01/10/2026
πππππππππ ππππππππππ ππππππ πππππππππππ πππππππ ππππππππ πππππ ππππππππππ (ππππππππππ) ππππππππππ, πππππππππππ πππππππππππ, ππππ πππ ππππππ (πππππ) ππ ππππππππ ππππ
πππππ πππππ ππππ
1 Oktober 2026 (Khamis)
Mesyuarat Pemantauan Projek Pembangunan yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Surrendren Sathasivam, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah diadakan di Kompleks Kraf Johor.
Turut hadir sama ialah YBrs. Puan Nurazlin binti Abu Talib (Pengarah MOTAC Johor), YBrs. Tuan Mohd Affendi bin Abdullah (Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Pembangunan Prasarana MOTAC), Puan Ir. Ts. Hajah Maziah binti Abu Hassan, Ketua Unit Teknikal BPP MOTAC), Puan Noor Akmar binti Mohamed Azmaili (PSUK Unit Pengurusan Projek BPP MOTAC), Encik Mohd Hatta bin Md Zan (Pegawai Pelancongan, Tourism Johor), Puan Hamimah binti Kodiron (Ketua Unit Kewangan dan Pembangunan Prasarana MOTAC Johor) dan wakil-wakil jabatan / agensi terlibat.
Antara agenda utama mesyuarat adalah Pembentangan Status Projek oleh Pemilik atau Pelaksana Projek Pembangunan di bawah peruntukan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) antaranya:
1. Majlis Bandaraya Pasir Gudang
2. Pejabat Daerah Muar
3. Pejabat Daerah Segamat,
4. Pejabat Setiausaha Kerajaan (Bahagian Kerajaan Tempatan)
5. Majlis Perbandaran Muar
6. Majlis Perbandaran Segamat
7. Majlis Perbandaran Pontian
8. Majlis Perbandaran Pengerang
9. Majlis Daerah Mersing
10. Majlis Daerah Labis
11. Majlis Daerah Tangkak
12. Universiti Teknologi Malaysia,
13. Perbadanan Taman Negara Johor
14. Jabatan Perhutanan Negeri Johor
15. Jabatan Perikanan Negeri Johor
16. Yayasan Warisan Johor
17. Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
Sebanyak 40 buah projek Pemulihan, Pemuliharaan, Ubah Suai dan Naik Taraf (PPUN) direkodkan bagi tahun 2024 hingga 2026 dengan jumlah keseluruhan nilai kos projek berjumlah RM12.254 juta, RM40.4 juta kos projek bagi 4 projek sambungan di bawah RP 1 RMK-13 (2026) dengan kos sambungan RM23.9 juta dan sebanyak RM3.1 juta bagi kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf kemudahan ekopelancongan.
YBhg. Datuk Surrendren Sathasivam, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) diiringi oleh YBrs. Puan Nurazlin binti Abu Talib (Pengarah MOTAC Johor) dan YBrs. Cik Noor Azima binti Mohd Alwi (Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Johor) turut meluangkan masa melawat sekitar Kompleks Kraf Johor antaranya Galeri Kraf Warisan, Taman Etno Kraf, Perkampungan Kraf dan Pusat Jualan Karyaneka. Lawatan ini turut memberi tumpuan kepada laporan pelaksanaan projek Pemulihan, Pemuliharaan, Ubah Suai dan Naik Taraf (PPUN) di Kompleks Kraf Johor, khususnya dari aspek kemajuan dan penambahbaikan kemudahan serta infrastruktur bagi menyokong fungsi kompleks sebagai pusat pembangunan, pemeliharaan dan promosi seni kraf tempatan.
MOTAC Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Datuk Surrendren Sathasivam, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Bahagian Pembangunan Prasarana MOTAC, Tourism Johor, Kompleks Kraf Johor serta semua jabatan dan agensi terlibat.