Majlis Kebudayaan Negeri Johor.

Call Directions Contact the organization

Majlis Kebudayaan Negeri Johor. Facebook Rasmi Majlis Kebudayaan Negeri Johor. Official Facebook for the Cultural Council State of Johor

FESTIVAL KOTA SELATAN 2026 KEMBALI!Empat hari penuh dengan kemeriahan seni, budaya dan warisan menanti anda! Saksikan pe...
23/09/2026

FESTIVAL KOTA SELATAN 2026 KEMBALI!
Empat hari penuh dengan kemeriahan seni, budaya dan warisan menanti anda! Saksikan pelbagai persembahan, sertai pertandingan dan nikmati aktiviti menarik seperti Inspirasi Tari Johor, Nyanyian Lagu Irama Malaysia, Kompang Rentap Menyalu, Gubahan Sirih Junjung, Urumee Melam, Doodle With Family, Anggun Bersama Bonda dan banyak lagi!
🗓️ 24 – 27 September 2026
📍 Dataran Segamat, Johor
⏰ 9.00 pagi – 11.00 malam
Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan Festival Kota Selatan 2026. Ajak keluarga dan rakan-rakan, kita jumpa di Dataran Segamat!
Layari laman web rasmi Festival Kota Selatan untuk maklumat lanjut:
https://sites.google.com/jkkn.gov.my/festivalkotaselatan/
Orang Segamat, orang Johor dan semua yang berdekatan, jom turun ramai-ramai!
NI LAH JOHO!







MAJLIS APRESIASI PERANTISAN SENI MUZIKKEMPLINGANWARISAN • KOMUNITI • GENERASI“Melestarikan warisan, menyemai jati diri,m...
19/09/2026

MAJLIS APRESIASI PERANTISAN SENI MUZIK
KEMPLINGAN
WARISAN • KOMUNITI • GENERASI
“Melestarikan warisan, menyemai jati diri,
mengharmoni generasi.”
📅 TARIKH: 25 SEPTEMBER 2026 (JUMAAT)
⏰ MASA: 10.00 PAGI
📍 TEMPAT: PENTAS UTAMA FESTIVAL KOTA SELATAN, DATARAN SEGAMAT




🎶 MAJLIS APRESIASI PERANTISAN SENI MUZIK
KEMPLINGAN

WARISAN • KOMUNITI • GENERASI

“Melestarikan warisan, menyemai jati diri,
mengharmoni generasi.”

📅 TARIKH: 25 SEPTEMBER 2026 (JUMAAT)
⏰ MASA: 10.00 PAGI
📍 TEMPAT: PENTAS UTAMA FESTIVAL KOTA SELATAN, DATARAN SEGAMAT





**KERETAPI SARONG 2026** Sarung disarung, budaya dijulang, Malaysia diraikan.Sempena sambutan **Hari Malaysia**, Keretap...
16/09/2026

**KERETAPI SARONG 2026**

Sarung disarung, budaya dijulang, Malaysia diraikan.

Sempena sambutan **Hari Malaysia**, Keretapi Sarong kembali menyatukan rakyat melalui warna-warni busana tradisional, seni dan budaya dalam satu perjalanan penuh makna.

Daripada pelbagai latar, budaya dan bangsa, kita berkongsi satu perjalanan, perjalanan sebagai rakyat Malaysia.

Kerana dalam kepelbagaian, kita tetap bersama.
Berbeza budaya, tetap satu jiwa. ❤️

Selamat Menyambut **Hari Malaysia 2026!**

**🇲🇾 Sayang Malaysia. Raikan Budaya. Satukan Jiwa.**

PERTANDINGAN ZAPIN JAUHARPERINGKAT DAERAH TANGKAKTAHUN 2026📅 Hari: Ahad📆 Tarikh: 20 September 2026⏰ Masa: 8.00 pagi hing...
16/09/2026

PERTANDINGAN ZAPIN JAUHAR
PERINGKAT DAERAH TANGKAK
TAHUN 2026
📅 Hari: Ahad
📆 Tarikh: 20 September 2026
⏰ Masa: 8.00 pagi hingga 3.00 petang
📍 Tempat: Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Tangkak, Johor
🌟 5 KATEGORI PERTANDINGAN
* Kategori Pra Sekolah
* Kategori Sekolah Rendah
* Kategori Sekolah Menengah
* Kategori Etnik
* Kategori Jabatan
📞 URUS SETIA PERTANDINGAN
Juwita – 017-7043176
Shahril – 010-7893640
Shahriman – 013-3748112
Shaherly – 013-7024264
✨ “Zapin Warisan Kita, Budaya Kebanggaan Bangsa” ✨
Jom sama-sama kita meriahkan serta lestarikan seni warisan budaya Johor! 💜💛





💜 PERTANDINGAN ZAPIN JAUHAR
PERINGKAT DAERAH TANGKAK
TAHUN 2026

📅 Hari: Ahad
📆 Tarikh: 20 September 2026
⏰ Masa: 8.00 pagi hingga 3.00 petang
📍 Tempat: Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Tangkak, Johor

🌟 5 KATEGORI PERTANDINGAN

* Kategori Pra Sekolah
* Kategori Sekolah Rendah
* Kategori Sekolah Menengah
* Kategori Etnik
* Kategori Jabatan

📞 URUS SETIA PERTANDINGAN

Juwita – 017-7043176
Shahril – 010-7893640
Shahriman – 013-3748112
Shaherly – 013-7024264

✨ “Zapin Warisan Kita, Budaya Kebanggaan Bangsa” ✨

Jom sama-sama kita meriahkan serta lestarikan seni warisan budaya Johor! 💜💛






SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 202616 SEPTEMBER 2026Hari Malaysia bukan sekadar sebuah peringatan, tetapi lambang kesat...
16/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026

16 SEPTEMBER 2026

Hari Malaysia bukan sekadar sebuah peringatan, tetapi lambang kesatuan, kepelbagaian dan semangat kebersamaan yang menjadi asas kekuatan Malaysia.

Dalam kepelbagaian budaya, bahasa dan warisan, kita berkongsi satu identiti sebagai rakyat Malaysia.

Marilah kita terus memelihara warisan, memperkukuh perpaduan dan mengangkat budaya sebagai kekuatan bangsa, demi membina Malaysia yang lebih harmoni, inklusif dan berdaya maju.

Berbeza budaya, satu jiwa.
Berbeza latar, satu Malaysia.

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia 2026.

Kebudayaan Negeri Johor
CERMINAN BANGSA

SOROTAN MESYUARAT AGUNG MAJLIS KEBUDAYAAN NEGERI JOHOR KALI KE-36Mesyuarat Agung Majlis Kebudayaan Negeri Johor Kali Ke-...
08/09/2026

SOROTAN MESYUARAT AGUNG MAJLIS KEBUDAYAAN NEGERI JOHOR KALI KE-36

Mesyuarat Agung Majlis Kebudayaan Negeri Johor Kali Ke-36 telah berlangsung pada 05 September 2026 (Sabtu) bertempat di OPERO Hotel Southkey, Johor Bahru. Majlis telah dirasmikan oleh YB Tuan Pannir Selvam a/l Paliksina Siwalinggam, Yang Dipertua MKNJ merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor.

Turut hadir YB Tuan Haji Anuar Abd. Manap, Timbalan Yang Dipertua MKNJ merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Tuan Chua Jian Boon, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, serta YBhg. Datuk Haji Ariss Samsudin, Naib Yang Dipertua I MKNJ. Kehadiran barisan kepimpinan MKNJ, Ahli Jawatankuasa, para perwakilan dan tetamu kehormat turut memeriahkan perjalanan mesyuarat.

Mesyuarat Agung kali ini turut melibatkan sesi pencalonan dan pemilihan Ahli Jawatankuasa MKNJ. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon yang telah terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa MKNJ bagi sesi baharu. Penghargaan turut diberikan kepada semua calon yang telah menawarkan diri serta mengambil bahagian dalam proses pemilihan.

MKNJ turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa MKNJ, para perwakilan serta semua tetamu kehormat atas kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan Mesyuarat Agung ini.

Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Encik Mohdyazid Mustaffa, General Manager OPERO Hotel Southkey, serta pihak pengurusan dan seluruh warga kerja OPERO Hotel Southkey atas layanan, kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang berlangsungnya Mesyuarat Agung MKNJ Kali Ke-36.

Semoga Mesyuarat Agung MKNJ Kali Ke-36 terus memperkukuh kesatuan dalam kalangan ahli serta menjadi asas kepada kelancaran pelaksanaan program dan aktiviti MKNJ dalam usaha memartabatkan seni, kebudayaan dan warisan Negeri Johor.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾MERDEKA | JIWA BANGSA | WARISAN NEGARAKemerdekaan adalah sebuah amanah untu...
31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

MERDEKA | JIWA BANGSA | WARISAN NEGARA

Kemerdekaan adalah sebuah amanah untuk terus memelihara jati diri, memperkukuh perpaduan dan mengangkat warisan sebagai identiti sebuah bangsa yang berdaulat.

Dalam kepelbagaian seni, budaya dan tradisi, tersimpan nilai yang menyatukan rakyat serta menjadi cerminan keunikan Malaysia di persada dunia.

Marilah kita menyemarakkan semangat kemerdekaan dengan terus menghargai warisan, mengangkat budaya dan membina masa hadapan yang lebih inklusif, berdaya saing dan sejahtera.

Kerana merdeka bukan sekadar bebas,
tetapi berjiwa besar dalam memelihara identiti bangsa.

🇲🇾 Selamat Hari Kebangsaan ke-69.

“Jiwa Merdeka, Warisan Dipelihara, Negara Dimartabatkan.”



🌙SALAM MAULIDUR RASUL ﷺMarilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan penuh r...
24/08/2026

🌙SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan penuh rasa cinta dan kesyukuran.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi ruang untuk kita menghayati akhlak, perjuangan dan sunnah Rasulullah SAW serta menjadikannya sebagai pedoman dalam kehidupan.

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu contoh teladan yang baik.” - Surah Al-Ahzab: 21

🌹 Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

Salam Maulidur Rasul daripada Majlis Kebudayaan Negeri Johor.

12/08/2026

N A N T I K A N ! ⏳
✨ BANGSAWAN JOHOR RATU KEDIRI ✨
Hayati keindahan seni persembahan tradisional yang sarat dengan nilai sejarah, budaya dan warisan dalam pementasan Bangsawan Johor Ratu Kediri, naskah dan arahan Mann Che Kah.
📅 : 15 & 16 Ogos 2026�🕣 : 8.30 malam�📍 : Dewan Utama, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar
•
🎟️ Dapatkan tiket anda sekarang!�https://www.cloudjoi.com/.../6918-bangsawan-johor-ratu.../
Promosi Early Bird (1 – 5 Ogos 2026)�Gold : RM25�Silver : RM15
🎫 Harga Biasa (Mulai 6 Ogos 2026)�Gold : RM35�Silver : RM25
•
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sebuah pementasan bangsawan yang mengangkat keindahan seni persembahan Melayu dengan jalan cerita yang memukau serta persembahan yang penuh berprestij.
Jumpa anda di sana! ✨😍🎭
� �

🌙 Salam Aidiladha 1447H 🌙Majlis Kebudayaan Negeri Johor mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh...
27/05/2026

🌙 Salam Aidiladha 1447H 🌙

Majlis Kebudayaan Negeri Johor mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, memperkukuhkan nilai keikhlasan dan pengorbanan serta menyemai semangat kebersamaan dalam kehidupan bermasyarakat.

✨ Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan. Semoga segala amal ibadah diterima dan dikurniakan kesejahteraan buat semua.





Address

No. JKR 296, Jalan Petrie
Johor Bahru
80100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6072279362

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Kebudayaan Negeri Johor. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Kebudayaan Negeri Johor.:

Shortcuts

Share