SMK Sri Rahmat

Call Directions Website Contact the organization

SMK Sri Rahmat SMK Sri Rahmat is a secondary school in the state of Johor situated south of the Malaysian peninsular

Program Audit Akademik SPM 2026 telah berlangsung selama 10 hari bermula dari kelas 5 Alamanda sehingga 5 Jasmine..Ibuba...
29/09/2026

Program Audit Akademik SPM 2026 telah berlangsung selama 10 hari bermula dari kelas 5 Alamanda sehingga 5 Jasmine..

Ibubapa turut dijemput hadir bagi mengetahui perkembangan keputusan Peperiksaan Percubaan SPM serta menyelami permasalahan seperti ketidakhadiran..ketagihan penggunaan telefon pintar serta masalah sikap murid yang masih leka menjelang peperiksaan penting seperti SPM.

Banyak perkara dapat disampaikan oleh Pn Pengetua dengan harapan murid menunjukkan perubahan ke arah yang lebih positif demi kejayaan masa hadapan.

Moga program ini memberi impak dan kemenjadian murid di dalam SPM amatlah diharapkan.

Kerjasama dan pemantauan ibubapa amat penting bagi merealisasikan hasrat ini.

Kehadiran ibubapa bagi pecahan kelas adalah seperti berikut:

1. 5 ALLAMANDA
Kehadiran ibu bapa : 24/27 ( 88.89%)
2. 5 BLUEBELL
Kehadiran ibu bapa : 17/31 ( 54.84%)
3. 5 CAMELIA
Kehadiran ibu bapa : 92.31% (24/26)
4. 5 DAFFODIL
Kehadiran ibu bapa : 84.21% (16/19)
5. 5 ERICA
Kehadiran ibu bapa : 14/33 ( 42.42%)
6. 5 FUCHSIA
Kehadiran ibu bapa : 13/33 ( 39.39%)
7. 5 GARDENIA
Kehadiran ibu bapa : 51.5% (17 /33 )
8. 5 HELICONIA
Kehadiran ibu bapa : 11/30 ( 36.67%)
9. 5 IRIS
Kehadiran ibu bapa : 6/30 ( 20%)
10. 5 JASMINE
Kehadiran ibu bapa : 10/32 ( 31.25%)

Keseluruhan : 152 / 297 ( 51.18%)

Selamat Datang ke SMK SRI RAHMAT...Semoga kehadiran cikgu memberi semangat baharu dan bersama-sama memajukan sekolah ter...
29/09/2026

Selamat Datang ke SMK SRI RAHMAT...
Semoga kehadiran cikgu memberi semangat baharu dan bersama-sama memajukan sekolah tercinta ini...

Karnival Keusahawanan SMK Sri Rahmat 2026 telah berlangsung dengan meriah pada 26 September 2026 (Sabtu).Pelbagai aktivi...
26/09/2026

Karnival Keusahawanan SMK Sri Rahmat 2026 telah berlangsung dengan meriah pada 26 September 2026 (Sabtu).

Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti jualan makanan dan minuman dari foodtrucks, gerai jualan oleh kelab dan persatuan,peniaga persendirian,Pizza Hut, jualan bundle, permainan menarik seperti gel blaster, mini funfair, sauk ikan, mini zoo dan rumah hantu.

Tidak dilupakan program kelestarian seperti Kuru-Kuru, pengumpulan minyak masak terpakai dan penyerahan anak benih pokok sayur daripada ibu bapa penjaga anak-anak PPKI turut diadakan.

Cabutan bertuah dan pertandingan menarik seperti gerai terceria, layanan terbaik, promosi terbaik , dan kerjasama terbaik turut dipertandingkan.

Pemenang pertandingan gerai:
Gerai terceria: Kesenian dan Kebudayaan
Layanan terbaik: Bahasa Cina
Promosi terbaik: Pendidikan Seni Visual
Kerjasama terbaik: PPKI

Karnival berlangsung dalam cuaca yang baik dan mencapai objektif untuk melahirkan usahawan muda dalam kalangan murid sekolah yang kreatif,bersemangat dan berdaya saing.

Hari Cuci Malaysia merupakan inisiatif yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta membudayakan amalan kebersihan ...
26/09/2026

Hari Cuci Malaysia merupakan inisiatif yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta membudayakan amalan kebersihan melalui penglibatan aktif masyarakat dalam aktiviti pembersihan.

Program nasional ini diterajui oleh Kementerian Perumahan dan Kerja Tempatan.
SMK Sri Rahmat telah memilih 18 September 2026(Jumaat) sebagai Hari Cuci Malaysia peringkat sekolah.Program ini telah berlangsung pada jam 7.30 - 8.40 pagi, melibatkan semua murid Ting 3,4, PPKI dan guru sesi pagi.

Aktiviti yang diadakan ialah gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran sekolah dan aktiviti pengumpulan,pengasingan dan kitar semula sisa seperti kertas dan kotak,plastik, tin dan aluminium serta botol kaca.

Hasil program ini berjaya mengumpulkan 111.4 kg kertas/kotak, 6.5 kg tin/aluminium dan 7.4 kg botol/barang plastik.

Pelbagai jualan disediakan...Jom sokong Karnival Keusahawanan 2026...26 Sept 2026 (Sabtu) 7.30-12.30
24/09/2026

Pelbagai jualan disediakan...
Jom sokong Karnival Keusahawanan 2026...

26 Sept 2026 (Sabtu) 7.30-12.30

Jom datang ke Karnival Keusahawanan 202626 September 2026Sabtu 7.30 pagi-12.30 tgh
24/09/2026

Jom datang ke Karnival Keusahawanan 2026
26 September 2026
Sabtu
7.30 pagi-12.30 tgh

INSENTIF BELANJAWAN MADANI BERFOKUS KEPADA PEMBERDAYAAN AUTONOMI SEKOLAH DALAM PELAKSANAAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BA...
17/09/2026

INSENTIF BELANJAWAN MADANI BERFOKUS KEPADA PEMBERDAYAAN AUTONOMI SEKOLAH DALAM PELAKSANAAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BAGI PEMBANGUNAN KOMPETENSI



πŸŽ’πŸŒŸ SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH, WARGA SMK SRI RAHMAT! πŸŒŸπŸŽ’Semoga pembukaan sesi persekolahan ini disambut dengan semangat b...
06/09/2026

πŸŽ’πŸŒŸ SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH, WARGA SMK SRI RAHMAT! πŸŒŸπŸŽ’

Semoga pembukaan sesi persekolahan ini disambut dengan semangat baharu, azam yang tinggi dan suasana pembelajaran yang lebih ceria. πŸ“šβœ¨

β˜€οΈ Dalam menghadapi cuaca panas, murid diingatkan untuk mematuhi tatacara pemakaian pakaian sekolah yang telah ditetapkan mengikut hari...

Dalam masa yang sama, marilah kita bersama-sama mengambil langkah berjaga-jaga ketika cuaca berjerebu.

😷 Pakai pelitup muka jika perlu
πŸ’§ Banyakkan minum air
πŸƒ Kurangkan aktiviti luar
🧼 Jaga kebersihan diri
🏠 Pastikan udara di rumah bersih
πŸ“± Pantau bacaan IPU dan maklumat terkini

Jaga diri, jaga kesihatan. Kesihatan kita, tanggungjawab bersama! ❀️

Ayuh kembali ke sekolah dengan semangat, disiplin dan tekad untuk terus mencipta kejayaan! πŸ’ͺπŸ“–πŸ†

Seluruh warga SMK Sri Rahmat mengucapkan selamat maju jaya kepada Muhammad Firdaus Mohd Shahzaly bagi acara ping pong da...
24/08/2026

Seluruh warga SMK Sri Rahmat mengucapkan selamat maju jaya kepada Muhammad Firdaus Mohd Shahzaly bagi acara ping pong dalam Temasya Para SUKMA XXII Selangor 2026 yang akan berlangsung pada 3 - 11 September 2026.
Pergi dengan harapan, pulang dengan kejayaan.
Kami mendoakan kejayaan Muhammad Firdaus!

πŸŒ™ SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M πŸŒ™22 Ogos 2026 (Sabtu), Dewan Bestari8.00 pagi hingga 11.00 pagiAlhamdulillah, te...
24/08/2026

πŸŒ™ SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M πŸŒ™

22 Ogos 2026 (Sabtu), Dewan Bestari
8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Sambutan Maulidur Rasul peringkat SMK Sri Rahmat yang menghimpunkan seluruh warga sekolah dalam suasana penuh penghayatan dan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Program ini bertujuan untuk menyemai rasa cinta dan kasih kepada Rasulullah SAW, menghayati sirah serta mencontohi akhlak Baginda dalam kehidupan seharian.

Sambutan ini melibatkan para murid SMK Sri Rahmat dengan kerjasama dan komitmen padu daripada barisan guru serta warga sekolah. Antara pengisian program termasuklah bacaan selawat, ceramah/pengisian kerohanian, persembahan murid serta aktiviti berkaitan penghayatan sirah Rasulullah SAW.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus subur dan menjadi panduan dalam membentuk insan yang beriman dan berakhlak mulia. 🀍

Address

JKR 4868, Jalan SKUDAI
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Sunday 08:00 - 16:30

Telephone

+6072374153

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Sri Rahmat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SMK Sri Rahmat:

Shortcuts

Share

Category