30/09/2026
AYUH JOHOR MAHASISWA SARAWAK
Telah berlangsung Program Ayuh Johor Mahasiswa Zon Sarawak pada 29 September 2026 (Selasa) bertempat di Riverside Majestic Hotel, Sarawak, dengan penyertaan seramai 305 orang mahasiswa daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), UiTM Samarahan 1, UiTM Samarahan 2, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak.
Turut hadir ialah YB Dr. Muhammad Naqib bin Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor bersama, Prof. Ir. Ts. Dr. Al Khalid bin Hj Othman, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Ts. Haji Mohd Johari bin Tarmidi, Pengarah Institut Dato’ Onn, Puan Norliyati Binti Md Nor, Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor, En Sharifulizan Bin Sharifuddin @ Hamzah, Setiausaha Bahagian ICT Johor dan Tuan Haji Mohd Fahmi Bin Salam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan YPJ.
Para mahasiswa turut didedahkan dengan sesi Town Hall bersama YB Exco yang membincangkan agenda pembangunan dan hala tuju Johor menerusi Agenda Maju Johor 2030, Johor Economic Transformation Plan (JETP), Johor Talent Development Council (JTDC) serta Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ).
Sesi ini memberikan pendedahan kepada para mahasiswa mengenai perkembangan, peluang serta perancangan strategik Negeri Johor, khususnya dalam aspek pembangunan ekonomi, bakat dan modal insan, serta peranan generasi mahasiswa dalam menyumbang kepada pembangunan negeri pada masa hadapan.
Onn Hafiz Ghazi
Dr. Naqib Ghazali