Dewan Muslimat PAS Negeri Johor

Directions

Dewan Muslimat PAS Negeri Johor FB Rasmi Dewan Muslimat PAS Negeri Johor

Follow kami di instagram : dewan_muslimat_pas_johor

Tweeter : TwitDMPNJohor

TRAGEDI DI SEKOLAH: DMPM GESA SISTEM KESELAMATAN DIKAJI DAN DITAMBAH BAIKDewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menzahirkan ...
06/10/2026

TRAGEDI DI SEKOLAH: DMPM GESA SISTEM KESELAMATAN DIKAJI DAN DITAMBAH BAIK

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menzahirkan rasa dukacita yang mendalam terhadap tragedi yang melibatkan keselamatan anak-anak di institusi pendidikan, termasuk kes terbaharu Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, yang ditemukan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor pada 3 Oktober 2026 sebelum disahkan meninggal dunia. Kes tersebut kini dalam siasatan polis.

Turut pernah dilaporkan kematian baru-baru ini,
Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, pelajar Tingkatan Dua SMK Za’ba, Kuala Pilah, ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sebelum disahkan meninggal dunia. Kes itu sedang disiasat polis di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, termasuk dakwaan bahawa mangsa dipukul selepas didakwa melanggar peraturan sekolah.

Rentetan insiden ini wajar menjadi peringatan serius bahawa aspek keselamatan murid di sekolah dan asrama perlu dinilai semula secara menyeluruh.

Sekolah sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak menuntut ilmu, membina sahsiah dan mengembangkan potensi diri. Ibu bapa menghantar anak ke sekolah dengan kepercayaan bahawa keselamatan mereka berada dalam perhatian dan kawalan pihak yang bertanggungjawab.

Justeru, DMPM menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia supaya melaksanakan audit keselamatan secara menyeluruh dan berkala di semua sekolah serta institusi pendidikan, termasuk:

β€’ keselamatan bangunan, asrama, tangga, balkoni, longkang dan kawasan berisiko;
β€’ keberkesanan CCTV dan sistem pemantauan;
β€’ kecukupan pengawasan guru serta warden;
β€’ keselamatan aktiviti sukan dan kokurikulum;
β€’ prosedur pengurusan buli, ancaman, keganasan dan gangguan seksual;
β€’ sistem aduan murid yang selamat dan berkesan; serta
β€’ kesiapsiagaan menghadapi kecemasan dan tindakan pantas apabila berlaku insiden.

Bacaan lanjut di https://www.facebook.com/share/1K7DJK2NFJ/

04/10/2026

Jom join Muslimat PAS Johor! πŸ’šβœ¨

Macam-macam aktiviti kita buat bersama Muslimat Muda Ameerah.. ada sukan, kebajikan, santai-santai & banyak lagi! 🫢🏻

Jom kenal, jom berkawan, jom buat kebaikan sama-sama! πŸ₯°

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah Irene Sofiya binti Mohd Khairool Faisal atas pemergian insan tersayang...
04/10/2026

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah Irene Sofiya binti Mohd Khairool Faisal atas pemergian insan tersayang menghadap Ilahi.

Adik Irene Sofea, pelajar Tingkatan 4, dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah sekolah menengah di Yong Peng.

Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Semoga Allah SWT mengurniakan ketabahan dan kekuatan kepada seluruh ahli keluarga dalam menghadapi ujian kehilangan ini.

Alhamdulillah, DMPK Ayer Hitam mewakili Muslimat PAS Negeri Johor berkesempatan menziarahi keluarga Allahyarhamah di Kampung Parit Selamat, Yong Peng.

Jenazah masih berada di Hospital Batu Pahat dan difahamkan akan dikebumikan selepas Asar, insya-Allah.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, menerima segala amal solehnya, mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya bersama hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Buat seluruh keluarga, semoga dikurniakan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah. 🀲🏻

Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ω„ΩΩ„ΩŽΩ‘Ω‡Ω وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ†ΩŽ

πŸ“Έ Lensa Warna-Warni KPKMPNJ 2.0 🏐✨Pelbagai warna, pelbagai cerita, satu ukhuwah yang sama. πŸ’šAntara momen yang sempat dir...
04/10/2026

πŸ“Έ Lensa Warna-Warni KPKMPNJ 2.0 🏐✨

Pelbagai warna, pelbagai cerita, satu ukhuwah yang sama. πŸ’š

Antara momen yang sempat dirakam sepanjang kejohanan.. penuh semangat, gelak tawa dan kebersamaan.

Satu Gelanggang, Satu Ukhuwah, Satu Kebaikan. 🏐

πŸ† TAHNIAH BUAT PARA PEMENANG! 🏐✨Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah memberikan aksi terbaik, semangat juan...
04/10/2026

πŸ† TAHNIAH BUAT PARA PEMENANG! 🏐✨

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah memberikan aksi terbaik, semangat juang dan kerjasama sepanjang Kejohanan Bola Jaring Piala Ketua Muslimat Negeri Johor (KPKMPNJ) 2.0.

πŸ₯‡ Johan : Tanjung Pioneers
πŸ₯ˆ Naib Johan : Pandora Prime (Pulai)
πŸ₯‰ Tempat Ketiga : Ukhti Strikers Tenggara

Kemenangan diraikan, ukhuwah tetap diutamakan. πŸ’š

Terima kasih kepada semua pasukan yang telah mengambil bahagian dan memeriahkan kejohanan ini.Tahniah semua! Jumpa lagi di gelanggang seterusnya. 🏐πŸ”₯

Alhamdulillah, selesai dengan jayanya Kejohanan Bola Jaring Piala Ketua Muslimat Negeri Johor (KPKMPNJ) 2.0. 🏐Satu Gelan...
04/10/2026

Alhamdulillah, selesai dengan jayanya Kejohanan Bola Jaring Piala Ketua Muslimat Negeri Johor (KPKMPNJ) 2.0. 🏐

Satu Gelanggang, Satu Ukhuwah, Satu Kebaikan.

Kejohanan ini merupakan anjuran bersama Lajnah Kebudayaan & Rekreasi (LKR) DMPNJ dengan kerjasama Ameerah Johor, Lajnah Kesihatan serta Jabatan Informasi Teknologi Data Raya.

Program ini telah dirasmikan oleh Ustazah Zhuliana binti Ambok Dalek, Timbalan Ketua Muslimat DMPNJ, dan menjadi wadah untuk mengeratkan ukhuwah, menyemarakkan semangat kesukanan serta menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti yang bermanfaat.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan buat Puan Derwena binti Masuruni, Pengarah Program KPKMPNJ 2.0 merangkap Pengerusi Lajnah Kebudayaan & Rekreasi (LKR) DMPNJ, serta seluruh barisan jawatankuasa dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Semoga usaha ini terus menjadi medan untuk membina ukhuwah, memperkukuh kerjasama dan menyemarakkan budaya hidup sihat dalam kalangan Muslimat Negeri Johor.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Satu Gelanggang. Satu Ukhuwah. Satu Kebaikan. 🌿🏐

πŸ† HADIAH MENANTI PEMENANG!Selain peluang beraksi dan mengeratkan ukhuwah di gelanggang, hadiah turut disediakan untuk pa...
02/10/2026

πŸ† HADIAH MENANTI PEMENANG!

Selain peluang beraksi dan mengeratkan ukhuwah di gelanggang, hadiah turut disediakan untuk pasukan yang menduduki tempat pertama hingga ketiga.

πŸ₯‡Tempat Pertama
*Piala Pusingan + RM400*

πŸ₯ˆTempat Kedua
*RM300*

πŸ₯‰Tempat Ketiga
*RM200*

Siapakah yang bakal membawa pulang Piala Pusingan Ketua Muslimat Negeri Johor 2.0?

πŸ“… 3 Oktober 2026 (Sabtu)
πŸ“ Velodrome Nusajaya, Iskandar Puteri

_"Satu gelanggang, satu ukhuwah, satu kebaikan."_

.0

*KENALI 13 PASUKAN YANG AKAN BERENTAP!*Kita semakin menghampiri dengan Kejohanan Bola Jaring Piala Ketua Muslimat Negeri...
01/10/2026

*KENALI 13 PASUKAN YANG AKAN BERENTAP!*

Kita semakin menghampiri dengan Kejohanan Bola Jaring Piala Ketua Muslimat Negeri Johor 2.0! πŸ†βœ¨

Sebelum kita saksikan aksi sengit di gelanggang, jom kita kenali dulu antara pasukan-pasukan yang bakal turun berentap merebut Piala Pusingan Ketua Muslimat Negeri Johor 2.0. πŸ’ͺ🏻

πŸ“Έ Swipe/scroll untuk kenali pasukan yang bertanding!

Setiap pasukan datang dengan semangat, strategi dan misi masing-masing. Yang pasti, gelanggang nanti memang bakal meriah! πŸ”₯

Jom kita support semua team masing-masing! πŸ’ͺπŸ»πŸ’š

.0

πŸ”₯ TINGGAL 4 HARI LAGI! πŸ”₯*KEJOHANAN BOLA JARING PIALA KETUA MUSLIMAT NEGERI JOHOR 2.0*Kiraan detik semakin dekat! 😍Hanya ...
29/09/2026

πŸ”₯ TINGGAL 4 HARI LAGI! πŸ”₯

*KEJOHANAN BOLA JARING PIALA KETUA MUSLIMAT NEGERI JOHOR 2.0*

Kiraan detik semakin dekat! 😍
Hanya 4 hari lagi sebelum kita saksikan aksi hebat pasukan-pasukan bola jaring muslimat dari seluruh Johor! πŸ’ͺ🏐

πŸ“… Sabtu | 3 Oktober 2026
πŸ“ Velodrome Nusajaya, Iskandar Puteri

πŸ“£ Jom hadir dan meriahkan kejohanan ini!

Kami menjemput para supporter dari kalangan MUSLIMAT untuk bersama-sama memberikan sokongan, semangat dan memeriahkan suasana di gelanggang! πŸ’šπŸ’›

Bawa semangat, bawa kawan-kawan dan sama-sama kita raikan ukhuwah melalui sukan! 🫢🏻πŸ”₯

4 HARI LAGI!
JOM TURUN SUPPORT! πŸ’ͺ🏻

.0

πŸ•Œ SOLAT FIRST! πŸ’šProgram anjuran Dewan Muslimat PAS Kawasan Pontian yang mengetengahkan kepentingan solat dalam kehidupan...
22/09/2026

πŸ•Œ SOLAT FIRST! πŸ’š

Program anjuran Dewan Muslimat PAS Kawasan Pontian yang mengetengahkan kepentingan solat dalam kehidupan seharian.

Turut dijemput Pengerusi Lajnah Dakwah DMPNJ, Ustazah Zainab (Ustazah Nabila Husin) sebagai pengisi program.

Semoga usaha kecil ini menjadi asbab kita sama-sama memperbaiki solat dan mendidik generasi agar sentiasa meletakkan solat sebagai yang utama. πŸ€²πŸ»πŸ’š

Solat dulu. Yang lain kemudian. 🌸
fans



Address

No 42 , Jalan Padi Ria 1, Bandar Baru Uda
Johor Bahru
81200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share