Tracking Blue Carbon Iskandar Puteri with us!
Iskandar Puteri Rendah Karbon
Faculty of Built Environment & Surveying, UTM Johor Bahru
Blue Carbon Trail
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Blue Carbon Trail, Government Organization, Iskandar Puteri, Johor Bahru.
More than a field activity,
itโs community-powered climate action.
Team Blue Carbon Trail Iskandar Puteri daripada fakulti alam bina dan ukur UTM bersama Sunway City Iskandar Puteri, JPS daerah JB, IPRK 5.0 dalam carbon stock measurement training.
Community on the ground,
Science in action! Iskandar Puteri Rendah Karbon Faculty of Built Environment & Surveying, UTM Johor Bahru
06/05/2026
Blue Carbon Trail is still moving forward
and this time, weโre bringing the science to the community!
Bersama Sunway City Iskandar Puteri, MBIP dan JPS sempena OSHE week, sesi field training kali ini memberi pengalaman sebenar kepada peserta Sunway City Iskandar Puteri OSHE week dalam memahami bagaimana pokok dan ekosistem menyimpan karbon!
Bukan sekadar melihat pokok
tetapi dengan mengukur sendiri, untuk belajar membaca nilai karbon tersembunyi disebalik selut hutan Bakau
lapangan, kepada data.
Dari sains, kepada tindakan.
Iskandar Puteri Rendah Karbon
28/02/2026
Makluman untuk esijil kuiz akan diberikan dalam tempoh 3 hari. Pastikan email yang diberikan adalah betul.
27/02/2026
I've just reached 100 followers! Thank you for continuing support. . ๐๐ค๐
Menjejak bakau untuk dipasang tag Iskandar Puteri Blue Carbon di laluan ekopelancongan Kg Sg Melayu Geotrees Utm
25/02/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kami menjemput anda semua ke webinar Karbon Biru Iskandar Puteri, terbuka kepada
โ
warganet
โ
pelajar dan guru sekolah rendah dan menengah,
โ
mahasiswa dan pensyarah institusi pengajian tinggi,
โ
penyelidik / environmentalist
โ
industri
โ
agensi
โ
orang awam
โ
warga UTM
โ
alumni UTM
sempena Hari Tanah Lembap Sedunia yang disambut setiap 2 Februari setiap tahun.
Webinar akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Bertemakan Memahami Peranan Karbon Biru dalam Ketahanan Iklim
Tarikh: 28 Februari 2026 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi โ 12.00 tengah hari
Platform: Webex
Pautan Webex:
https://utm.webex.com/utm/j.php?MTID=m8a85469ba5b5b772cf7d5bb3d1b7b0b6
Aktiviti menarik sepanjang webinar:
* Forum & sesi soal jawab bersama pakar daripada perhutanan dan pihak berkuasa tempatan
* Kuiz interaktif โ sertai dan dapatkan e-sijil pencapaian (Tempoh menjawab kuiz: 10.00 pagi โ 5.00 petang, 28 Februari 2026)
* E-sijil penyertaan bagi semua peserta webinar
Webinar ini akan menampilkan panel-panel yang berpengalaman dalam pengurusan paya bakau dan mitigasi kesan perubahan iklim.
Moderator
Sr Ts Gs Dr. Nurul Hawani Idris
Pengarah Living Lab UTM-JPNJ merangkap Ketua Projek Blue Carbon Trail
Universiti Teknologi Malaysia
Panel 1
En. Safwan Bin Shaari
Ketua Unit Kemampanan dan Kesejahteraan Bandar
Jabatan Perancangan Pembangunan, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP)
Panel 2
En. Mohd Syahrir Azrin bin Salleh
Pengarah
Jabatan Perhutanan Negeri Johor
๐ด Mata CPD disediakan kepada staf UTM
๐ด Merit akademik disediakan kepada pelajar UTM
Anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan program serta menimba ilmu berkaitan karbon biru dan kelestarian alam.
11/02/2026
Walaupun projek dah hampir ke penghujung, โbateriโ kami masih FULL CHARGE!
Hari ini kami turun ke Jeti myKP Pendekar Laut, Pengkalan Sg Che Man (Gelang Patah)
dan Jeti Memancing PNKJS Kg Pendas Baru (lokasi penanaman pokok bakau Blue Carbon Iskandar Puteri)
untuk tagging pokok bakau di laluan tumpuan pelancong & pengunjung
CA LAr Dr nurzuliz dari UTM membantu mengenal spesis bakau
Setiap tag = satu langkah kecil untuk jejak karbon biru di Iskandar Puteri
Jika anda nampak tag ini, ada dua cara nak tahu spesis pokok dan berapa banyak stok karbon bakau iaitu
1) buka camera dan scan kod qr atau
2) install Geotrees dan scan kod qr
Iskandar Puteri, The Learning City
Iskandar Puteri Rendah Karbon
11 Feb 2026
26/01/2026
Hari yang dinantikan
Penawanan data menggunakan Dron yang membawa sensor kamera RGB dan multispektral oleh Pilot Dr Alvin dan Mr Nizam dari FABU UTM.
Tujuan penerbangan adalah untuk memetakan kawasan bakau menggunakan imej resolusi tinggi di Sg Pendas
Penerbangan telah mendapat 4 kelulusan daripada MBIP, Majlis Keselamatan Negara (MKN), JUPEM dan CAAM.
Rakan strategik daripada Sunway City turut hadir bagi mempelajari proses penerbangan dron bagi tujuan menghasilkan peta, antaranya penetapan flight path, ketinggian penerbangan, kalibrasi kamera.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Iskandar Puteri
Johor Bahru
79000
