Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat

Share

HALAMAN INI MERUPAKAN LAMAN SOSIAL RASMI PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH HULU LANGAT SELANGOR
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MALAYSIA

Photos from Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat's post 14/05/2026

MENYANTUNI KES WARGA EMAS DI PUSAT JAGAAN WARGA EMAS AL FATTAH, SEMENYIH

13 Mei 2026 - Unit Warga Emas bersama Unit Psikologi & Kaunseling, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat telah menyantuni beberapa orang warga emas kendalian pejabat ini yang ditempatkan di Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah, Semenyih.

TUJUAN
- Sesi memberi fokus kepada penerokaan pemikiran, emosi serta pertimbangan terhadap keputusan yang ingin dibuat agar klien dapat melihat sesuatu isu dari pelbagai sudut secara lebih rasional dan matang.

- Sepanjang sesi berlangsung, klien memberikan kerjasama yang sangat baik serta menunjukkan keterbukaan dalam berkongsi perasaan dan pandangan.

- Hasil sesi mendapati klien lebih memahami situasi yang dihadapi, mempunyai kesedaran yang lebih jelas terhadap implikasi keputusan yang bakal dibuat serta mampu menilai keperluan diri dengan lebih baik.

- Perkhidmatan kaunseling yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bertujuan membantu individu mendapatkan sokongan emosi, bimbingan serta ruang yang selamat untuk membuat pertimbangan terbaik dalam kehidupan tanpa prejudis dan dengan penuh empati.

- Bertanya khabar dan melihat perkembangan kesihatan warga emas yang diselamatkan dan ditempatkan di pusat jagaan ini.


Pegawai bertugas :
- Puan Noor Ain binti Hassan
- Puan Hamimah binti Muhamad Taib
- Cik Norafifah Firdaus

Disediakan oleh :

Unit Warga Emas
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat

Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying 林慧英
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat
JKMN Selangor



Photos from Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat's post 08/05/2026

KES ADUAN TALIAN KASIH WARGA EMAS TINGGAL BERSEORANGAN

Pada 8 Mei 2026- Pada 5 Mei 2026, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat telah menerima satu aduan Talian Kasih daripada Unit Penjagaan Paliatif, Institut Kanser Negara (IKN) mengenai seorang warga emas berbangsa Cina, berusia 73 tahun yang tinggal berseorangandi sebuah bilik di Taman Pinggiran, Kajang.

Hasil siasatan mendapati warga emas berstatus bujang dan tinggal berseorangan. Warga emas mempunyai seorang adik yang tinggal di Seremban. Warga emas merupakan pesakit kanser prostat tahap 4.

Semasa lawatan, keadaan warga emas sangat uzur dan tidak bermaya. Keadaan tempat tinggal (bilik) juga sangat kotor dan berbau.

Semakan mendapati warga emas merupakan penerima Bantuan Warga Emas JKM sejak tahun 2015.

Dengan kerjasama dan bantuan ambulans daripada Persatuan Amal Uncle Kentang Malaysia, warga emas telah dibawa ke Jabatan Kecemasan, Institut Kanser Negara (IKN) kerana keadaannya yang tidak stabil. Waris juga telah dimaklumkan mengenai keadaan warga emas dan keberadaannya.

Pegawai bertugas :
- Puan Hamimah binti Muhamad Taib
- Puan Suryati binti Kamaludin

Disediakan oleh :

Unit Warga Emas
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat

Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying 林慧英
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat
JKMN Selangor



Photos from Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat's post 08/05/2026

MENYANTUNI KES WARGA EMAS RUJUKAN PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN KAJANG

Pada 8 Mei 2026- Pada 6 Mei 2026, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat telah menerima satu rujukan kes daripada Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kajang mengenai seorang warga emas lelaki, berbangsa Melayu, berusia 76 tahun.

Hasil siasatan mendapati warga emas berstatus bujang dan tinggal bersendirian. Warga emas mempunyai anak saudara yang tinggal berdekatan untuk memantaunya memandangkan warga emas sudah beberapa kali hilang dan dijumpai oleh polis. Semakan mendapati warga emas merupakan penerima Bantuan Warga Emas JKM sejak tahun 2017.

Telah menyerahkan Borang Permohonan Kemasukan Sukarela ke Rumah Seri Kenagan dan menerangkan dokumen yang diperlukan.

Hadir bersama adalah Tok Sharul Azuan ( Ketua Kampung Batu 13, Cheras) dan Puan Noorhazwani binti Daud (Wakil Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kajang)

Pegawai bertugas :
- Puan Hamimah binti Muhamad Taib
- Puan Suryati binti Kamaludin

Disediakan oleh :

Unit Warga Emas
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat

Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying 林慧英
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat
JKMN Selangor



18/03/2026

Selamat Hari Raya...

Photos from Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat's post 18/03/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

"IKHLAS DARI KAMI WARGA KERJA PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR"

Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying 林慧英
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat
JKMN Selangor





Photos from Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat's post 18/03/2026

LAPORAN OPERASI BERSEPADU GELANDANGAN DAN PENGEMIS DALAM KAWASAN BAZAR DI KAWASAN PENTADBIRAN MPAJ

Anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya
📌 Tarikh : 18 Mac 2026 (Rabu)
⏰ Masa : 3.00 petang hingga 7.00 malam

LOKASI
- Tapak Bazar Ramadan Seri Bayu
- Tapak Bazar Ramadan Bandar Baru Ampang
- Tapak Bazar Ramadan Pandan Indah

Kakitangan Terlibat
1. En Santos Bukarak
2. Pn Norafizah binti Abu Bakar
3. Pn Norhafiza binti Saadan
4. En Fadzil bin Mus

JABATAN / AGENSI TERLIBAT
1. 15 orang Anggota Majlis Perbandaran Ampang Jaya
2. 5 orang pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat
3. 6 orang anggota PDRM Balai Ampang
4. 4 orang pegawai PKMD Hulu Langat

MEDIA TERLIBAT : Tiada

🖊️LAPORAN
➡️ Operasi ini dianjurkan oleh pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya atas aduan daripada orang ramai berkenaan aktiviti pengemisan dan tabung sedekah surau /tahfiz

➡️ Operasi ini melibatkan 4 agensi

➡️ Hasil pemantauan mendapati seorang OKU Penglihatan sedang berniaga tisu di Tapak Bazar Ramadan Bandar Baru Ampang. Pihak MPAJ telah menasihatkan peniaga tisu berkenaan supaya mengemukakan permohonan lesen berjaja dan mereka akan membantu untuk urusan selanjutnya.

➡️ Pemerhatian mendapati terdapat tabung derma madrasah tahfiz yang ditempatkan di Tapak Bazar Pandan Indah. Pegawai daripada PAID Hulu Langat telah menjalankan pemeriksaan dokumen ke atas individu yang membuat kutipan derma tabung berkenaan.

➡️ Operasi selesai pada jam 7.00 ptg

Disediakan oleh:
Unit Penguatkuasaan PKMD Hulu Langat

Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying 林慧英
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat
JKMN Selangor



Photos from Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat's post 18/03/2026

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENUTUP PROGRAM SEMARAK RAMADAN 1447H/2026M

Tarikh: 17/3/2026 (Selasa)
Masa: 1:30 Petang - 3:45 Petang
Tempat: Lorong Kebajikan, PKMD Hulu Langat
Perasmi: Puan Wan Fadlina binti Wan Husain, Pegawai Pembangunan Masyarakat, PKMD Hulu Langat.

Objektif Program:

1. Menggalakkan kakitangan PKMD Hulu Langat untuk mendalami dan memperbetulkan bacaan serta memahami maksud isi Al-Quran.

2. Mewujudkan budaya cintakan Al-Quran dalam menghayati bulan Ramadhan Al- Mubarak.

3. ⁠Menyemarakkan suasana Hari Raya dalam kalangan kakitangan PKMD Hulu Langat.

4. Menghargai kerjasama dan sumbangan dalam bentuk masa, tenaga dan kewangan yang telah diberikan oleh kakitangan PKMD Hulu Langat.

5. Mengeratkan silaturahmi dan kerjasama diantara kakitangan PKMD Hulu Langat.

Sumbangan disampaikan:
1. Sumbangan cenderahati kepada semua pentadarus.
2. ⁠Sumbangan goodies raya kepada semua kakitangan PKMD Hulu Langat.
3. Sumbangan cenderahati kepada Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat.

Penglibatan:
1. Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat
2. Timbalan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat
3. Ketua-Ketua Unit
4. Unit Khidmat Pengurusan PKMD Hulu Langat
5. Unit Kewangan PKMD Hulu Langat
6. Unit Kebajikan Produktif dan Komuniti PKMD Hulu Langat
7. Unit OKU dan Warga Emas PKMD Hulu Langat
8. Unit Psikologi dan Kaunseling PKMD Hulu Langat
5. Unit Penguatkusaan
6. Unit Perintah Khidmat Masyarakat PKMD Hulu Langat
7. Unit Kanak-Kanak PKMD Hulu Langat
8. Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat

DISEDIAKAN OLEH:
Ksk Pkmd Hulu Langat
PKMD Hulu Langat

Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying 林慧英
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat
JKMN Selangor



27/02/2026

PENCARIAN WARIS KANAK-KANAK

Nama Kanak-Kanak: Muhammad Aqeef Matin
Umur: Anggaran 2 Bulan 13 Hari
Jantina: Lelaki

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat sedang mengesan ibu kandung kepada seorang kanak-kanak lelaki yang ditinggalkan berdekatan jalan di Klinik Kesihatan Ampang pada bulan Disember 2025. Kanak-kanak berada dalam keadaan sihat dan tiada sebarang kecacatan pada tubuh badan. kanak-kanak kini ditempatkan di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui perintah Mahkamah Bagi Kanak-kanak Ampang.

Sehubungan itu, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat memohon agar ibu kandung atau individu yang mengenali ibu kandung kepada kanak-kanak dapat menghubungi Pelindung Kanak-Kanak untuk memberi maklumat yang dapat membantu pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat mengesan waris kanak-kanak dan seterusnya membantu Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Ampang membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak.

Pelindung Kanak-Kanak:
Encik Muhamad Syukri bin Said
[email protected]
Tel : 03 - 8739 5070
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat

Disediakan oleh:
Unit Kanak-Kanak
PKMD Hulu Langat

YB Hajah Nancy Haji Shukri
Dato' Dr. Noraini Ahmad
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat
JKMN Selangor

20/02/2026

LAPORAN KEJADIAN BENCANA DI DAERAH HULU LANGAT

TARIKH KEJADIAN: 17.02.2026 (SELASA)

MASA KEJADIAN: 9.30 PAGI

JENIS BENCANA : KEBAKARAN

TEMPAT :
NO. 170, LORONG MERBAU 3, KG. MELAYU AMPANG, 68000 AMPANG

STATISTIK MANGSA

Jumlah Keluarga - 1 keluarga
Jumlah Mangsa - 3 org

Tarikh Kemaskini:
19.02.2026

Masa Kemaskini: 3.45 PETANG

PEGAWAI BERTUGAS

1. En. Santos bin Bukarak
2. Pn. Siti Noor Azlin bt Saharudin
3. Pn. Nur Wardah bt Mohamad Ali
4. En. Mohd Zulkarnain bin Mohd Nor
5. En. Mohd Salehan bin Omar

CATATAN:

1. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Hulu Langat telah menerima makluman berkenaan kejadian bencana kebakaran sebuah rumah pada 17.02.2026 jam 1.24 tengah hari dari group Whatsapp JPBD Hulu Langat.

2. Pegawai PKMD Hulu Langat turun menyantuni keluarga mangsa yang terlibat pada 19.02.2026 jam 11.00 pagi.

3. Barangan keperluan bencana seperti kit makanan retort food, tikar, toto, kain pelikat, kain batik, hygiene kit dan Borang Pemulihan Bencana telah diserahkan kepada mangsa.

4. Tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka buat masa ini. Mangsa tinggal menumpang di rumah keluarga yang berhampiran buat sementara waktu.

Terima kasih.

DISEDIAKAN OLEH

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat

Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying 林慧英
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat
JKMN Selangor



Tergamak tinggal anak sebelum menghilangkan diri | Harian Metro 11/02/2026

PENCARIAN WARIS KANAK-KANAK

Nama Kanak-Kanak: Aisyah
Umur: Anggaran 4 Tahun
Jantina: Perempuan

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat memohon agar waris atau individu yang mengenali waris kanak-kanak dapat menghubungi Pelindung Kanak-Kanak untuk memberi maklumat yang dapat membantu pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat mengesan waris kanak-kanak dan seterusnya membantu Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Kajang membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak.

Pelindung Kanak-Kanak:
Encik Shuhaily bin Mansor
[email protected]
Tel : 03 - 8739 5070
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat

Disediakan oleh:
Unit Kanak-Kanak
PKMD Hulu Langat

YB Hajah Nancy Haji Shukri
Dato' Dr. Noraini Ahmad
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat
JKMN Selangor

Tergamak tinggal anak sebelum menghilangkan diri | Harian Metro Hulu Langat: Seorang wanita tergamak menggunakan alasan keluar membeli makanan untuk meninggalkan anaknya dengan jiran sebelum menghilangkan diri.

Photos from Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat's post 29/01/2026

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada YBhg Tan Sri /Datuk /Dato'/ Datin /Tuan /Puan

LAPORAN KEJADIAN BENCANA DI DAERAH HULU LANGAT

TARIKH KEJADIAN: 29 JANUARI 2026 (KHAMIS)

MASA KEJADIAN: 9.40 PAGI

JENIS BENCANA : KEBAKARAN

TEMPAT :
LOT 2420, BATU 16, DUSUN TUA, 43100 HULU LANGAT


PEGAWAI BERTUGAS

1. En. Anuar bin Abdulllah
2. En. Mohd Zulkarnain bin Mohd Nor

CATATAN:

1. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Hulu Langat telah menerima makluman berkenaan kejadian bencana sebuah rumah pada 29.01.2026 jam 10.44 pagi dari group Whatsapp JPBD Hulu Langat.

2. Pegawai PKMD Hulu Langat turun menyantuni keluarga mangsa yang terlibat pada 29.01.2026 jam 12.30 tengahari.

3. Barangan keperluan bencana seperti kit makanan retort food, tikar, toto, kain pelikat, kain batik, hygiene kit beserta Borang Pemulihan Bencana telah diserahkan kepada mangsa.

4. Tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka buat masa ini. Mangsa tinggal menumpang di rumah abangnya yang berdekatan buat sementara waktu.

Terima kasih.

DISEDIAKAN OLEH

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat

Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying 林慧英
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat
JKMN Selangor



Want your business to be the top-listed Government Service in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat Lot 2-58, Tingkat 2 Kompleks Hentian Kajang Jalan Reko
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00