01/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah Takzim daripada
YB Dato' Mohammed Ridha Bin Dato' Abd Kadir
Setiausaha Kerajaan Johor
30/05/2026
Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim
Tunku Putera Johor
Sempena
Ulang tahun hari keputeraan pada 30 Mei 2026 bersamaan 13 Zulhijjah 1447H
Semoga Allah SWT merahmati usia Yang Amat Mulia Tunku
Sembah Takzim daripada
YB Datoโ Mohammed Ridha Bin Datoโ Abd Kadir
Setiausaha Kerajaan Johor
29/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Suasana di kawasan parkir Blok C, Bangunan Datoโ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar bertukar meriah hari ini bersempena dengan Program Ibadah Korban Perdana Kota Iskandar Tahun 1447H/2026M. Program kolaborasi antara Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Khidmat Pengurusan), PUSPANITA Cawangan Negeri Johor, dan Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) ini telah dikelolakan dengan jayanya oleh Southern Volunteers Kota Iskandar (SVKI) dengan penglibatan aktif pelbagai jabatan serta agensi Kerajaan Negeri.
Majlis ibadah korban ini tambah berseri lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Dato' Mohammed Ridha bin Dato' Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor bersama isteri, Yang Dihormati Datin Siti Azizah binti Omar, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Johor. Turut sama turun padang bagi memberikan sokongan ialah YB Dato' Haji Ismail bin Haji Abu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) dan YBhg. Puan Tazrina Ahmad, Pengarah Media Digital Johor merangkap Ketua SVKI.
Seluruh warga kerja perkhidmatan awam sekitar Kota Iskandar berganding bahu melaksanakan aktiviti melapah, memotong, menimbang, membungkus, sehinggalah kepada proses pengagihan daging korban.
Semangat gotong-royong yang dizahirkan ini bukan sahaja menyemarakkan syiar Islam, malah memperkukuh ukhuwah dan nilai muafakat yang menjadi teras kebersamaan di Kota Iskandar.
ยฉ๏ธ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ
27/05/2026
DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, telah berangkat ke Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru bagi menunaikan solat sunat Aidiladha bersama rakyat pada pagi ini, 27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447H.
Turut berangkat sama ialah DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail.
Hadir sama menyambut keberangkatan baginda dan menunaikan solat bersama-sama ialah Yang Berhormat Datoโ Mohammed Ridha bin Datoโ Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor, barisan kepimpinan negeri, serta seluruh jemaah yang hadir.
Suasana pagi lebaran di masjid bersejarah ini berlangsung dengan penuh ketertiban dan kesyukuran, mencerminkan keutuhan ukhuwah serta hubungan erat antara institusi DiRaja, kepimpinan, dan rakyat jelata.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H. Semoga ibadah korban kita semua diberkati dan diterima oleh Allah SWT.
27/05/2026
โจ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐ข๐๐ข๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐๐โจ
Sempena Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah 1447H bersamaan 27 Mei 2026, marilah sama-sama berdoa semoga kita semua diberi peluang untuk terus berbakti dan berkorban demi kebaikan bersama.
Ikhlas daripada:
Yang Berhormat Datoโ Mohammed Ridha bin Dato' Abd Kadir
Setiausaha Kerajaan Johor
&
Yang Dihormati Datin Hajah Siti Azizah binti Omar
Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Johor
24/05/2026
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐-๐๐๐๐๐
Yang Berhormat Datoโ Mohammed Ridha bin Datoโ Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor, malam tadi telah hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) melakar sejarah sebagai pasukan pertama menjuarai Piala Malaysia sebanyak empat kali berturut-turut selepas menewaskan Kuching City FC 2-0 di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Pencapaian luar biasa ini mencerminkan standard tinggi, visi, serta kerja keras berterusan seluruh pengurusan, barisan pemain, dan juga sokongan padu tanpa batas daripada ekor Harimau Selatan yang setia berdiri di belakang pasukan.
Legasi diteruskan, sejarah terus tercipta di bumi Johor. Luaskan Kuasamu Johor!
ยฉ๏ธ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ
23/05/2026
PENGUMUMAN CUTI PERISTIWA PADA 25 MEI 2026 (ISNIN) SEMPENA KEJAYAAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA'ZIM (JDT) MENJUARAI PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2025/26
22/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐. ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ - ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Yang Berhormat Datoโ Mohammed Ridha bin Datoโ Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor, telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN), bertempat di Pejabat Ketua Setiausaha Negara, Putrajaya, hari ini. Turut mengiringi sesi kunjungan hormat ini ialah YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Pegawai Kewangan Negeri Johor.
Pertemuan rasmi ini secara tidak langsung mengukuhkan lagi hubungan strategik serta jalinan kerjasama erat antara Kerajaan Negeri Johor dengan Kerajaan Persekutuan.
Sinergi dan keselarasan dasar yang mantap antara kedua-dua pihak amatlah kritikal bagi memastikan kelancaran pelaksanaan agenda pembangunan impak tinggi dan pemantapan sistem penyampaian perkhidmatan awam demi kemakmuran Bangsa Johor serta negara amnya.
ยฉ๏ธ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ
19/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐ ๐๐๐๐)
Yang Berhormat Datoโ Mohammed Ridha bin Datoโ Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor, telah menghadiri lawatan tapak bagi meninjau status kemajuan projek Johor BahruโSingapore Rapid Transit System Link (RTS Link) di kawasan pembinaan RTS Pedestrian Overhead Bridge, JB Sentral, Jalan Tun Abdul Razak, Johor Bahru, hari ini.
Lawatan kerja ini telah diketuai oleh Yang Amat Berhormat Dato' Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, bagi melihat secara dekat fasa pembinaan jejambat pejalan kaki yang bakal menjadi komponen integrasi utama bagi kemudahan pengguna kelak.
Turut bersama -sama dalam lawatan ini ialah YB Datoโ Haji Mohd Noorazam bin Datoโ Haji Osman, Pegawai Kewangan Negeri Johor, Tuan Mohd Masni bin Wakiman, Pegawai Daerah Johor Bahru, Tuan Mohd Faโiz bin Salehon, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengangkutan Awam Negeri Johor, dan barisan kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri & agensi yang terlibat.
Pemantauan rapat dan komitmen berterusan daripada barisan kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri amat kritikal bagi memastikan projek mega berimpak tinggi ini berjalan lancar mengikut jadual, demi transformasi sistem pengangkutan awam yang lebih efisien untuk Bangsa Johor.
ยฉ๏ธ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ
16/05/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan buat seluruh warga pendidik atas segala jasa, pengorbanan, serta dedikasi yang tiada sempadan dalam membimbing kita semua menjadi insan yang berilmu dan bermakna.
Sesungguhnya, guru bukan sekadar penyampai ilmu di dalam kelas, malah mereka adalah pemacu harapan dan pembina peradaban yang menjadi nadi utama kepada kemajuan serta masa depan pendidikan negara.
Tahun Ini, Tahun Kita! Selamat Hari Guru buat semua pendidik yang cekal menabur bakti demi anak bangsa.
ยฉ๏ธ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ