28/02/2026
UMNOMawar 4 Official
UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA
28/02/2026
26/02/2026
KENYATAAN MEDIA
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung pada 26 Februari 2026 bersamaan 8 Ramadan 1447H telah mengadakan perbincangan dan memperincikan perkara-perkara berikut:
2. Tarikh-tarikh bagi Persidangan Tahunan Cawangan-Cawangan, Bahagian-Bahagian UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO Tahun 2026 adalah seperti berikut:
(i) Persidangan UMNO Cawangan: 1 April hingga 17 Mei 2026
(ii) Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian: 1 Jun hingga 12 Julai 2026
(iii) Perhimpunan Agung UMNO: 12 Ogos hingga 16 Ogos 2026
2. Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menangguhkan Pemilihan UMNO yang dijadualkan pada tahun ini kepada tarikh tidak boleh melebihi enam (6) bulan selepas Pilihan Raya Umum Parlimen ke-16 selaras dengan peruntukan Perlembagaan UMNO di bawah Fasal 10.16, Fasal 10.6.1 dan Fasal 10.6.2.
3. Ini bagi memastikan seluruh jentera parti di semua peringkat dipersiapkan untuk menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) yang boleh diadakan pada bila-bila masa bermula tahun ini.
4. Sempena sambutan Ulang Tahun UMNO ke-80 pada tahun ini, UMNO Malaysia akan menganjurkan Kongres Pendidikan Bumiputera pada 1 Mei 2026 dan Konvensyen UMNO sebagai acara kemuncak sambutan bersejarah yang akan diadakan pada 2 Mei 2026 bertempat di Dewan Merdeka, World Trade Centre.
26 Februari 2026
Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Setiausaha Agung UMNO
Pembangkang Bohong - PMX
23/01/2026
KENYATAAN MEDIA
1. UMNO menyambut baik keputusan Jemaah Menteri untuk menarik balik pembentangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU URA).
2. UMNO tegas berpendirian bahawa UMNO tidak menentang pembangunan bandar, namun RUU URA ini perlu diperbaiki dan ditambah baik termasuk beberapa pindaan yang harus diperhalusi sebagaimana cadangan Jawatankuasa Khas UMNO Mengenai URA yang dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
3. Untuk makluman, Jawatankuasa Khas UMNO Mengenai URA ini telah melakukan beberapa siri libat urus termasuk Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar pada 3 Oktober 2025 lalu dengan meluluskan 14 syor cadangan penambahbaikan RUU URA.
4. UMNO menegaskan bahawa RUU URA hanya wajar dibentangkan semula di Parlimen dalam bentuk baharu setelah semua cadangan penambahbaikan diambil kira.
DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI
23 JANUARI 2026
Terima Kasih terus meletakkan keutamaan pada keselesaan rakyat.
20/01/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Bangunan Komuniti Penduduk Jalan Mawar 30 Taman Mawar, Pasir Gudang
Johor Bahru
81700
