08/06/2026
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇
Pengarah dan seluruh warga Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Johor menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Encik Mohd Nazri bin Abas, Pegawai Pendaftaran, JPN Daerah Kluang, Johor atas pemergian Allahyarham ke rahmatullah.
Semoga ahli keluarga Allahyarham diberi ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan ini. Jasa dan bakti Allahyarham di JPN akan sentiasa dikenang.
𝐀𝐋-𝐅𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐇. 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇.
Jabatan Pendaftaran Negara
Media Digital Johor
07/06/2026
Warga Johor Bahru!
Mari bersama-sama kami, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Johor di Tapak Parking Angsana Johor Bahru.
📅 Tarikh: 5 – 7 Jun 2026
🕙 Masa: 10.00 pagi – 6.00 petang
Perkhidmatan yang disediakan:
• Permohonan dan gantian MyKad (kad rosak, hilang atau cip bermasalah)
• Permohonan MyKid untuk kanak-kanak
• Pendaftaran kelahiran dan kematian
• Semakan dan khidmat nasihat berkaitan pendaftaran negara
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan perkhidmatan JPN dengan lebih mudah dan dekat dengan anda. Kami menanti kehadiran anda!
Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor
Media Digital Johor
05/06/2026
Warga Johor Bahru!
Mari bersama-sama kami, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Johor di Tapak Parking Angsana Johor Bahru.
📅 Tarikh: 5 – 7 Jun 2026
🕙 Masa: 10.00 pagi – 6.00 petang
Perkhidmatan yang disediakan:
• Permohonan dan gantian MyKad (kad rosak, hilang atau cip bermasalah)
• Permohonan MyKid untuk kanak-kanak
• Pendaftaran kelahiran dan kematian
• Semakan dan khidmat nasihat berkaitan pendaftaran negara
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan perkhidmatan JPN dengan lebih mudah dan dekat dengan anda. Kami menanti kehadiran anda!
Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor
Media Digital Johor
04/06/2026
Pengarah dan seluruh warga Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor mengalu-alukan kedatangan Cik Anusuriya A/P Balan , Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat (JPN) Negeri Johor.
Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
Media Digital Johor
01/06/2026
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447 Hijrah.
Sembah takzim daripada seluruh warga Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan serta keberkatan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Jabatan Pendaftaran Negara
Media Digital Johor
31/05/2026
Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha di Negeri Johor dan Malaysia.
Semoga sambutan Hari Wesak tahun ini membawa kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan kepada semua. Perayaan ini mengingatkan kita tentang nilai-nilai murni seperti belas ihsan, kesederhanaan, toleransi serta saling menghormati dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama.
Marilah kita bersama-sama memupuk semangat perpaduan, keharmonian dan saling memahami demi kemakmuran negara yang tercinta.
Selamat Menyambut Hari Wesak 2026.
Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor
Media Digital Johor
30/05/2026
NOTIS MAKLUMAN
📢 Dimaklumkan bahawa Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seluruh Negeri Johor termasuk UTC Johor dan UTC Pasir Gudang akan ditutup sempena Hari Wesak, Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Cuti Gantian seperti berikut:
📅 31 Mei 2026 (Ahad) – Hari Wesak
📅 1 Jun 2026 (Isnin) – Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
📅 2 Jun 2026 (Selasa) – Cuti Gantian
✅ Semua pejabat JPN Negeri Johor akan beroperasi semula seperti biasa pada 3 Jun 2026 (Rabu).
🕗 Waktu Operasi:
• Ibu Negeri / Daerah / Daerah Kecil / Cawangan : 8.00 pagi – 5.00 petang
• UTC Johor & UTC Pasir Gudang : 8.00 pagi – 9.00 malam
Segala kesulitan amat dikesali dan terima kasih atas kerjasama anda.
Jabatan Pendaftaran Negara
Digital Media Johor