Polis IPD Julau

Call Directions

Polis IPD Julau Laman ini merupakan laman rasmi Facebook IPD Julau.

15/09/2026

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI PENGARAH PENGURUSAN, POLIS DIRAJA MALAYSIA

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YDH CP Datuk Mohamad Zainal bin Haji Abdullah atas pelantikan sebagai Pengarah Pengurusan, Polis Diraja Malaysia.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap kepimpinan, pengalaman luas, integriti serta komitmen dan dedikasi tinggi yang telah dicurahkan oleh YDH CP Datuk sepanjang menabur bakti dalam perkhidmatan kepolisan.

Sepanjang menerajui PDRM Kontinjen Sarawak, kepimpinan YDH CP Datuk sentiasa berteraskan integriti, profesionalisme, kebajikan warga pasukan serta keutamaan terhadap keselamatan dan kesejahteraan masyarakat. Segala jasa, sumbangan dan kepimpinan yang dicurahkan pastinya menjadi sebahagian daripada kenangan serta legasi yang amat dihargai oleh seluruh warga PDRM Sarawak.

YDH DCP Saifullizan bin Ishak, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, bersama seluruh warga PDRM Kontinjen Sarawak mendoakan agar YDH CP Datuk Mohamad Zainal bin Haji Abdullah terus dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan, keteguhan hati dan kebijaksanaan dalam menggalas amanah serta tanggungjawab baharu yang besar ini.

Semoga YDH CP Datuk terus diberi kekuatan untuk memimpin dengan penuh integriti, berpegang teguh kepada prinsip profesionalisme dan menjunjung amanah perkhidmatan, demi memperkukuh kecemerlangan PDRM serta memastikan keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan.

Sekalung tahniah atas pelantikan. Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab baharu. Semoga terus cemerlang dalam setiap langkah dan perjuangan.

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”

14/09/2026

KENYATAAN MEDIA

PELANTIKAN YBHG. DATO’ SRI ABDUL AZIZ BIN ABDUL MAJID SEBAGAI TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA

PUTRAJAYA, 14 September 2026 - Adalah dimaklumkan bahawa seperti yang termaktub di bawah Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat YAB Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis telah memperkenan pelantikan YBhg. Dato’ Sri Abdul Aziz bin Abdul Majid sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa mulai 9 September 2026.

LAWATAN KERJA PENGERUSI PERKEP KONTINJEN SARAWAK KE RUMAH PERKEP IPD JULAUIPD JULAU, 11 September 2026 – Suasana penuh m...
11/09/2026

LAWATAN KERJA PENGERUSI PERKEP KONTINJEN SARAWAK KE RUMAH PERKEP IPD JULAU

IPD JULAU, 11 September 2026 – Suasana penuh mesra dan ceria mewarnai kunjungan YBhg. Datin Dr. Nitce Isa Medina binti Machmudi Isa, Pengerusi PERKEP Kontinjen Sarawak, bersama rombongan ke Rumah PERKEP Ibu Pejabat Polis Daerah Julau.

Kunjungan julung kali ini bukan sekadar sebuah lawatan kerja, malah menjadi jambatan yang mengeratkan silaturahim, menyemai semangat kekeluargaan dan memperkukuh ukhuwah dalam keluarga besar PDRM.

Ketibaan YBhg. Datin Dr. Nitce Isa Medina binti Machmudi Isa bersama rombongan telah disambut dengan penuh mesra oleh Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam Polis serta Ahli Jawatankuasa PERKEP IPD Julau.

Sepanjang kunjungan, pelbagai pengisian telah dilaksanakan termasuk sesi menandatangani Buku Lawatan, pembentangan laporan aktiviti PERKEP IPD Julau, sesi suai kenal, sesi soal jawab, sesi bergambar, penyampaian cenderahati serta lawatan ke Rumah PERKEP IPD Julau.

Sesi perkongsian dan interaksi yang berlangsung turut menjadi ruang bermakna untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta memperkukuh usaha bersama dalam memastikan kebajikan dan keharmonian warga PDRM serta keluarga sentiasa diberikan perhatian.

Lawatan ini jelas memperlihatkan bahawa kekuatan PERKEP bukan hanya terletak pada program dan aktiviti yang dilaksanakan, tetapi turut berakar pada nilai kebersamaan, keprihatinan dan semangat kekeluargaan yang sentiasa dipupuk.

Semoga kunjungan ini menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat dan kerjasama yang lebih kukuh antara PERKEP Kontinjen Sarawak dan PERKEP IPD Julau, sekali gus terus menyemarakkan semangat “Keluarga Besar PDRM”.

Turut hadir, ASP Rathna binti Borhan Setiausaha PERKEP Kontinjen Sarawak Insp. Roslinah binti Othman Bendahari PERKEP Kontinjen Sarawak, Insp. Raden Mohd Azlan bin Raden Perhan, KBSJD Julau, Insp. Sawandi bin Brahim KBKDNKA Julau, Insp. Adam bin Zain BSJD Julau, Sjn. Hairane binti Supaat Pemangku Pengerusi PERKEP, AJK PERKEP IPD Julau.

“PERKEP Prihatin, Silaturahim Diperkukuh, Keluarga PDRM Disantuni.”








MEET AND GREET PENCEGAHAN JENAYAH KOMERSIL, BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL DAERAH JULAUIPD Julau, Pada 10 September ...
10/09/2026

MEET AND GREET PENCEGAHAN JENAYAH KOMERSIL, BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL DAERAH JULAU

IPD Julau, Pada 10 September 2026 Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Julau telah melaksanakan Program Meet and Greet Pencegahan Jenayah Komersil di sekitar Pekan Julau dengan penglibatan pegawai dan anggota serta sambutan daripada 50 orang awam.

Program ini memberi fokus kepada peningkatan kesedaran masyarakat berhubung trend terkini jenayah komersil, termasuk:

Penipuan e-Dagang
Phone Scam
Pinjaman Tidak Wujud
Keldai Akaun
Penipuan bersemuka melalui QRPay

Orang awam turut diberikan penerangan mengenai langkah-langkah pencegahan serta saluran yang boleh digunakan bagi membantu melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan seperti NSRC 997, WHOSCALL, Portal Semak Mule dan Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

Program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara PDRM dan komuniti, di samping membudayakan masyarakat yang lebih peka, berwaspada dan celik digital.

Jangan mudah percaya. Jangan mudah terpedaya.
Semak dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.

PROGRAM CERAMAH SCAM AWARENESS SEMPENA PROGRAM RANDAU PEMBANGUNAN SOSIAL BAHAGIAN SARIKEI TAHUN 2026IPD Julau -  Pada 29...
29/08/2026

PROGRAM CERAMAH SCAM AWARENESS SEMPENA PROGRAM RANDAU PEMBANGUNAN SOSIAL BAHAGIAN SARIKEI TAHUN 2026

IPD Julau - Pada 29 Ogos 2026 BSJKD Julau yang diketuai Insp Randy Leslie anak Gadoh KBSJKD Julau dan anggota telah menyertai dan melaksanakan Program Ceramah Scam Awareness sempena Program Randau Pembangunan Sosial (RPS) Bahagian Sarikei Tahun 2026 yang bertempat di Rumah Panjang Liba, Nanga Bua, Julau.

Program yang membawa tajuk “Trend Terkini Jenayah Komersil” ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta kefahaman masyarakat terhadap ancaman jenayah komersil yang semakin berkembang, khususnya melibatkan penipuan dalam talian.

Antara pengisian yang disampaikan merangkumi pendedahan berkaitan:

Trend dan modus operandi terkini penipuan e-dagang• Phone Scam• Pinjaman Tidak Wujud• Keldai Akaun• Fungsi dan peranan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), PDRM• Fungsi National Scam Response Centre (NSRC) melalui Talian 997• Pengenalan aplikasi Whoscall• Promosi Kod QR E-Book Jenayah Komersil• Langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan masyarakat menjadi mangsa penipuan

Program ini telah mendapat sambutan yang amat baik dengan kehadiran sekitar 300 orang, terdiri daripada penduduk rumah panjang serta wakil pelbagai agensi yang terlibat.

Turut hadir dan memberikan kerjasama ialah wakil daripada Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS), AADK Sarikei, Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, PEMADAM Julau, Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintangor, SKMM, KWSP, Bank Negara Malaysia, Jabatan Pertanian Daerah Julau, Persatuan Kesihatan Mental Sarawak, Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei, Pejabat Kesihatan Bahagian Julau serta Majlis Daerah Maradong dan Julau (MDMJ).

Penganjuran program sebegini merupakan salah satu usaha berterusan BSJKD Julau dalam memperkukuhkan pendekatan pencegahan jenayah melalui pendidikan dan kesedaran masyarakat, khususnya dalam menghadapi ancaman penipuan yang semakin kompleks dan beralih kepada platform digital.

Masyarakat dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, tidak mudah percaya dengan tawaran yang mencurigakan, membuat semakan terlebih dahulu serta tidak mendedahkan maklumat peribadi dan perbankan kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali.

“CEGAH SEBELUM TERLAMBAT. SEMAK SEBELUM BERTINDAK.”











KURSUS TATACARA PENGENDALIAN DAN PENYIMPANAN ELECTROSHOCK GUN TASER X2 IPD JULAUIPD Julau, 20 Ogos 2026 – Ibu Pejabat Po...
20/08/2026

KURSUS TATACARA PENGENDALIAN DAN PENYIMPANAN ELECTROSHOCK GUN TASER X2 IPD JULAU

IPD Julau, 20 Ogos 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah Julau telah melaksanakan Kursus Tatacara Pengendalian dan Penyimpanan Electroshock Gun Taser X2 (Train of User) bertempat di Bilik Gerakan IPD Julau.

Kursus anjuran Cawangan Persenjataan IPD Julau ini melibatkan seramai 16 orang peserta terdiri daripada Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis , dengan tenaga pengajar daripada Cawangan Persenjataan IPK Sarawak, yang diketuai oleh Insp. Mohammad Nazrul bin Dalhan bersama Kpl. Mohamad Rashida bin Mohamad dan Konst.Arib bin Sulai

Antara pengisian kursus merangkumi pengenalan kepada Taser X2, peranan dan tanggungjawab pengguna, tatacara penyimpanan serta penjagaan, aspek keselamatan dan perkara yang perlu diberi perhatian semasa penggunaan, selain latihan praktikal.

Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi peserta dalam pengendalian Taser X2, di samping memastikan setiap pengguna memahami prosedur penggunaan serta batas tindakan yang dibenarkan mengikut peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.

Kursus telah berlangsung dengan lancar, teratur dan selamat tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

19/08/2026
17 Ogos 2026 – IPD Julau telah melaksanakan Amalan Nyanyian Lagu Negaraku di Perkarangan IPD Julau, melibatkan  pegawai ...
17/08/2026

17 Ogos 2026 – IPD Julau telah melaksanakan Amalan Nyanyian Lagu Negaraku di Perkarangan IPD Julau, melibatkan pegawai dan anggota serta pegawai awam.

Pengisian program dengan nyanyian Negaraku, Ibu Pertiwi, Sang Saka Biru dan Polis Sedia Berkhidmat, bacaan doa serta lafaz Ikrar Rukun Negara.

Program berlangsung dengan lancar dan penuh disiplin, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme, kesetiaan kepada negara dan jati diri warga PDRM.

Kedaulatan Negara, Tanggungjawab Bersama.

MEET AND GREET PENCEGAHAN JENAYAH KOMERSIL BSJKD JULAUIPD Julau - Pada 14 Ogos 2026, BSJKD Julau telah melaksanakan Prog...
14/08/2026

MEET AND GREET PENCEGAHAN JENAYAH KOMERSIL BSJKD JULAU

IPD Julau - Pada 14 Ogos 2026, BSJKD Julau telah melaksanakan Program Meet and Greet Pencegahan Jenayah Komersil dengan penglibatan pegawai serta anggota dan orang awam.

Program memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai Phone Scam, penipuan e-Dagang, pinjaman tidak wujud, keldai akaun dan penipuan QRPay, di samping memperkenalkan kemudahan seperti NSRC 997, Semak Mule, Whoscall dan VSP.

Masyarakat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, semak sebelum membuat transaksi dan segera laporkan sebarang penipuan.

Jangan Jadi Mangsa Scam!

LAWATAN KERJA & PEMERIKSAAN PTKPN A117 KONTINJEN SARAWAK 2026 IPD JULAUIPD Julau, 13 Ogos 2026 Jabatan KDNKA, IPK Sarawa...
14/08/2026

LAWATAN KERJA & PEMERIKSAAN PTKPN A117 KONTINJEN SARAWAK 2026 IPD JULAU

IPD Julau, 13 Ogos 2026 Jabatan KDNKA, IPK Sarawak telah melaksanakan lawatan kerja dan pemeriksaan Balai, Kit dan Berek di bawah PTKPN Bahagian A117 di Balai Polis Julau dan Balai Polis Pakan.

Pemeriksaan meliputi pentadbiran balai, dokumentasi & pengurusan, peralatan, penyelenggaraan dan kebersihan.

Objektif pemeriksaan adalah bagi memastikan pengurusan, disiplin, kesiapsiagaan dan pematuhan arahan sentiasa berada pada tahap yang ditetapkan.

Hasil pemeriksaan:
Kedua-dua sesi pemeriksaan berjalan lancar dan teratur dengan kerjasama baik warga IPD Julau.

Pemeriksaan ini mencerminkan komitmen berterusan PDRM dalam memperkukuh disiplin, kecekapan, kesiapsiagaan dan profesionalisme warga pasukan.

Address

Ibu Pejabat Polis Daerah Julau, Polis Diraja
Julau
96600

Telephone

+6084734216

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis IPD Julau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share