Jabatan Agama Islam Negeri Johor - JAINJ
Laman rasmi berkaitan maklumat dan perkembangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Komited memperkasa syiar Islam, pentadbiran hal ehwal agama dan kesejahteraan ummah di Negeri Johor Darul Ta’zim.
06/06/2026
TAHNIAH PENERIMA PINGAT DAN DARJAH KURNIAAN SULTAN IBRAHIM
Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), YB Dato’ Haji Nasri bin Md Ali serta seluruh warga kerja JAINJ merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada empat penerima daripada keluarga besar JAINJ yang telah menerima Pingat dan Darjah Kurniaan Sultan Ibrahim sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Tahun 2026.
Penerima yang diraikan ialah:
• YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor – Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua (PSI II)
• As-Syeikh Tuan Haji Nujaimi bin Muhamad, Kadi Daerah Kota Tinggi – Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua (PSI II)
• As-Syeikh Tuan Haji Amir bin Mohd Noor, Kadi Daerah Kluang – Pingat Lama dan Baik Dalam Perkhidmatan (PLP)
• As-Syeikh Tuan Haji Hamizan bin Sayuti, Kadi Daerah Kulai – Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua (PSI II)
Pengurniaan tersebut telah disempurnakan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor sempena Majlis Istiadat Kurniaan Darjah dan Pingat bagi Daerah Batu Pahat, Kluang dan Mersing yang berlangsung pada 6 Jun 2026 di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang.
Pengiktirafan ini merupakan penghormatan yang amat bermakna atas jasa, komitmen dan khidmat bakti yang telah dicurahkan dalam memperkukuh pentadbiran Islam serta menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan ummah di Negeri Johor.
Semoga kurniaan yang diterima menjadi pemangkin untuk terus berkhidmat dengan penuh amanah, integriti dan kecemerlangan demi memartabatkan syiar Islam serta menyumbang kepada kemajuan Negeri Johor.
Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas limpah perkenan dan kurniaan yang dianugerahkan.
Daulat Tuanku.
05/06/2026
KHUTBAH JUMAAT
TAJUK : MIMBAR BERBICARA LIDAH DIPELIHARA
TARIKH : 5 JUN 2026 | 19 ZULHIJJAH 1447 H
HARI : JUMAAT
Download Link Pdf:
https://drive.google.com/file/d/1EbmcH6A-6rQE6sD6F-cUuTk51nSRLSec/view?usp=sharing
KHUTBAH KEDUA :
https://drive.google.com/file/d/1K-KFaYsezKcHD_r6Rus2O0FuRlj4vXG1/view?usp=sharing
03/06/2026
SESI PERBINCANGAN PENYELARASAN PROGRAM-PROGRAM JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (JAINJ)
Telah berlangsung Sesi Perbincangan Penyelarasan Program-Program Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Nasri bin Md Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Pengarah serta Ketua-Ketua Penolong Pengarah Bahagian JAINJ bagi membincangkan dan menyelaras perancangan serta pelaksanaan program-program jabatan agar dapat dilaksanakan secara lebih tersusun, bersepadu dan berimpak tinggi selaras dengan aspirasi jabatan dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan hal ehwal Islam kepada masyarakat.
Perbincangan turut memberi fokus kepada pengukuhan kerjasama antara bahagian, penyelarasan agenda strategik jabatan serta penambahbaikan pelaksanaan program bagi memastikan setiap inisiatif yang dirancang dapat mencapai objektif yang ditetapkan dengan berkesan.
Semoga segala usaha yang dirancang dipermudahkan dan diberkati Allah SWT demi kemaslahatan ummah serta kecemerlangan perkhidmatan awam di Negeri Johor.
03/06/2026
02/06/2026
Fungsi Unit Ukhuwah Bahagian Dakwah JAINJ.
Unit Ukhuwah sentiasa komited dalam mengurus dan menyelaras hal ehwal pengislaman, pendidikan, kebajikan, pembangunan insan serta pengurusan premis bagi memastikan agenda dakwah kepada Saudara Kita dan masyarakat Orang Asli dapat dilaksanakan dengan berkesan.
01/06/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Aras 4, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor, Jalan Masjid Abu Bakar, Karung Berkunci 725
Johor Bahru
80990
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |
