05/06/2026
Orang Johor! Hujung minggu ni dah ada plan nak ke mana-mana ke belum?
Apa kata kita sama-sama memeriahkan program Jelajah Orang Johor (JOJ) 2026 yang berlangsung mulai hari ini hingga 7 Jun yang akan diadakan di beberapa kawasan berdekatan anda.
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda! Pagi-pagi lagi dah boleh sertai Semarak Subuh, kemudian singgah ke Jualan Kasih Johor untuk dapatkan pelbagai barangan dapur pada harga berpatutan.
Nak beriadah dan luangkan masa bersama keluarga? Jangan lepaskan peluang memeriahkan program Sukan Rakyat yang penuh dengan aktiviti santai dan menyeronokkan.
Paling best, pakat ramai-ramai ke Kenduri Sekampung untuk bergotong-royong, beramah mesra dan mengeratkan lagi hubungan kita sesama Bangsa Johor.
Memang meriah, memang best, istimewa untuk Bangsa Johor!
Meh pakat ramai-ramai turun padang dan meriahkan JOJ 2026 di kawasan anda!
27/05/2026
๐๐ฑ๐๐๐ฅ๐ฅ๐๐ง๐ญ ๐๐จ๐ฅ๐ ๐๐ฐ๐๐ซ๐
Penantian akhirnya berakhir dengan khabar yang penuh gemilang buat Cikgu Yan Dan Cikgu Atirah.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada mereka berdua atas kejayaan luar biasa apabila berjaya merangkul Excellent Gold Award, iaitu pengiktirafan paling berprestij dalam Kejohanan Chef Dunia Peringkat Antarabangsa 2026!
Melalui sentuhan kreativiti, ketelitian dan seni kulinari bertaraf antarabangsa, mereka berjaya memukau hati para juri menerusi persembahan hebat bagi kategori Kari lembu Dan Kek Hiasan Modern.. Keunikan idea, kehalusan teknik serta persembahan yang begitu elegan telah membolehkan mereka membawa pulang medal Excellent Gold buat KEMAS Negeri Johor khususnya
Kejayaan ini membuktikan bahawa dedikasi, pengorbanan dan semangat juang yang tinggi akhirnya membuahkan hasil yang amat membanggakan. Benarlah, usaha tidak akan mengkhianati hasil.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga KEMAS khususnya buat Pemaju Masyarakat Kemahiran Masakan untuk terus melakar kecemerlangan di pentas dunia.
Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan atas usaha, komitmen serta perjuangan yang telah mengharumkan nama KEMAS Daerah Segamat, KEMAS Negeri Johor dan Malaysia di persada antarabangsa! ๐ฒ๐พ
Ucapan khas tahniah Dan terima kasih dari Pegawai KEMAS Daerah Segamat, Puan Noraini Samat Dan seluruh warga KEMAS Daerah Segamat.
27/05/2026
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA โจ๏ธ
"Semoga pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan mengukir keberkatan"
23/05/2026
๐ TAHNIAH PESERTA KEMAS JOHOR ๐
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua peserta KEMAS Johor yang telah berjaya meraih kemenangan dalam pertandingan World Chef Championship 2026 yang berlangsung pada 20 hingga 23 Mei 2026 di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru.
Pencapaian ini membuktikan bakat, kreativiti dan kemahiran luar biasa peserta KEMAS Johor dalam bidang kulinari sehingga berjaya mengharumkan nama negeri di peringkat antarabangsa. ๐ฉ๐ปโ๐ณ๐จ๐ปโ๐ณโจ
๐ฅ EXCELLENT GOLD
โข Nur Atirah binti Md Najib โ Modern Free Style 1 Tier Wedding Cake
โข Noorazean binti Abu Bakar โ Kari Lembu
โข Suhaida binti Suliman โ Modern Nasi Lemak
๐ฅ GOLD
โข Mohamad Norhamka bin Shamsudin โ Fish and Chip
โข Azni Aidawati binti Ahmad โ Creative Moon Cake (6 Types)
โข Siti Hajar binti Seh Hadi โ Rendang Ayam
โข Zainab binti Majid โ Spaghetti Challenge
โข Nor Azura binti Abd. Aziz โ Kerabu
โข Nurafidatul binti Ithnin โ Kari Ayam Tradisional
โข Siti Maisarah binti Masri โ Mee Mamak
๐ฅ SILVER
โข Fairoz Helwa binti Mohamed โ Mee Rebus
โข Nor Azura binti Abd. Aziz โ Kari Ikan Tradisional
โข Hanipah binti Abd Shukor โ Mee Rojak
โข Mohd Fadly bin Ibrahim โ Chicken Chop
โข Nurul Amiza binti Zainal Abidin โ Cup Cake Showcase
โข Nur Farhah binti Johari โ Malay Traditional Dessert
โข Zunaidah binti Ahmad Ramli โ Mee Mamak
๐ฅ BRONZE
โข Norhayatilaza binti Ramli โ Roti Jala dan Kari Ayam
โข Hamizah binti Abdul Hamid โ Bubur Cha Cha
โข Noor Ashikin binti Danny โ Bubur Cha Cha
โข Rabiah binti Sabtu โ Roti Jala dan Kari Ayam
Syabas dan tahniah atas kejayaan yang membanggakan ini. Semoga terus maju jaya dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga KEMAS. ๐
21/05/2026
๐ Lawatan Pemantauan Jahitan Pukal Parlimen Tebrau
Lawatan pemantauan oleh pihak PKEM HQ ini dilaksanakan bagi memastikan proses jahitan pukal berjalan dengan lancar, tersusun dan menepati standard yang telah ditetapkan. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan melihat perkembangan pelaksanaan program serta memberi sokongan dan penambahbaikan dalam pengurusan bidang kemahiran. โจ๐งต
Semoga usaha ini terus memberi manfaat serta membuka lebih banyak peluang kemahiran dan ekonomi kepada komuniti setempat.
21/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Selamat berjuang diucapkan kepada 49 orang Pemaju Masyarakat KEMAS bidang Masakan dari seluruh Malaysia yang menyertai World Chefs Championship (WCC) di Johor Bahru untuk edisi kali ini.
WCC menghimpunkan chef, profesional kulinari dan pemain industri makanan dari seluruh dunia, merangkumi pelbagai kategori seperti patisserie, masakan Cina, Thai, Barat, vegetarian serta masakan tempatan popular dari seluruh negara yang bertanding antaranya Taiwan, Hong Kong, China, Malaysia, Singapura dan negara ASEAN yang lain.
Lebih membanggakan, pertandingan ini juga pernah mencatat pencapaian dalam Guinness World Records dan diiktiraf sebagai antara pertandingan masakan terbesar di Asia.
Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohd Hanafiah Man turut meluangkan masa bersama para peserta secara dalam talian bagi menyampaikan kata-kata semangat dan sokongan.
Sesi tersebut turut disertai oleh Pengarah KEMAS Negeri Johor Zamri Muhammad dan Pengarah Bahagian Pendidikan Kemahiran Ibu Pejabat Dr Faridah Mat, sebagai tanda sokongan berterusan terhadap usaha memperkasa bidang pendidikan kemahiran KEMAS.
Tunjukkan yang terbaik. Bawa nama KEMAS dengan penuh keyakinan dan kebanggaan.
Kami semua mendoakan kejayaan anda!
๐๐๐ง๐๐ฃ๐ ๐๐๐๐ผ๐... ๐๐ข ๐๐ข๐ง๐ข ๐๐๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐...
21/05/2026
Sama-sama kita doakan kejayaan buat Team KEMAS yang akan beraksi dalam World Chef Championship 2026.
Semoga dipermudahkan segala urusan, diberikan ketenangan, idea yang terbaik serta memperoleh kejayaan yang membanggakan buat KEMAS dan Malaysia. Terus berjuang dengan penuh semangat dan yakin pada kemampuan sendiri. ๐ช๐ป๐จ๐ปโ๐ณ๐ฉ๐ปโ๐ณ