Jabatan Kastam Diraja Malaysia Johor

Jabatan Kastam Diraja Malaysia Johor

Share

Laman Facebook Rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor

01/06/2026

I I 𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

𝗞𝗘𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗗𝗨𝗟𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗛𝗔 𝗠𝗨𝗟𝗜𝗔 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗗𝗨𝗞𝗔 𝗕𝗔𝗚𝗜𝗡𝗗𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜-𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗢𝗡𝗚 𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗜𝗕𝗥𝗔𝗛𝗜𝗠

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor Pada 01 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Bagi pihak seluruh warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor, kami mendoakan agar Seri Paduka Baginda dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

Kami di JKDM Johor akan terus menjunjung titah dan amanah, memperkukuh integriti, serta mengekalkan kecemerlangan perkhidmatan demi tanah air tercinta.

Daulat Tuanku!

Sembah Takzim Daripada Pengarah Kastam Negeri Johor, Pengurusan Tertinggi Serta Warga Kerja JKDM Johor.

🚨 𝗖𝗘𝗞𝗔𝗣 ∙ 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗦 ∙ 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗜𝗧𝗜 🚨

Ingin sentiasa selangkah ke hadapan dengan info rasmi Kastam Johor?
Nak tahu aktiviti terkini, pengumuman penting dan hebahan eksklusif terus daripada sumber sahih?

✨ Inilah tempatnya! ✨

📲 Ikuti LAMAN RASMI MEDIA SOSIAL
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Johor dan jadi sebahagian daripada komuniti kami yang komited, berintegriti dan progresif.

👉 Klik ‘FOLLOW’ sekarang dan jangan ketinggalan sebarang maklumat penting!

✅ Facebook: https://www.facebook.com/jkdmjohor

✅ Instagram: https://www.instagram.com/jkdm.johor/reels/?hl=en

✅ TikTok: https://www.tiktok.com/.johor

🇲🇾 Bersama Membina Malaysia MADANI

©️ 2026 | Unit Korporat & Multimedia I Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor

31/05/2026

I 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐖𝐄𝐒𝐀𝐊 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐6

YBrs' Tuan Aminul Izmeer bin Mohd Sohaimi, Pengarah Kastam Negeri Johor dan Warga Kerja Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak buat warga kerja dan masyarakat yang beragama Buddha yang menyambutnya. Semoga damai dan kebijaksanaan selalu bersama kita.

🚨 𝗖𝗘𝗞𝗔𝗣 ∙ 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗦 ∙ 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗜𝗧𝗜 🚨

Ingin sentiasa selangkah ke hadapan dengan info rasmi Kastam Johor?
Nak tahu aktiviti terkini, pengumuman penting dan hebahan eksklusif terus daripada sumber sahih?

✨ Inilah tempatnya! ✨

📲 Ikuti LAMAN RASMI MEDIA SOSIAL
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Johor dan jadi sebahagian daripada komuniti kami yang komited, berintegriti dan progresif.

👉 Klik ‘FOLLOW’ sekarang dan jangan ketinggalan sebarang maklumat penting!

✅ Facebook: https://www.facebook.com/jkdmjohor

✅ Instagram: https://www.instagram.com/jkdm.johor/reels/?hl=en

✅ TikTok: https://www.tiktok.com/.johor

🇲🇾 Bersama Membina Malaysia MADANI

©️ 2026 | Unit Korporat & Multimedia I Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor

26/05/2026

I 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐6 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐘𝐁𝐑𝐒. 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐈𝐍𝐔𝐋 𝐈𝐙𝐌𝐄𝐄𝐑 𝐁𝐈𝐍 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐒𝐎𝐇𝐀𝐈𝐌𝐈, 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐓𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani,

Segala puji bagi Allah SWT yang telah mengizinkan kita bertemu sekali lagi dengan bulan Zulhijjah yang penuh keberkatan dan menyambut Hari Raya Aidiladha – hari yang agung dalam kalendar umat Islam, simbol pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada perintah Ilahi.

Bagi pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga jabatan, rakan strategik, serta seluruh umat Islam yang menyambutnya, sama ada di tanah air mahupun yang sedang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci.

Aidiladha mengingatkan kita kepada kisah Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. tentang erti pengorbanan yang tulus demi ketaatan kepada Allah. Dalam konteks kita sebagai penjawat awam, pengorbanan itu diterjemahkan melalui tanggungjawab, integriti, dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjalankan amanah kepada negara dan rakyat.

Saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengajak seluruh warga JKDM Johor agar terus memperkukuh semangat kebersamaan, saling menghormati dan mempertingkatkan prestasi kerja dalam suasana yang harmoni dan berintegriti.

Akhir kata, marilah kita menyambut Aidiladha dengan kesederhanaan, penuh kesyukuran, dan terus berdoa agar Malaysia kekal aman, maju dan diberkati.

Selamat Hari Raya Aidiladha,
Wabillahi taufiq wal hidayah,
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ikhlas,
YBrs. Tuan Aminul Izmeer bin Mohd Sohaimi
Pengarah Kastam Negeri Johor

🚨 𝗖𝗘𝗞𝗔𝗣 ∙ 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗦 ∙ 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗜𝗧𝗜 🚨

Ingin sentiasa selangkah ke hadapan dengan info rasmi Kastam Johor?
Nak tahu aktiviti terkini, pengumuman penting dan hebahan eksklusif terus daripada sumber sahih?

✨ Inilah tempatnya! ✨

📲 Ikuti LAMAN RASMI MEDIA SOSIAL
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Johor dan jadi sebahagian daripada komuniti kami yang komited, berintegriti dan progresif.

👉 Klik ‘FOLLOW’ sekarang dan jangan ketinggalan sebarang maklumat penting!

✅ Facebook: https://www.facebook.com/jkdmjohor

✅ Instagram: https://www.instagram.com/jkdm.johor/reels/?hl=en

✅ TikTok: https://www.tiktok.com/.johor

🇲🇾 Bersama Membina Malaysia MADANI

©️ 2026 | Unit Korporat & Multimedia I Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor

20/05/2026

I 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

YBrs. Tuan Aminul Izmeer bin Mohd Sohaimi, Pengarah Kastam Negeri Johor serta seluruh warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor merakamkan ucapan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Encik Kamarudin bin Payakon, bertugas selaku Pemandu (H1) JKDM Stesen Batu Pahat atas pemergian beliau.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini.

Al-Fatihah. 🤲

🚨 𝗖𝗘𝗞𝗔𝗣 ∙ 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗦 ∙ 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗜𝗧𝗜 🚨

Ingin sentiasa selangkah ke hadapan dengan info rasmi Kastam Johor?
Nak tahu aktiviti terkini, pengumuman penting dan hebahan eksklusif terus daripada sumber sahih?

✨ Inilah tempatnya! ✨

📲 Ikuti LAMAN RASMI MEDIA SOSIAL
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Johor dan jadi sebahagian daripada komuniti kami yang komited, berintegriti dan progresif.

👉 Klik ‘FOLLOW’ sekarang dan jangan ketinggalan sebarang maklumat penting!

✅ Facebook: https://www.facebook.com/jkdmjohor

✅ Instagram: https://www.instagram.com/jkdm.johor/reels/?hl=en

✅ TikTok: https://www.tiktok.com/.johor

🇲🇾 Bersama Membina Malaysia MADANI

©️ 2026 | Unit Korporat & Multimedia I Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor

20/05/2026

[𝐀𝐖𝐀𝐒 𝐒𝐂𝐀𝐌!]

𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗗 𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗣𝗔𝗟𝗦𝗨 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗠𝗔 𝗝𝗞𝗗𝗠

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ingin memaklumkan bahawa kad kuasa yang tular ini adalah PALSU dan tidak dikeluarkan oleh pihak JKDM.
Individu tersebut juga bukan pegawai JKDM.

Orang ramai dinasihatkan supaya:

• Tidak memberikan maklumat peribadi kepada individu mencurigakan

• Tidak membuat sebarang bayaran kepada pihak yang mengaku sebagai pegawai JKDM tanpa pengesahan rasmi

• Segera membuat semakan melalui saluran rasmi JKDM

Untuk pengesahan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan Kastam di talian 𝟏-𝟑𝟎𝟎-𝟖𝟖𝟖-𝟓𝟎𝟎.

Sekian, terima kasih.

𝗖𝗘𝗞𝗔𝗣 • 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗦 • 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗜𝗧𝗜




©️ 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐂𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐊𝐨𝐫𝐩𝐨𝐫𝐚𝐭 | 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐓𝐀𝐌 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

18/05/2026

INFO INTEGRITI BIL.5/2026

TIDAK HADIR BERTUGAS

Photos from Jabatan Kastam Diraja Malaysia Johor's post 13/05/2026

I 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐉𝐊𝐃𝐌 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑

𝗟𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 & 𝗙𝗼𝘁𝗼 𝗢𝗹𝗲𝗵 𝗨𝗻𝗶𝘁 𝗞𝗼𝗿𝗽𝗼𝗿𝗮𝘁 & 𝗠𝘂𝗹𝘁𝗶𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮

13 Mei 2025 | Bilik Mesyuarat Bendahara, Menara Kastam Johor

Telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Penyiaran Kenaikan Pangkat Skim Penguasa Kastam dan Kumpulan Pelaksana Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Johor yang telah disempurnakan oleh Yang Berusaha, Tuan Aminul Izmeer bin Mohd Sohaimi, Pengarah Kastam Negeri Johor dan diiringi oleh Puan Khairone Dzarwany binti Mohd Kairi, Ketua Bahagian KPSM.

Majlis ini diadakan sebagai tanda pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi serta prestasi cemerlang para pegawai dan anggota yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab kepada jabatan.

Dalam amanat beliau, Tuan Pengarah menzahirkan ucapan tahniah kepada semua penerima serta menekankan bahawa kenaikan pangkat bukan sekadar satu penghargaan, malah merupakan satu amanah besar yang perlu digalas dengan penuh integriti, profesionalisme dan komitmen berterusan demi memperkukuh kecemerlangan perkhidmatan JKDM.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima surat penyiaran kenaikan pangkat. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan dan memberikan perkhidmatan terbaik demi memartabatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia khususnya di Negeri Johor.

Syabas dan tahniah. Teruskan kecemerlangan demi JKDM dan negara.







🚨 𝗖𝗘𝗞𝗔𝗣 ∙ 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗦 ∙ 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗜𝗧𝗜 🚨

Ingin sentiasa selangkah ke hadapan dengan info rasmi Kastam Johor?
Nak tahu aktiviti terkini, pengumuman penting dan hebahan eksklusif terus daripada sumber sahih?

✨ Inilah tempatnya! ✨

📲 Ikuti LAMAN RASMI MEDIA SOSIAL
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Johor dan jadi sebahagian daripada komuniti kami yang komited, berintegriti dan progresif.

👉 Klik ‘FOLLOW’ sekarang dan jangan ketinggalan sebarang maklumat penting!

✅ Facebook: https://www.facebook.com/jkdmjohor

✅ Instagram: https://www.instagram.com/jkdm.johor/reels/?hl=en

✅ TikTok: https://www.tiktok.com/.johor

🇲🇾 Bersama Membina Malaysia MADANI

©️ 2026 | Unit Korporat & Multimedia I Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor

Photos from Jabatan Kastam Diraja Malaysia Johor's post 13/05/2026

I 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐓𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐂𝐃𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 𝐏𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐀𝐆𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃. 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐂𝐔𝐊𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈

𝗟𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗢𝗹𝗲𝗵 𝗨𝗻𝗶𝘁 𝗞𝗼𝗿𝗽𝗼𝗿𝗮𝘁 & 𝗠𝘂𝗹𝘁𝗶𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮, 𝗙𝗼𝘁𝗼 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗢𝗹𝗲𝗵 𝗨𝗠 𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗧𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶

📍Kota Tinggi | 4 Mei 2026

Pejabat Cukai Dalam Negeri (CDN) Kota Tinggi telah menerima lawatan kerja Timbalan Pengarah Kastam Negeri Bahagian Cukai Dalam Negeri Johor yang turut mempengerusikan sesi kunjung hormat bersama wakil Felda Plantation Management Sdn. Bhd. (FPMSB).

Lawatan ini merupakan platform penting dalam memperkukuh hubungan strategik antara Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Johor dan pihak industri, di samping mempererat jaringan kerjasama dua hala dalam aspek pelaksanaan, pematuhan serta perkongsian maklumat berkaitan cukai dalam negeri.

Sesi perbincangan yang berlangsung telah memberi fokus kepada isu-isu semasa berkaitan pematuhan cukai, penambahbaikan proses kerja serta usaha berterusan dalam memastikan kelancaran pelaksanaan dasar percukaian demi menyokong pembangunan ekonomi negara.

Semoga jalinan kerjasama erat antara JKDM Johor dan pihak industri terus diperkasa ke arah meningkatkan tahap pematuhan cukai serta penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien dan berintegriti.








🚨 𝗖𝗘𝗞𝗔𝗣 ∙ 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗦 ∙ 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗜𝗧𝗜 🚨

Ingin sentiasa selangkah ke hadapan dengan info rasmi Kastam Johor?
Nak tahu aktiviti terkini, pengumuman penting dan hebahan eksklusif terus daripada sumber sahih?

✨ Inilah tempatnya! ✨

📲 Ikuti LAMAN RASMI MEDIA SOSIAL
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Johor dan jadi sebahagian daripada komuniti kami yang komited, berintegriti dan progresif.

👉 Klik ‘FOLLOW’ sekarang dan jangan ketinggalan sebarang maklumat penting!

✅ Facebook: https://www.facebook.com/jkdmjohor

✅ Instagram: https://www.instagram.com/jkdm.johor/reels/?hl=en

✅ TikTok: https://www.tiktok.com/.johor

🇲🇾 Bersama Membina Malaysia MADANI

©️ 2026 | Unit Korporat & Multimedia I Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor

Photos from Jabatan Kastam Diraja Malaysia Johor's post 13/05/2026

I 𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐃𝐎𝐊𝐔𝐌𝐄𝐍 / 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐄𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐀𝐒𝐀𝐋 (𝐏𝐎𝐎) 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐉𝐊𝐃𝐌 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑

𝗟𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗢𝗹𝗲𝗵 𝗨𝗻𝗶𝘁 𝗞𝗼𝗿𝗽𝗼𝗿𝗮𝘁 & 𝗠𝘂𝗹𝘁𝗶𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮, 𝗙𝗼𝘁𝗼 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗢𝗹𝗲𝗵 𝗨𝗠 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝘁𝗮𝗺𝗮𝗻

Bahagian Perkastaman JKDM Johor telah berjaya menganjurkan Bengkel Semakan Semula Dokumen / Sijil Berkeutamaan Tempat Asal (POO) Siri 1/2026 pada 5 hingga 7 Mei 2026 sebagai salah satu inisiatif di bawah Program Strategi Pungutan Hasil 2026.

Bengkel ini bertujuan memperkukuhkan kefahaman pegawai berkaitan aspek pematuhan, ketepatan dokumentasi perdagangan serta pemantapan semakan sijil keutamaan tempat asal (POO) selaras dengan kehendak perundangan dan fasilitasi perdagangan antarabangsa.

Program ini turut melibatkan penyertaan pegawai daripada Unit Rules of Origin (ROO) serta menjadi platform perkongsian ilmu, perbincangan teknikal dan penyelarasan tatacara kerja bagi memastikan semakan dokumen dilaksanakan secara lebih cekap, tepat dan berintegriti.

Semoga penganjuran bengkel seperti ini terus memperkasakan kompetensi warga JKDM Johor dalam mendukung kecemerlangan penyampaian perkhidmatan jabatan.

🚨 𝗖𝗘𝗞𝗔𝗣 ∙ 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗦 ∙ 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗜𝗧𝗜 🚨

Ingin sentiasa selangkah ke hadapan dengan info rasmi Kastam Johor?
Nak tahu aktiviti terkini, pengumuman penting dan hebahan eksklusif terus daripada sumber sahih?

✨ Inilah tempatnya! ✨

📲 Ikuti LAMAN RASMI MEDIA SOSIAL
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Johor dan jadi sebahagian daripada komuniti kami yang komited, berintegriti dan progresif.

👉 Klik ‘FOLLOW’ sekarang dan jangan ketinggalan sebarang maklumat penting!

✅ Facebook: https://www.facebook.com/jkdmjohor

✅ Instagram: https://www.instagram.com/jkdm.johor/reels/?hl=en

✅ TikTok: https://www.tiktok.com/.johor

🇲🇾 Bersama Membina Malaysia MADANI

©️ 2026 | Unit Korporat & Multimedia I Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor

Photos from Jabatan Kastam Diraja Malaysia Johor's post 13/05/2026

I 🏍️ 𝐑𝐈𝐃𝐄 𝐒𝐈𝐋𝐀𝐓𝐔𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐂𝐑𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔 – 𝐓𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐎𝐇, 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆

𝗟𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗢𝗹𝗲𝗵 𝗨𝗻𝗶𝘁 𝗞𝗼𝗿𝗽𝗼𝗿𝗮𝘁 & 𝗠𝘂𝗹𝘁𝗶𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮, 𝗙𝗼𝘁𝗼 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗢𝗹𝗲𝗵 𝗖𝗥𝗖

Pada 9 Mei 2026, seramai 10 orang ahli daripada Customs Rider Club (CRC) yang terdiri daripada warga JKDM Ibu Pejabat dan JKDM Johor telah menyertai konvoi bermotosikal dari Johor Bahru menuju ke Temerloh.

Program ini bukan sekadar mengisi aktiviti riadah dan mengukuhkan ukhuwah sesama ahli, malah turut diselitkan dengan sesi ziarah kasih menziarahi Encik Sobri bin Jamaluddin, bekas pemandu jabatan, sebagai tanda penghargaan atas jasa dan khidmat bakti beliau sepanjang berkhidmat bersama jabatan.

Semoga program seumpama ini terus menjadi wadah mengeratkan silaturahim, menyemai semangat kebersamaan serta memperkukuh hubungan kekeluargaan dalam kalangan warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

“Ride Bersama, Ukhwah Terpelihara.”



🚨 𝗖𝗘𝗞𝗔𝗣 ∙ 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗦 ∙ 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗜𝗧𝗜 🚨

Ingin sentiasa selangkah ke hadapan dengan info rasmi Kastam Johor?
Nak tahu aktiviti terkini, pengumuman penting dan hebahan eksklusif terus daripada sumber sahih?

✨ Inilah tempatnya! ✨

📲 Ikuti LAMAN RASMI MEDIA SOSIAL
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Johor dan jadi sebahagian daripada komuniti kami yang komited, berintegriti dan progresif.

👉 Klik ‘FOLLOW’ sekarang dan jangan ketinggalan sebarang maklumat penting!

✅ Facebook: https://www.facebook.com/jkdmjohor

✅ Instagram: https://www.instagram.com/jkdm.johor/reels/?hl=en

✅ TikTok: https://www.tiktok.com/.johor

🇲🇾 Bersama Membina Malaysia MADANI

©️ 2026 | Unit Korporat & Multimedia I Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor

Want your business to be the top-listed Government Service in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Larkin
Johor Bahru
80990

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00