TVET Pasir Gudang

TVET Pasir Gudang

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from TVET Pasir Gudang, Political organisation, Bandar Seri Alam, Johor Bahru.

03/04/2026

Jom turut serta

31/03/2026

Sebagai panduan kepada pelajar yang baru tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), terdapat beberapa laluan yang boleh dipilih untuk meneruskan pendidikan dan membina kerjaya masa depan. Pilihan ini bergantung kepada minat, keputusan akademik dan matlamat kerjaya masing-masing.

1️⃣ Laluan Akademik (Universiti)
Pelajar yang cenderung kepada akademik boleh memilih program seperti:
• Matrikulasi – Program pra-universiti sekitar 1 tahun sebelum melanjutkan pengajian ke Ijazah Sarjana Muda.
• Asasi (Foundation) – Program asas yang ditawarkan universiti sebelum menyambung ijazah dalam bidang tertentu.
• Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – Setaraf A-Level dan membolehkan pelajar memohon ke universiti awam.
• Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) – Laluan khusus bagi pelajar yang ingin mendalami bidang pengajian Islam.

2️⃣ Laluan Diploma
Pelajar juga boleh terus mengambil Diploma di universiti atau politeknik selama lebih kurang 3 tahun. Selepas tamat diploma, pelajar boleh:
• Menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda, atau
• Terus memasuki alam pekerjaan dalam bidang berkaitan.

3️⃣ Laluan Kemahiran / TVET
Bagi pelajar yang lebih cenderung kepada kemahiran praktikal, laluan TVET juga sangat baik. Antaranya:
• Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
• Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
• Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)

Melalui laluan ini, pelajar boleh menjadi tenaga mahir dalam bidang seperti automotif, elektrik, mekanikal, teknologi dan banyak lagi. Malah mereka juga berpeluang menyambung pengajian ke Bachelor Teknologi di universiti teknikal di bawah rangkaian Malaysian Technical University Network (MTUN).

✅ Kesimpulannya, selepas SPM terdapat banyak pilihan laluan. Tiada laluan yang lebih hebat daripada yang lain. Yang penting ialah memilih bidang yang sesuai dengan minat, bakat dan usaha diri sendiri.

💡 Pesanan kepada lepasan SPM:
“Jangan takut memilih jalan yang berbeza. Sama ada akademik atau kemahiran, jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh, semuanya boleh membawa kepada kejayaan.” 🌟

31/03/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar yang telah menerima keputusan SPM 2025. Kejayaan hari ini adalah hasil usaha, pengorbanan dan kesungguhan anda sepanjang menempuh cabaran sebagai pelajar.

Kepada yang cemerlang, teruskan melangkah ke peringkat lebih tinggi dan kejar cita-cita anda. Kepada yang kurang berjaya, jangan berputus asa, masih banyak peluang menanti untuk anda membina masa depan yang gemilang.

TVET adalah salah satu laluan terbaik yang menawarkan masa depan cerah berasaskan kemahiran dan kepakaran.
Kemahiran hari ini, kerjaya esok. PILIH TVET!

Teruskan melangkah dengan yakin, kerana setiap usaha hari ini adalah kunci kepada kejayaan esok.

Khairul Anuar Bin Mohammad
Penyelaras TVET Parlimen Pasir Gudang

03/02/2026

Jangan lepaskan peluang sekali seumur hidup ini.

Lepasan SPM 2025, hala tuju anda bermula DI SINI.

📌 Perkongsian Hala Tuju Pasca SPM 2025

✅ Buka minda tentang pilihan pendidikan & kerjaya

✅ Dengar sendiri perkongsian penuh isi & jujur daripada tokoh berpengalaman

✅ Ilmu yang tak diajar dalam buku teks

⚠️ Tempat terhad & penyertaan PERCUMA

⚠️ Siapa lambat, dia rugi.

‼️ Daftar sekarang sebelum penuh

Pautan pendaftan:
https://forms.gle/xKPoJ3EUWpHmZtd47

09/01/2026

MAKLUMAN RASMI TVET

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Sahabat-sahabat yang dihormati,

Dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan pengambilan Pelatih GIATMARA di Negeri Johor (rujuk gambar yang dilampirkan).

📌 Syarat Kemasukan:
• Berumur 15 tahun ke atas
• Bagi permohonan Kursus Elektrik PW4, pemohon WAJIB mempunyai kelulusan PW2 terlebih dahulu

Sehubungan itu, pihak TVET memohon kerjasama semua pihak untuk menyebarluaskan makluman ini kepada anak-anak, belia dan masyarakat yang berminat serta layak, agar peluang latihan kemahiran ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

📞 Untuk maklumat lanjut atau bantuan permohonan, sila hubungi nombor yang tertera.

Sekian, terima kasih.

“TVET Pemacu Masa Depan”
Unit TVET

30/10/2025

📸✨
MINAT AMBIL GAMBAR TAPI TAK TAHU NAK MULA DARI MANA?
Jom sertai Kursus Teknologi Fotografi di GIATMARA Pasir Gudang!
Belajar teknik kamera, pencahayaan & suntingan imej — semuanya disediakan! 🎓

📍 MAKLUMAT PENGAMBILAN:
🔹 15 kekosongan sahaja!
🔹 Umur 15 tahun ke atas
🔹 Bumiputera, sihat tubuh badan
🔹 Boleh membaca, menulis & ada minat!
📷 Kamera disediakan
💰 Elaun bulanan disediakan

✨ Mohon sekarang & jadikan hobi anda sebagai kerjaya!
👉 https://mohon.tvet.gov.my/main/perdana
📱 WhatsApp: 014-4002907

Photos from TVET Pasir Gudang 's post 21/10/2025
MEGAKERJAYAJOHOR2025 | Facebook, TikTok | Linktree 09/10/2025

KARNIVAL KERJAYA TERBESAR DI JOHOR!

WARGA JOHOR!!!!!

Jom Cari Kerja Baru! Jangan tunggu lagi — ini peluang anda untuk temui kerjaya impian di KARNIVAL KERJAYA TERBESAR DI JOHOR!

JTDC Mega Kerjaya MYFutureJobs P*S x MBPG 2025
PELBAGAI SEKTOR, PELBAGAI JAWATAN!

Temui majikan terkemuka dari pelbagai industri! Pembuatan, Logistik, Ekonomi Digital, dan banyak lagi, semuanya di satu lokasi!

TEMUDUGA TERUS DI LOKASI!

Tarikh : 24, 25 & 26 OKTOBER 2025
Masa : 8.00 Pagi – 5.00 Petang
Tempat : UTC Pasir Gudang, Johor

Jangan lupa sediakan CV yang power dan pakaian yang bersesuaian!
Jadikan 3 hari ini titik permulaan kerjaya hebat anda!

Link pendaftaran di sini ➡️ http://linktr.ee/MEGAKERJAYAJOHOR2025



MEGAKERJAYAJOHOR2025 | Facebook, TikTok | Linktree JTDC MEGA KERJAYA MYFUTUREJOBS X P*S X MBPG 2025

02/09/2025

INSENTIF MAHASISWA JOHOR (IMAJ) – SESI 3/2025

Permohonan dibuka dari 1 hingga 18 September 2025!

Bantuan One-Off sebanyak RM200 diberikan kepada semua Mahasiswa Johor tanpa mengira pendapatan keluarga dan terbuka untuk semua semester.

🔎 Syarat Kelayakan:
🔸 Lahir atau menetap di Johor (minimum 5 tahun)
🔸 Kemasukan ke IPTA (Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda – rujuk MQA)
🔸 Kemasukan ke IPTS: KYPJ (Sijil & Diploma) dan KUIJSI (Diploma & Ijazah)
🔸 Termasuk pelajar program Matrikulasi
🔸 Terbuka untuk semua tahun pengajian
🔸 Tiada had pendapatan keluarga

📲 Mohon segera secara online melalui QR code pada poster atau layari : https://bantuan-ypj.com/portal/

💡YPJ sentiasa komited menyokong anak Johor dalam meneruskan pengajian tinggi dengan lebih bersemangat!

08/08/2025

✨ Giatmara Pasir Gudang kini membuka *Pengambilan Pelatih Baharu Sesi Kedua 2025* bagi *Kursus Rekabentuk Grafik dan Pengiklanan.*

Yayasan Pasir Gudang bersetuju bekerjasama dengan Giatmara untuk menghebahkan program ini bagi mencari individu yang berminat menyertai kursus yang akan dilaksanakan di *Giatmara Pasir Gudang.*

Sebagai sokongan dan juga prihatin terhadap masa depan anak-anak, Yayasan Pasir Gudang juga turut akan menampung dan menaja Yuran Pendaftaran peserta yang kurang berkemampuan dan daripada golongan sasar.

Bagi individu yang berminat namun tidak memiliki sijil SPM, penyertaan tetap dibuka.

*📚 Info Kursus:*
* *🎓 Tempoh:* 9 bulan (6 bulan pembelajaran + 3 bulan latihan industri)

* *🛠 Struktur:* 80% amali, 20% teori

* *🎖 Sijil SKM Tahap 3* - Diiktiraf kerajaan,boleh sambung ke peringkat diploma

* *💻 Kemudahan:* Makmal grafik lengkap dengan komputer high spec & Adobe software

* *💰 Elaun:* RM200/bulan + yuran rendah

*📌 Peluang Kerjaya Lepas Tamat Kursus:*
✅ Agensi pengiklanan
✅ Percetakan
✅ Digital marketing
✅ Pereka grafik bebas (freelance)

Program ini direka khas untuk belia yang serius mahu membina kerjaya dalam bidang kreatif pada masa akan datang.

🎯Daftar melalui pautan yang disediakan untuk mendapatkan tajaan yuran pendaftaran:�https://docs.google.com/forms/d/1sLclVN42AOjW2x2xHv953u0bX2RNDEFd-fTZ4nq0Cg0/edit

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:�☎️Yayasan Pasir Gudang
( 07-255 6423 )�☎️GIATMARA Pasir Gudang
( 07-382 2907 )

🔥 Ikuti kami di Facebook & Instagram untuk maklumat terkini.



docs.google.com

05/08/2025

🎉🎉*JOM PENUHKAN KUOTA!! KEKOSONGAN SANGAT TERHAD*

‼️*PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU IKBN BANDAR PENAWAR BAGI SESI 2/2025. KEMASUKAN BULAN OGOS 2025 DIBUKA*

‼️*KURSUS YANG MASIH ADA KEKOSONGAN*

1. SIJIL TEKNOLOGI HOSPITALITI (ROOM AESTHETICS & DECORATION) - MHA 01 MODULAR 6 BULAN
2. SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI HOSPITALITI (ROOM AESTHETICS & DECORATION)- SHA 03 (SKM 3) TEMPOH 24+3 BULAN
3. SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI HOSPITALITI (PENYAJIAN) - SHB 03 - SKM 3 TEMPOH 24 BULAN
4. SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI HOSPITALITI (KAUNTER HADAPAN) SHH 03- SKM 3 TEMPOH 21 BULAN

‼️*INFO MENARIK*
👍ELAUN BULANAN RM100-RM300
👍ASRAMA PERCUMA
👍MAKAN PERCUMA 3 KALI SEHARI
👍FASILITI SUKAN YANG LENGKAP
👍PERALATAN BENGKEL YANG TERKINI
👍BERHAMPIRAN DENGAN KEDAI DAN BANK

*‼️SYARAT KEMASUKAN*
1. WARGANEGARA
2. BUJANG
3. BERUMUR 18-30 TAHUN
4. TAMAT TINGKATAN 5
5. BEBAS JENAYAH DAN NAJIS DADAH

*BERMINAT UNTUK MOHON?*

Beri detail ni kpd pegawai pengambilan

Nama :
No kad pengenalan :
No telefon:
Email:
Jurusan :

*SEBARANG PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI PEGAWAI PENGAMBILAN*
TELEFON - 07 8221567
WHATAPPS SAHAJA - PN DIANA 0127759521 DAN EN AMMARI 0128217139

26/07/2025

Tawaran Eksklusif untuk Majikan: Peluang Latihan PERCUMA untuk Pekerja Industri Kreatif Anda!

Politeknik Ibrahim Sultan (P*S) dengan sukacitanya menawarkan MAYA CERTIFIED COURSE 2025 secara PERCUMA kepada graduan yang sedang bekerja dan pekerja industri kreatif/digital yang ingin meningkatkan kemahiran dalam bidang 3D Design & Animation menggunakan perisian standard industri, Autodesk Maya.

Kursus ini memberi peluang kepada pihak majikan untuk:
✅ Menambah kemahiran teknikal pekerja tanpa kos
✅ Meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja dalam penghasilan konten digital
✅ Mempersiapkan kakitangan untuk menduduki Autodesk Certified User (ACU) Exam
✅ Mendapatkan pensijilan bertaraf antarabangsa yang diiktiraf industri

Kami mengalu-alukan penyertaan daripada syarikat tuan/puan untuk menghantar wakil menyertai latihan ini. Tempat adalah terhad.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi:
📞 Hariana – 013-981 5992
📞 Siti Tukini – 012-715 7419

Bersama kami, tingkatkan nilai tenaga kerja anda dan bersaing dalam dunia kreatif digital yang semakin mencabar.

Want your business to be the top-listed Government Service in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Bandar Seri Alam
Johor Bahru
81700