muhamad Danial Haikal Nadzahakim, 29, kemudiannya memuat naik rakaman perbualan tersebut ke media sosial.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat pada 31 Julai lalu.

Tertuduh kemudian ditahan di kawasan Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Lingkaran Dalam, Bukit C***r, kira-kira jam 4.15 petang pada 18 Ogos lalu.

Mahkamah menjatuhkan hukuman selepas mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh serta hujahan kedua-dua pihak.

Foto 📸 : MajesticNews

JOHOR BAHRU, 20 Ogos - Seorang lelaki warga asing berusia 56 tahun yang dipercayai mengeluarkan kata-kata berunsur pengh...
20/08/2026

JOHOR BAHRU, 20 Ogos - Seorang lelaki warga asing berusia 56 tahun yang dipercayai mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap agama Islam dalam sebuah video tular akan didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ab Rahaman bin Arsad, berkata suspek ditahan pada 18 Ogos lalu kira-kira jam 4.15 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan dengan bantuan pihak Polis Singapura.

Katanya, sebuah telefon bimbit turut dirampas daripada suspek bagi membantu siasatan.

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. Hasil ujian saringan awal air kencing juga didapati negatif daripada sebarang jenis dadah,” katanya dalam kenyataan media dikeluarkan pada 20 Ogos.

Suspek direman selama empat hari bermula 19 hingga 22 Ogos bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Polis memaklumkan kertas siasatan telah dilengkapkan dan dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor pada 20 Ogos.

Arahan telah diberikan supaya suspek dituduh di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan, dengan pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 21 Ogos.

Polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang kenyataan atau komen yang menyentuh sensitiviti agama kerana ia berpotensi mencetuskan ketegangan dan menjejaskan ketenteraman awam.

Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Sumber : Polis Johor

KULAI, 20 Ogos 2026 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor menyita 30 kenderaan dan mengeluarkan 232 notis JPJ ...
20/08/2026

KULAI, 20 Ogos 2026 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor menyita 30 kenderaan dan mengeluarkan 232 notis JPJ (P)22 dalam Ops Pemandu Warga Asing (PeWA) di sekitar Kampung Separa, Kulai Besar, di sini.

Operasi menerusi Stesen Penguatkuasa Ayer Bemban (SPK Ayer Bemban) itu turut mendapat kerjasama Unit Penguatkuasaan Lebih Muatan (UPLM) Johor dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kulai.

Operasi berkenaan memberi tumpuan kepada pemeriksaan serta tindakan penguatkuasaan terhadap kenderaan dan pemandu warga asing yang melakukan kesalahan di bawah undang-undang jalan raya.

Antara kesalahan dikesan termasuk tidak memiliki lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans serta pelbagai kesalahan lain.

JPJ Negeri Johor memaklumkan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiatkan bagi memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan demi keselamatan dan kelancaran lalu lintas.

Sumber : JPJ JOHOR

Address

PANTAU JALAN
Johor Bahru
81200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pantau jalan johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share