04/05/2026
4 Mei bukan sekadar satu tarikh dalam kalendar, tetapi merupakan simbol penghormatan dan pengiktirafan kepada seluruh anggota bomba yang sentiasa teguh berada di barisan hadapan dalam menghadapi saat-saat genting demi menyelamatkan nyawa, harta benda serta kesejahteraan masyarakat.
Di sebalik uniform kebanggaan ini, tersimpan semangat juang, keberanian dan keikhlasan yang tinggi, sanggup menggadaikan nyawa, meninggalkan keluarga serta meredah pelbagai risiko demi memastikan keselamatan rakyat sentiasa terpelihara.
Selamat Menyambut Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 kepada seluruh warga bomba di seluruh negara.
Teruskan berbakti dengan penuh integriti, profesionalisme dan semangat juang yang tinggi, selaras dengan aspirasi kita sebagai βBomba Tonggak Penyelamatan Negaraβ.
04/05/2026
YANG DI-PERTUAN AGONG ZAHIR UCAPAN SELAMAT HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2026
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan atas jasa, pengorbanan serta komitmen tinggi wira merah yang sentiasa bersedia mempertaruhkan nyawa demi keselamatan rakyat dan kesejahteraan negara.
Sultan Ibrahim turut berkenan menzahirkan rasa bangga terhadap peranan penting yang dimainkan JBPM dalam menghadapi pelbagai situasi kecemasan termasuk kebakaran, bencana alam serta operasi menyelamat.
Seri Paduka Baginda turut mendoakan agar semua pegawai dan anggota bomba sentiasa dilindungi dan dikurniakan keselamatan dalam menjalankan tugas.
βAl-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,β titah Seri Paduka Baginda pada hari ini (4 Mei).
30/04/2026
Kaki karaoke mana tu ππ€
Jom naik stage di Karaoke Melodi Jubli Emas!
πΈ Hadiah RM3,300
π Masuk PERCUMA je weh!
π
9 Mei 2026
π Dataran Plaza Angsana
Nak join? Klik sini:
π https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdarhwtAFy-TIuBoG45eRgfNeAdmSVyeUv1s798XiAMyz2Wuw/viewform?usp=headerβ οΏ½
Jangan tunggu lagi β mic dah standby! π₯
30/04/2026
π₯ 10 Hari Lagi! π₯
Karnival Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 bakal berlangsung dengan pelbagai pengisian menarik dan penuh bermakna bagi menghargai jasa serta pengorbanan wira-wira negara.
π Plaza Angsana, Johor Bahru
π
9 & 10 Mei 2026
Ayuh bersama-sama memeriahkan sambutan ini dan mendekati peranan penting anggota bomba sebagai tonggak keselamatan negara. Pelbagai aktiviti interaktif, pameran serta demonstrasi khas menanti anda dan seisi keluarga!
π Bomba Tonggak Penyelamatan Negara
30/04/2026
Jom ramai-ramai meriahkan Karnival Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia Tahun 2026!
Orang ramai dijemput hadir memeriahkan sambutan yang bertemakan 50 Tahun penggabungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada 9 dan 10 Mei 2026 bertempat di Plaza Angsana, Johor Bahru dari pukul 8 pagi hingga 6 petang.
Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung antaranya pameran aset kebombaan, demonstrasi menyelamat, pameran keselamatan kebakaran serta pelbagai pengisian interaktif yang sesuai untuk seisi keluarga.
Jangan lepaskan peluang untuk mwngetahui dengan lebih lanjut peranan dan pengorbanan anggota bomba dalam memastikan keselamatan masyarakat.
Jumpa anda di sana!
26/04/2026
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR & SAMBUTAN HARI JADI ππ
26Apr- Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau telah menerima kunjungan bagi program lawatan sambil belajar yang berlangsung dalam suasana ceria dan penuh bermakna. Turut diadakan sambutan hari jadi buat adik Aulian Anaqi bin Afiq yang ke-4 tahun di BBP Tebrau.
Pihak anggota BBP Tebrau mengucapkan selamat hari jadi kepada adik Aulian Anaqi bin Afiq. Semoga membesar menjadi anak yang soleh, bijak dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT. ππ
Semoga program seperti ini dapat memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai tugas dan peranan anggota bomba serta mengeratkan hubungan bersama masyarakat.
MEDIA DIGITAL JOHORJabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri JohorKPKT MalaysiaBomba ChannelMohd Jafni Md Shukor