WUBT Bahagian Tebrau

Directions

WUBT Bahagian Tebrau SEGALA MAKLUMAT SERTA AKTIVITI PERGERAKAN WANITA UMNO BAHAGIAN TEBRAU AKAN DIMAKLUMKAN DISINI

MESYUARAT KHAS WANITA UMNO BAHAGIAN TEBRAU BIL.03/2026Alhamdulillah, malam tadi kami telah mengadakan Mesyuarat Khas Wan...
05/10/2026

MESYUARAT KHAS WANITA UMNO BAHAGIAN TEBRAU BIL.03/2026

Alhamdulillah, malam tadi kami telah mengadakan Mesyuarat Khas Wanita UMNO Bahagian Tebrau yang bertempat di Pejabat UMNO Bahagian Tebrau.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Tebrau, Hajah Rap’enah Ali ini, diadakan bagi membincangkan beberapa program dan perancangan yang akan dilaksanakan sepanjang Oktober hingga Disember nanti.

Terima kasih diucapkan kepada semua AJK dan Ketua Zon yang hadir dan memberikan komitmen serta kerjasama dalam menjayakan mesyuarat ini.

Semoga segala perancangan yang telah dibincangkan dapat dilaksanakan dengan lancar dan dipermudahkan, demi memperkukuhkan gerak kerja serta kebersamaan kita.

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐍𝐀𝐙𝐀𝐇 𝐌𝐔𝐒𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐑𝐎 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐁𝐑𝐀𝐔13.09.2026 || AHADTahniah dan syabas ke...
13/09/2026

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐍𝐀𝐙𝐀𝐇 𝐌𝐔𝐒𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐑𝐎 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐁𝐑𝐀𝐔

13.09.2026 || AHAD

Tahniah dan syabas kepada Puan Hajah Zaleha Tukiman (Pengerusi) Biro Agama Wanita UMNO Bahagian Tebrau serta AJK yang telah berjaya menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Muslimat bertempat di Surau Az-Zakirin, Taman Puteri Wangsa pagi tadi.

Alhamdulillah, 100 orang peserta yang terdiri daripada kariah setempat dan dari kawasan sekitar telah menyertai program ini.

Program ini merupakan program anjuran bersama Ahli Majlis Zon Pelangi Indah -Puan Fadilah Suradi, HELWA Surau Az Zakirin dan NGO-NGO Islam Taman Puteri Wangsa.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustazah Hajah Siti Rahmah Binti Dalek selaku Penceramah Undangan yang telah berkongsi ilmu dan memberi penerangan yang baik kepada para peserta.

Turut hadir pagi tadi Ketua Zon WUBT Pelangi Gaya serta AJK Wanita UMNO Bahagian Tebrau.

Semoga ilmu yang diperoleh melalui kursus ini dapat dimanfaatkan dan menjadi bekalan kepada kita semua, khususnya dalam melaksanakan tuntutan fardu kifayah serta membantu masyarakat ketika diperlukan.

𝑷𝑬𝑹𝑯𝑰𝑴𝑷𝑼𝑵𝑨𝑵 𝑨𝑮𝑼𝑵𝑮 𝑼𝑴𝑵𝑶 2026Alhamdulillah selesai sudah Perhimpunan Agung UMNO 2026 yang telah diadakan di WTC Kuala Lump...
12/09/2026

𝑷𝑬𝑹𝑯𝑰𝑴𝑷𝑼𝑵𝑨𝑵 𝑨𝑮𝑼𝑵𝑮 𝑼𝑴𝑵𝑶 2026

Alhamdulillah selesai sudah Perhimpunan Agung UMNO 2026 yang telah diadakan di WTC Kuala Lumpur.

Terima kasih kepada semua perwakilan PAU Wanita UMNO Bahagian Tebrau yang diterajui oleh Puan Hajah Rap'enah Ali serta rombongan para pemerhati daripada Wanita UMNO Cawangan-cawangan dalam Tebrau yang telah hadir ke Perhimpunan Agung UMNO 2026 ini.

PAU kali ini melabuhkan tirainya dengan amanat 5 TEKAD daripada YAB Presiden Parti kepada semua Ahli UMNO sebagai kerangka kesiapsiagaan parti dalam menghadapi PRU 16 akan datang.

Kita p**ang ke Tebrau bersama semangat untuk terus berjuang dan memberi khidmat kepada masyarakat.

Ke WTC membawa harapan,
Bersama sahabat penuh semangat;
Wanita UMNO Tebrau teguh di barisan,
Berkhidmat ikhlas demi rakyat.

𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈!24.08 / Isnin📍 Balairaya Anjung Bestari WUBT Bahagian Tebrau mengucapkan tah...
24/08/2026

𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈!

24.08 / Isnin
📍 Balairaya Anjung Bestari

WUBT Bahagian Tebrau mengucapkan tahniah kepada Wanita UMNO Cawangan Anjung Bestari yang telah selesai menjalankan Mesyuarat Pemulihan seterusnya memilih Ketua dan Jawatankuasa Penaja.

Puan Hajah Rap'enah Ali (Ketua Wanita UMNO Bahagian Tebrau) di dalam ucapanya sebentar tadi berharap Puan Paridah Sapuan yang telah dipilih sebagai Ketua Wanita, dapat memimpin cawangan ini untuk terus aktif dalam program-program kemasyarakatan dan menarik lebih ramai wanita untuk menyertai UMNO pada masa datang.

Turut hadir sebentar tadi, Setiausaha dan AJK Wanita UMNO Bahagian Tebrau.

𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐍 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀17.08|| IsninSemalam telah selesai...
18/08/2026

𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐍 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀

17.08|| Isnin

Semalam telah selesai sesi perjumpaan santai bersama Ketua-ketua Wanita UMNO cawangan dalam DUN Puteri Wangsa yang turut dihadiri Ketua WUBT Bahagian Tebrau Pn Hajah Rap'enah Ali, Pegawai dan Ahli Jawatankuasa.

Terima kasih kepada Puan Zana (Ketua Zon Sinaran) dan Puan Sabariah (Ketua Zon Kangkar) yang telah sudi menjadi tuan rumah untuk perjumpaan ini.

Juga terima kasih kepada semua yang telah hadir meluangkan masa semalam.

Semoga perjumpaan ini dapat mengukuhkan ukhwah dan menambahbaik hala tuju Wanita UMNO Bahagian Tebrau pada masa akan datang.

𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐍 𝐓𝐈𝐑𝐀𝐌16.08|| Ahad Alhamdulillah malam ini, sele...
16/08/2026

𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐍 𝐓𝐈𝐑𝐀𝐌

16.08|| Ahad

Alhamdulillah malam ini, selesai Perjumpaaan Santai WUBT Bahagian Tebrau bersama Ketua-ketua Wanita UMNO Cawangan dalam DUN Tiram.

Program yang turut dihadiri oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Tebrau, Puan Hajah Rap'enah Ali bertujuan untuk mengeratkan lagi tali silaturahim di samping bertukar-tukar pandangan.

Turut bersama sebentar tadi Naib Ketua, barisan Pegawai dan AJK WUBT.

InsyaAllah, malam esok kita akan berjumpa p**a dengan Ketua-ketua Wanita di DUN Puteri Wangsa.

Terima kasih kepada semua yang hadir tadi.



𝐏𝐑𝐍 -𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 || 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐁𝐍 & 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐉𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐁𝐑𝐀𝐔 Selama hampir 2 minggu, jente...
02/08/2026

𝐏𝐑𝐍 -𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 || 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐁𝐍 & 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐉𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐁𝐑𝐀𝐔

Selama hampir 2 minggu, jentera WUBT Bahagian Tebrau diketuai oleh Puan Hajah Rap'enah Ali (Ketua Wanita UMNO Bahagian Tebrau) telah berkampung di Negeri Sembilan bagi membantu jentera pilihanraya DUN N.20 Labu.

Alhamdulillah, semalam penat lelah semua jentera berbalas apabila DUN N.20 Labu dimenangi oleh Calon Barisan Nasional - Siti Nor Humaira Hasim dengan majoriti 5279 undi.

Tahniah kepada Barisan Nasional Negeri Sembilan.

Terima kasih kepada Puan Hajah Rap'enah serta jentera yang telah bertungkus lumus membantu gerak kerja Wanita PDM/DUN N.20 Labu sehingga BN menang bergaya.



20/07/2026
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐁𝐑𝐀𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔19hb Julai - Semalam telah berlangsung Mesyuarat Perwakilan Wanita ...
20/07/2026

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐁𝐑𝐀𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔

19hb Julai - Semalam telah berlangsung Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO WUBT Bahagian Tebrau di Dewan Serbaguna Taman Desa Cemerlang.

Hampir 400 orang Perwakilan dan pemerhati telah memenuhi dewan seawal jam 08.00 pagi, bagi melunaskan tanggungjawab tahunan.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Ketua Wanita UMNO Malaysia. Turut hadir bersama YB Dato' Hj Abdul Halim Suleiman, ADUN Tiram merangkap Ketua U M N O Bahagian Tebrau, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tebrau Tn Hj Azizul Bachok, Pegawai dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tebrau serta Ketua-ketua UMNO Cawangan.

Majlis telah disudahi dengan penyampaian cenderamata oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Tebrau, Pn Hajah Rap'enah Ali kepada Ketua UMNO Bahagian Tebrau dan YB Datuk Seri Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Ribuan terima kasih kepada semua Perwakilan dan pemerhati yang hadir. Semoga ikatan ukhwah dan semangat ini akan terus berkekalan.



Undi Calon NO.01 untuk DUN TIRAM.Barisan Nasional parti TERBAIK untuk semua.
27/06/2026

Undi Calon NO.01 untuk DUN TIRAM.

Barisan Nasional parti TERBAIK untuk semua.





Hanya yang terbaik untuk DUN Tiram Calon No.1

- Anak tempatan
- Prihatin
- Mudah didekati
- Berpengalaman luas

Dan paling penting: SUDAH TERBUKTI MAMPU MEMIKUL AMANAH & KUAT BEKERJA UNTUK RAKYAT

Address

Johor Bahru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when WUBT Bahagian Tebrau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share