07/09/2025
Ulu Ayer Molek Bersatu P160
BERSATU PENERAJU POLITIK ABAD KE-21
07/09/2025
Kami syg abahπ
25/08/2025
Barakallahulaka! Sekalung tahniah!Alhamdulillah π€²π»
YBhg. Datuk Hj Zulkifli Bin Bujang
Ketua BERSATU Bahagian Johor Bahru merangkap AMPT BERSATU Malaysia.
Atas Penganugerahan
Pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran DATUK.
Sempena Hari Ulang Tahun ke 76 Keputeraan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 24 Ogos 2025 bersamaan 30 Safar 1447H.
23/08/2025
Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung
RUU URA: Analisis Kebimbangan dan Isu - Penjajahan Gaya Baru
1. Unsur Paksaan dan Tiada Mekanisme Aduan
Isu:
β Draf RUU URA 2024 memperlihatkan unsur paksaan kerana pemilik tanah tiada saluran undang-undang untuk membuat bantahan.
β Tiada mekanisme mahkamah (court mechanism) untuk rayuan atau semakan kehakiman.
Analisis:
β Hal ini bercanggah dengan prinsip Perkara 5,8 dan 13 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak harta rakyat.
β Perlembagaan pada Perkara 5 - Kebebasan diri & Perkara 8 - Kesamarataan di sisi undang2 & Perkara 13 - Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang
β Memberi kesan kepada semua kaum dan agama, kerana sebarang pemilik tanah boleh dipaksa menyerahkan haknya tanpa jalan undang-undang.
β Dalam fiqh, kaedah β Ψ§ΩΨΆΩΩΨ±ΩΨ±Ω ΩΩΨ²ΩΨ§ΩΩ β (kemudaratan mesti dihapuskan) mengingatkan undang-undang tidak boleh mengekalkan unsur paksaan yang merugikan rakyat.
2. Kuasa Mutlak di Bawah KPKT
Isu:
β RUU memberi kuasa luas kepada Jawatankuasa Eksekutif URA di bawah KPKT.
β KPKT seolah-olah mengambil alih kuasa Raja-raja di negeri dan Agong di Wilayah Persekutuan.
Analisis:
β Menimbulkan isu tumpang tindih bidang kuasa dan menghakis kuasa kerajaan negeri serta Akta 172 perancangan bandar dan desa (Akta KPKT sendiri)
β Melanggar semangat Persekutuan dalam Perlembagaan Malaysia kerana tanah adalah bidang kuasa negeri.
β Potensi berlaku βpusatkan kuasaβ (centralisation of power) yang menjejaskan demokrasi persekutuan.
3. Tanah Rezab Melayu (TRM) Tidak Dijamin Dari Gangguan
Isu:
β RUU hanya menyebut pengecualian kawasan heritage, tetapi tidak menyebut pengecualian khusus untuk Tanah Rezab Melayu (TRM).
β TRM berkemungkinan terdedah untuk diganggu.
Analisis:
β Ini mengkhianati roh Perkara 89 Perlembagaan yang menjamin TRM.
β Slogan βJangan Ganggu Tanah Rezab Melayuβ wajar dijadikan pegangan.
β Jika TRM boleh diambil melalui URA, ia membuka jalan kepada penghakisan identiti Melayu sebagai tuan tanah asal.
β Namun, isu ini juga melibatkan bukan Melayu β kerana jika TRM pun tidak dilindungi, tanah jenis lain lebih mudah terdedah.
4. Risiko Gentrifikasi dan Pengusiran Tersusun
Isu:
β URA membuka ruang kepada kapitalis dan pemaju besar untuk masuk ke kawasan miskin bandar.
β Akan berlaku gentrifikasi β penduduk miskin diusir dan diganti dengan kelas kaya.
Analisis:
β Fenomena sama berlaku di Singapura (melalui HDB) dan di beberapa bandar besar dunia.
β Dari perspektif keadilan Islam, ia adalah bentuk penindasan kerana menghalau rakyat asal dari tanah mereka.
β Ia akan melibatkan semua kaum miskin di bandar, bukan hanya Melayu.
5. Mengabaikan Kuasa Raja-Raja
Isu:
β URA tidak dirujuk kepada Majlis Raja-Raja.
β Kuasa yang sepatutnya di bawah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) menurut Akta Pengambilan Tanah dipindahkan kepada KPKT.
Analisis:
β Tanah memang duduk dibawah kuasa Raja-Raja negeri manakala di wilayah persekutuan dibawah YDPA
β Ini bukan sahaja bercanggah dengan sistem undang-undang sedia ada (KTN, Akta Strata), bahkan dianggap menghina kuasa Raja.
β Rakyat boleh melihatnya sebagai unsur βderhaka kepada Rajaβ kerana mengalihkan kuasa tanah daripada payung diraja kepada menteri.
β Dari sudut politik, isu ini boleh digerakkan melalui Raja-Raja Melayu, terutama di negeri-negeri PAS (Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis).
6. Tiada Kawasan Selamat daripada URA
Isu:
β RUU memperuntukkan kuasa ke atas kawasan berpenduduk lebih 10,000 dan juga bawah 10,000.
β Ini bermakna semua kawasan berpotensi dikenakan URA.
Analisis:
β Rakyat bandar, separa bandar, dan kampung tradisi semuanya tidak terkecuali.
β Tanah wakaf juga tidak selamat, kerana URA boleh melintasi kuasa exco negeri. Contoh tanah wakaf di Bangi yang terlibat JV dengan syarikat arak.
β Risiko besar terhadap institusi Islam kerana wakaf adalah aset umat.
7. Mediasi Longgar dan Kuasa Menteri Ubah Ambang Persetujuan
Isu:
β Mediasi tidak mengikat β hanya prosedur kosmetik.
β Menteri berkuasa mengubah ambang persetujuan pemilik (contoh dari 80% ke 70% atau 51%).
Analisis:
β Ini jelas bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan kerana membolehkan hak milik rakyat diambil dengan ambang yang arbitrari.
β Memberi ruang manipulasi politik dan pemaju menekan rakyat kecil.
8. Risiko Pemindahan Paksa dan Pampasan Tidak Jelas
Isu:
β URA membuka ruang pemindahan paksa.
β Pampasan dan ekuiti pemilikan Melayu tidak dijelaskan dalam draf.
Analisis:
β Pemaju sedang menunggu kelulusan URA untuk masuk.
β Jika pampasan rendah, rakyat akan rugi, jika pampasan dalam bentuk rumah baru, harga mungkin tidak mampu milik.
β Semua rakyat bandar berisiko β Melayu, Cina, India dan lain-lain β jika pampasan tidak adil.
9. Implikasi Universal dan Bukan Isu Perkauman
Isu:
β Jika dibawa sebagai isu kaum, kerajaan boleh menuduh pembangkang rasis.
β Namun isu ini adalah universal kerana menyentuh hak semua rakyat.
Analisis:
β Naratif perlu difokuskan pada keadilan, hak pemilikan, kuasa raja, dan perlembagaan.
β Menjadikan URA isu rakyat β bukan isu perkauman, tetapi isu demokrasi, keadilan, dan hak asasi.
Kesimpulan Strategik
1. RUU URA penuh dengan unsur paksaan β tiada mekanisme mahkamah, tiada ruang aduan, dan tiada perlindungan jelas terhadap tanah rakyat.
2. Kuasa terlalu luas diberi kepada KPKT, sehingga melangkaui negeri dan Raja-Raja, bercanggah dengan semangat Persekutuan.
3. Tanah Rezab Melayu tidak dijamin, membuka ruang kepada penghakisan identiti bangsa.
4. Risiko gentrifikasi nyata, rakyat miskin semua kaum akan terusir demi kapitalis dan pemaju.
5. Majlis Raja-Raja mesti dijadikan benteng, kerana isu ini melibatkan kuasa Raja dan YDPA.
6. Isu ini mesti dibawa sebagai isu nasional, bukan perkauman, kerana ia menyentuh semua rakyat dan semua negeri.
20/08/2025
Ayuh kita doakan agar Saudara Hilman dan seluruh barisan kepimpinan serta ahli ARMADA BERSATU terus cekal melawan kezaliman dan hipokrasi Kerajaan Madani.
Saya mengecam sekeras-kerasnya pendakwaan YB Hilman Idham, Ketua Armada BERSATU, di bawah Kanun Keseksaan berhubung ucapannya dalam himpunan membantah Akta Hasutan.
Sebagai pemimpin sayap ARMADA yang mewakili anak-anak muda, beliau berhak untuk mengkritik Akta Hasutan dan membantah tindakan pihak berkuasa menahan beberapa pemimpin ARMADA di bawah akta tersebut.
Pakatan Harapan berjanji menghapuskan Akta Hasutan. Kini apabila berkuasa, bukan sahaja Akta Hasutan tidak dihapuskan, malah mendakwa orang yang membantah akta tersebut.
Inilah hipokrasi yang paling nyata. Bukan sahaja kebebasan bersuara tidak lagi dilindungi, malah undang-undang yang dahulunya dikatakan zalim kini dilindungi oleh undang-undang.
Saya mendoakan agar Saudara Hilman dan seluruh barisan kepimpinan serta ahli ARMADA BERSATU terus cekal melawan kezaliman dan hipokrasi Kerajaan Madani.
TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Presiden BERSATU
19 Ogos 2025
17/08/2025
Direndam tak basah,dibakar tak hangus.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Ayer Molek
Johor Bahru
80000
