08/06/2026
๐๐ข๐๐ข๐ฅ ๐ง๐จ๐๐ก ๐ฅ๐จ๐ ๐๐ ๐๐๐ฆ๐ง๐๐ฉ๐๐ ๐๐๐ฅ๐ ๐ ๐จ๐ญ๐๐จ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐๐๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
JOHOR BAHRU, 8 Jun 2026 โ Negeri Johor terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan warisan dan budaya apabila dipilih sebagai tuan rumah Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan (FHMAPK) 2026. Majlis Pra-Pelancaran festival tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Johor Bahru, Tuan Mohd Masni bin Wakiman di Dewan Utama Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar.
Bertemakan โMuzium Menyatukan Dunia yang Terpisahโ, festival ini mengetengahkan peranan muzium sebagai institusi yang bukan sahaja memelihara warisan sejarah, malah menjadi medium penyatuan masyarakat merentasi perbezaan budaya, bahasa, geografi dan latar belakang sosial.
Sambutan kali ke-29 ini merupakan hasil kerjasama antara Kementerian Perpaduan Negara menerusi Jabatan Muzium Malaysia dan Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Warisan Johor. Pemilihan Johor sebagai tuan rumah dilihat bertepatan dengan pelaksanaan Tahun Melawat Johor 2026 yang dijangka meningkatkan lagi kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa ke negeri ini.
Festival berprestij tersebut dijangka menghimpunkan lebih 125,000 pengunjung dengan penyertaan 36 institusi dan agensi muzium negeri serta Persekutuan, 12 penyertaan antarabangsa, tujuh festival sampingan dan lebih 1,000 kontinjen dari seluruh negara.
Dalam ucapannya, Tuan Mohd Masni menegaskan bahawa kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri akan menjadi pemangkin kepada kejayaan festival ini serta membantu merealisasikan sasaran Johor untuk menerima 12 juta pelancong menerusi peningkatan infrastruktur pelancongan dan promosi produk pelancongan secara agresif.
FHMAPK 2026 dijangka menjadi platform penting dalam memperkukuhkan peranan muzium sebagai institusi pendidikan, pemeliharaan warisan dan pembangunan sosial, sekali gus menyokong aspirasi Johor untuk muncul sebagai destinasi pelancongan budaya dan warisan unggul di Malaysia.
07/06/2026
๐ฃ๐๐ ๐๐จ๐๐๐๐ก ๐ฆ๐๐ ๐จ๐๐ ๐๐๐ข-๐ฃ๐๐๐๐ก๐๐ข๐ก๐๐๐ก ๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐ก๐ ๐ฆ๐จ๐ก๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐จ
Syukur Alhamdulillah, Eko-Pelancongan Kampung Sungai Melayu kini dibuka secara rasmi kepada umum pada 6 Jun 2026. Pembukaan semula ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri Johor untuk memperkasakan sektor pelancongan berasaskan alam semula jadi serta memperkenalkan destinasi unik yang menonjolkan keindahan ekosistem hutan paya bakau di negeri ini.
Terletak di Iskandar Puteri, Kampung Sungai Melayu menawarkan pengalaman eko-pelancongan yang berbeza melalui penerokaan kawasan hutan bakau, aktiviti menaiki bot, serta peluang menikmati keunikan biodiversiti dan warisan komuniti setempat dalam suasana yang tenang dan mendamaikan.
Antara tarikan utama yang disediakan termasuk Hentian Leluri, Pangkalan Leluri, Jeti Pelawat, Viewing Deck, Laman Budaya, Visitor Pavilion, kiosk jualan serta kemudahan pelawat yang dibangunkan bagi memberikan pengalaman yang lebih selesa dan berkualiti kepada pengunjung.
Eko-Pelancongan Kampung Sungai Melayu beroperasi setiap Sabtu hingga Khamis, jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang (kemasukan terakhir 4.00 petang) dan ditutup pada hari Jumaat.
Pengunjung akan dibawa menyusuri keindahan hutan paya bakau Kampung Sungai Melayu melalui perkhidmatan bot yang disediakan. Terdapat pilihan bot kecil yang boleh memuatkan empat (4) orang penumpangserta bot besar yang boleh memuatkan sehingga dua belas (12) orang penumpang, dengan kadar RM35 seorang bagi kedua-dua jenis bot.
Bersempena pembukaan semula ini, kadar promosi khas warganegara ditawarkan iaitu RM35 bagi dewasa (harga asal RM45) dan RM18 bagi kanak-kanak (harga asal RM22).
Pembukaan semula Eko-Pelancongan Kampung Sungai Melayu dijangka menjadi satu lagi produk pelancongan berimpak tinggi di Johor, selaras dengan usaha memperkukuhkan kedudukan negeri ini sebagai destinasi pelancongan utama sempena Tahun Melawat Johor 2026.
Semoga usaha ini terus menyumbang kepada pembangunan pelancongan lestari, pemeliharaan khazanah alam semula jadi serta kesejahteraan Bangsa Johor.
05/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Hari pertama pembukaan Muzium Tokoh Johor menyaksikan kehadiran pengunjung yang teruja untuk melihat sendiri destinasi warisan baharu yang menghimpunkan kisah, sumbangan dan legasi tokoh-tokoh penting Negeri Johor.
Muzium ini menawarkan pelbagai tarikan termasuk galeri pameran, koleksi artifak bersejarah, bahan dokumentasi serta paparan interaktif yang memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali perjalanan sejarah dan perkembangan Johor dari sudut yang lebih dekat.
Suasana pembukaan hari pertama berlangsung meriah dengan kehadiran pengunjung yang teruja untuk melihat sendiri pelbagai bahan pameran serta kisah-kisah bersejarah yang dipaparkan di muzium ini.
Jom kunjungi Muzium Tokoh Johor dan alami sendiri pengalaman menelusuri kisah-kisah yang menjadi sebahagian daripada warisan kebanggaan Negeri Johor.
05/06/2026
PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN BANGSA JOHOR
Mehlah ke Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar (KWSAB) dan saksikan keindahan seni, budaya serta warisan Bangsa Johor yang penuh warna-warni menerusi Persembahan Kebudayaan Bangsa Johor yang akan mula dipentaskan pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula 12 Jun 2026.
Pengunjung berpeluang menikmati pelbagai persembahan kebudayaan yang menampilkan keunikan masyarakat berbilang kaum di Johor, antaranya:
๐ Tarian Zapin Johor๏ฟฝ๐ชญ Tarian Kaum Cina๏ฟฝ๐บ Tarian Kaum India๏ฟฝ๐ฟ Tarian Orang Asli๏ฟฝ
โฐ Jadual Persembahan๏ฟฝโข Jumaat : 8.00 malam๏ฟฝโข Sabtu : 3.00 petang & 8.00 malam๏ฟฝโข Ahad : 3.00 petang
Ayuh bawa keluarga dan rakan-rakan untuk bersama-sama menghayati keunikan warisan Johor yang dipersembahkan secara langsung dalam suasana yang penuh seni, budaya dan tradisi.
Warisan dipelihara, budaya diraikan, Bangsa Johor dibanggakan. โค๏ธ
Onn Hafiz Ghazi
Tourism Johor
Tourism Malaysia Wilayah Selatan - Johor
MEDIA DIGITAL JOHOR
Meh Lah Johor
05/06/2026
๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Segamat bakal menjadi tumpuan pengunjung apabila Foodlicious Tour Johor 2026 berlangsung selama empat hari bermula 4 hingga 7 Jun 2026 di Segamat Central.
Program yang berlangsung dari 12.00 tengah hari hingga 12.00 tengah malam ini menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik merangkumi sajian makanan, hiburan, persembahan artis, pameran serta aktiviti komuniti yang sesuai untuk seisi keluarga.
Antara tarikan utama yang bakal memeriahkan acara ialah persembahan daripada artis terkenal Ella, kumpulan Kristal X dan Empty Page, selain sesi Meet & Greet bersama influencer popular seperti Aqil Zulkiflee, Azza Elite, Roti Awan, Abang Manis Premium, Punten King, Shafiq Nizam serta ramai lagi.
Pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik termasuk Konsert Malam Indie, Konsert Malam Healing Rock Jiwang, jualan ayam seekor RM1, Money Chamber, Voice of Segamat, Sunset Hour Zumba, pameran kraftangan dan pelbagai aktiviti interaktif sepanjang festival berlangsung.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan Foodlicious Tour Johor 2026, sebuah festival yang menggabungkan elemen makanan, hiburan dan pelancongan dalam satu acara yang pastinya meriah dan mengujakan.
๐
4 โ 7 Jun 2026
๐ 12.00 Tengah Hari โ 12.00 Tengah Malam
๐ Segamat Central, Johor
Jom ramai-ramai memeriahkan Foodlicious Tour Johor 2026 dan rasai pengalaman festival paling happening di Segamat! ๐๐๐ถโจ
04/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐)
Hari pertama pembukaan Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar (KWSAB) mula menerima kehadiran orang ramai yang ingin melihat sendiri produk pelancongan warisan baharu Negeri Johor.
Pengunjung berpeluang meneroka pelbagai tarikan menarik termasuk galeri warisan, pameran seni dan budaya, Galeri Tenun Johor, pengenalan pakaian tradisional Bangsa Johor serta pelbagai aktiviti interaktif yang mengetengahkan keunikan warisan negeri ini.
Sepanjang hari, pengunjung hadir bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati pengalaman mengenali seni, budaya dan sejarah Johor dalam suasana yang selesa dan menarik.
KWSAB kini dibuka kepada orang ramai dan menjadi salah satu destinasi yang sesuai untuk mereka yang ingin mendekati serta menghargai warisan Bangsa Johor.
Jom kunjungi KWSAB dan rasai sendiri pengalaman meneroka warisan, budaya dan seni Johor.