29/06/2026
SESI PERJUMPAAN BERSAMA ATLET DAN IBU BAPA
Satu sesi perjumpaan telah diadakan bersama ibu bapa serta atlet berbasikal Kontinjen Sarawak ke SUKMA XXII Selangor 2026 yang terlibat dalam kemalangan semasa Samarahan Bike Challenge 2026 pada 26 Jun 2026.
Sesi ini telah dihadiri oleh En. Abdul Muktalib (Ketua Persiapan Kontinjen SUKMA – Majlis Sukan Negeri Sarawak), bersama En. Mohamad Ikmal bin Afandi (Ketua Unit Sukan Wajib / Pegawai Pembangunan Sukan Berbasikal), barisan jurulatih Majlis Sukan Negeri Sarawak serta wakil dari Buceros Cycling Club.
Atlet yang terlibat dalam kemalangan:
* Muhammad Danial Hakim bin Zulkaisi
* Faris Daniel bin Muhammad Rahmatullah
* Ahmad Zakwan bin Suffian
Pertemuan ini bertujuan menzahirkan keprihatinan, memberi sokongan moral kepada atlet dan keluarga, serta membincangkan perkembangan semasa proses pemulihan mereka.
Semoga ketiga-tiga atlet dikurniakan kesembuhan yang cepat, dipermudahkan segala urusan rawatan, dan kembali pulih sepenuhnya. Teruskan bersemangat dan jangan berputus asa. Seluruh warga sukan Sarawak sentiasa mendoakan agar anda kembali lebih kuat untuk meneruskan perjuangan mewakili Sarawak di SUKMA XXII 2026.