Seksyen Harta Tanah UTM
Selamat datang ke Seksyen Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia.
Dapatkan maklumat terkini berkaitan harta tanah universiti.
#KeranaTuhanUntukManusia
#MenginovasiPenyelesaianLestari
#UTMTerpulihara
27/02/2026
πππππππππ ππππππππππ πππππππ πππππ πππππ πππ.π/ππππ
Mesyuarat Pengurusan Seksyen Harta Tanah (S*T) Bil. 2/2026 telah diadakan pada 25 Februari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Solusi Bentala dan dipengerusikan oleh Puan Ir. Norhashimah binti Haji Hashim, Pengarah Seksyen Harta Tanah.
Mesyuarat ini membincangkan beberapa perkara penting berkaitan pengurusan dan pemantapan operasi seksyen. Pengerusi menekankan kepentingan pemantauan kehadiran staf secara berkala setiap bulan sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh disiplin dan akauntabiliti warga kerja. Selain itu, laporan scorecard turut diberi perhatian khusus dengan cadangan penambahbaikan melalui penggunaan pendekatan infografik bagi meningkatkan kejelasan dan keberkesanan pelaporan kepada pihak pengurusan.
Mesyuarat turut membincangkan perancangan pelaksanaan projek quick win melibatkan tanah-tanah milik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang perlu disegerakan bagi memastikan potensi aset universiti dapat dimanfaatkan secara optimum dan strategik.
Dalam perkembangan lain, Pengerusi turut memaklumkan bahawa Encik Mohamad Faizal bin Suleiman, Penolong Arkitek Landskap dari Unit Geodata dan Persempadanan, akan bertukar ke Pejabat Pengarah bagi melaksanakan tugasan khas, selaras dengan keperluan semasa jabatan.
Mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan S*T dalam memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecekapan pengurusan serta memastikan perancangan strategik harta tanah universiti dilaksanakan secara sistematik dan berkesan.
https://dvcdev.utm.my/harta-tanah/
Jabatan Timbalan Naib Canselor Pembangunan UTM
23/02/2026
18/02/2026
πππππππ πππππππππ πππππ πππππππ πππππ / πππππ
Seksyen Harta Tanah (S*T) mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1447H / 2026M kepada seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia dan semua yang beragama Islam.
βπππ ππππ π¦πππ πππππ’ππ π π
ππππππ ππππππ ππππ’β ππππππππ πππ πβπ‘ππ ππ (ππππβπππππππ πππππβπππ π΄πππβ) ππππ ππππππ’ππππ πππ πππ¦π π¦πππ π‘ππππβπ’ππ’β
Riwayat al Bukhari, Kitab al Iman,
Bab Shawmu Ramadhan Ihtisaban Mina al Iman no. 38.
Semoga kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini menjadi medan untuk memperkukuh keimanan, meningkatkan keikhlasan dalam beribadah, serta mempererat hubungan silaturahim dalam kehidupan dan perkhidmatan seharian.
Ramadan Kareem.
Jabatan Timbalan Naib Canselor Pembangunan UTM
16/02/2026
πππππππ πππππ ππππππ ππππ ππππ
Seksyen Harta Tanah (S*T) mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina 2026 kepada seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia serta rakan-rakan yang meraikannya.
Semoga tahun baharu ini membawa kesejahteraan, kebahagiaan, kemakmuran dan kejayaan dalam setiap usaha yang dilaksanakan. Diharapkan juga agar semangat perpaduan, keharmonian dan kerjasama terus diperkukuhkan demi kecemerlangan bersama.
Gong Xi Fa Cai!
Jabatan Timbalan Naib Canselor Pembangunan UTM
16/02/2026
ππππππππ-ππππππ πππππππ ππππ ππππππππππ ππππππππππ ππππππππ πππππ ππππ ππ-ππ
ππππππππ-ππππππ πππππππ ππππ ππππππππππ ππππππππππ ππππππππ πππππ ππππ ππ-ππ
Seluruh warga kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Datoβ Haji Mohammed Ridha Bin Datoβ Haji Abd Kadir di atas pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Johor Yang Ke-26.
Kami warga Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor dengan penuh takzim mengalu-alukan kepimpinan Yang Berhormat Dato' dan berikrar untuk memberikan komitmen serta kerjasama yang tidak berbelah bahagi dalam memacu kecemerlangan pentadbiran Negeri Johor demi kesejahteraan Bangsa Johor.
Semoga Allah SWT memberkati pelantikan ini dan mengurniakan taufik serta hidayah kepada Yang Berhormat Dato' dalam menggalas amanah yang mulia ini.
"Selamat Menjalankan Tugas, Yang Berhormat Dato'!"
10/02/2026
05/02/2026
πππ
πππππ
ππ
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sebagai focal point kepada Konvensyen Ramsar di Malaysia sentiasa komited dan menyokong usaha kerajaan negeri untuk memulihara ekosistem tanah lembap selaras dengan matlamat sasaran Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2022-2030.
Sumber: Perutusan Menteri sempena Hari Tanah Lembap Sedunia 2026.
04/02/2026
πππππππ ππππ ππππππππππ πππππππ πππππ
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Sr. Nur Saznina Sazwani binti Mohammad Safe atas pelantikan ke jawatan tetap Pegawai Tadbir (Harta Tanah) Gred N9 yang berkuat kuasa mulai 3 Februari 2026.
Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab, serta menyumbang secara signifikan kepada pembangunan dan pengurusan harta tanah Universiti Teknologi Malaysia.
Warga Seksyen Harta Tanah turut mendoakan agar beliau terus maju jaya, berintegriti dan cemerlang dalam perkhidmatan.
Jabatan Timbalan Naib Canselor Pembangunan UTM
26/01/2026
πππππππ ππππ ππππ
Seksyen Harta Tanah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Siti Hajar binti Abdul Razak diatas khidmat bakti serta sokongan padu sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa di Seksyen Harta Tanah.
Jabatan Timbalan Naib Canselor Pembangunan UTM
14/01/2026
πππππππππ πππππππππ πππππππππππ πππ ππππππππππ πππππππππ πππππ πππππ πππ πππ. π/ππππ
Pada 13 Januari 2026, Seksyen Harta Tanah (S*T) telah mengadakan Mesyuarat Pelarasan Perancangan dan Pemantauan Urusniaga Harta Tanah UTM Bil. 1/2026 bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan pengurusan urusniaga harta tanah universiti.
Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada pemantauan urusniaga yang sedang berjalan, isu-isu urusniaga semasa, kutipan hasil, serta aspek pematuhan terhadap perjanjian yang telah ditetapkan. Selain itu, mesyuarat turut merangka perancangan urusniaga harta tanah seterusnya secara lebih tersusun dan berfokus.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Ir. Norhashimah binti Hj. Hashim, Pengarah S*T dan dihadiri oleh Ketua-ketua Unit S*T.
Perbincangan turut melibatkan Bahagian Pemajuan Universiti (BPU) yang dihadiri oleh Prof. Dr. Yusof bin Boon, Pengerusi BPU, serta pegawai-pegawai dari BPU.
S*T komited untuk terus memperkukuh sinergi strategik bersama BPU dalam memastikan setiap urusniaga harta tanah UTM diurus secara terancang, telus dan berintegriti, selaras dengan keperluan pematuhan perjanjian serta sasaran kutipan hasil universiti.
Jabatan Timbalan Naib Canselor Pembangunan UTM
14/01/2026
ππππππ-ππππππ πππππππ πππππ πππππ
Pada 12 Januari 2026, Seksyen Harta Tanah (S*T) telah melaksanakan aktiviti gotong-royong sebagai usaha memperkemas dan memperindah ruang kerja demi mewujudkan persekitaran pejabat yang lebih kondusif, tersusun dan selesa.
Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk mengemas pejabat, mengemas kini papan informasi, penambahbaikan sudut EKSA, mengecat dinding luar pejabat, serta aktiviti menanam pokok bagi menceriakan kawasan persekitaran.
Program ini turut memupuk semangat kerjasama dan budaya kerja berpasukan dalam kalangan warga S*T, selaras dengan komitmen berterusan terhadap amalan pengurusan persekitaran kerja yang berkualiti.
Jabatan Timbalan Naib Canselor Pembangunan UTM
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Address
F53B Seksyen Harta Tanah, Kompleks Bahagian Pengurusan Aset, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Universiti Teknologi
Johor Bahru
81310
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |
