FoodBank Bakti CC Majlis Perbandaran Kajang

FoodBank Bakti CC Majlis Perbandaran Kajang

Share

Membantu kakitangan & orang awam yang memerlukan sumber makanan terutamanya semasa pandemik melanda negara.

Photos from Majlis Perbandaran Kajang's post 15/11/2023
Photos from Majlis Perbandaran Kajang's post 20/04/2023

Tarikh​: 19 APRIL, 2023
Masa​​: 2.30 PETANG
Tempat​: Lobi Menara MPKj

Kump**an kecil Pembantu Tadbir Kanan MPKj atau lebih mesra dengan panggilan FOODBANK BAKTI CC MPKj telah berbesar hari memberi sumbangan kuih dan duit raya kepada pekerja pembersihan MPKj.
Pihak Foodbank Bakti CC berharap, sedikit sumbangan yang diberikan dapat menyerikan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Seramai 21 pekerja telah menerima sumbangan ini termasuk pekerja India. Tuan Yang Dipertua telah berbesar hari untuk menyampaikan sumbangan ini.

Tuan Timbalan Yang Dipertua, Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta turut serta dalam program ini bersama Pengerusi Foodbank Bakti CC, Puan Suria Shamsudin serta AJK yang lain sama-sama meraikan pekerja-pekerja ini.

Program ini turut dihadiri oleh Puan Zalinda bt Zainudin, PSU MPKj.

Photos from FoodBank Bakti CC Majlis Perbandaran Kajang's post 17/08/2022

17.8.2022-Rabu
Kutipan kilat berupa wang tunai dari grup FoodBank Bakti CC Majlis Perbandaran Kajang & org perseorangan, juga barangan foodbank hasil kutipan dari grup CC dan sumbangan dari YDP Majlis Perbandaran Kajang, Tuan Najmuddin Jemain telah disampaikan kpd Pn Liza dari Jabatan Penilaian.
Beliau sedang mengalami kesulitan kewangan kerana terpaksa menanggung pembayaran kemasukan anak melanjutkan pelajaran di mana tawaran kemasukkan diterima agak lewat.
Ditambah p**a anak sulung beliau baru² ini mengalami kemalangan motosikal dan memerlukan belanja utk rawatan.
Agak berat utk beliau meneruskan kelangsungan hidup dlm keadaan begini.
Kami amat berterima kasih di atas sumbangan yang dihulurkan kerana sama sama membantu insan yang memerlukan.
Sesungguhnya sumbangan yang diberikan tidak menjadikan kita miskin.


🫰

Photos from FoodBank Bakti CC Majlis Perbandaran Kajang's post 22/06/2022

22 Jun 2022 ( Rabu).
Kelab FoodBank Bakti CC, Majlis Perbandaran Kajang menerima berita, Pembantu Penguatkuasa, Pn Norhanita Hj Amran telah diduga dgn musibah.
Kami bersama Yang Dipertua MPKj,Tuan Haji Najmuddin Bin Jemain telah berkesempatan lawat ziarah Puan Norhanita, pada pukul 2.30 ptg td.
Beliau masih dlm proses pemulihan dan masih dalam tempoh rawatan. Sumbangan barangan keperluan peribadi dan harian telah disampaikan. Kami mendoakan beliau diberi kesembuhan olehNya dan dapat kembali bertugas semula.

Photos from FoodBank Bakti CC Majlis Perbandaran Kajang's post 26/04/2022

26.4.2022
Penerima sumbangan dari FoodBank Bakti CC Majlis Perbandaran Kajang, staf Majlis Perbandaran Kajang, Masyadi Mustar.
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang ditanggung.

Photos from FoodBank Bakti CC Majlis Perbandaran Kajang's post 21/04/2022

Sedikit sumbangan utk staf Majlis Perbandaran Kajang
Norainida Binti Jaafar &
Arzura Adnan
utk kegunaan harian.
Penerima bersama AJK FoodBank Bakti CC Majlis Perbandaran Kajang
Terima kasih kepada penyumbang.

Photos from FoodBank Bakti CC Majlis Perbandaran Kajang's post 11/11/2021

Program FoodBank Bakti CC Majlis Perbandaran Kajang Majlis Perbandaran Kajang diteruskan lagi bersama Tuan TYDP, Tuan Mohd Raiz Radzuan, menyampaikan sumbangan kpd pesara MPKj En Haliza Sharif aka Bob Shariff
Terima kasih kepada yang menyumbang.

Photos from FoodBank Bakti CC Majlis Perbandaran Kajang's post 23/08/2021

Terjejas punca pendapatan dari ketua keluarga & asbab kematian pasangan,kami FoodBank Bakti CC, Majlis Perbandaran Kajang sentiasa ambil berat tentang situasi ini.
Hari ini,kami telah menyampaikan sedikit sumbangan kpd 3 keluarga kakitangan MPKj.
Semoga bermanfaat dan tabah menghadapi apa juga dugaan.

Photos from FoodBank Bakti CC Majlis Perbandaran Kajang's post 04/08/2021

4/8/2021
FoodBank Bakti CC, MPKj telah menyampaikan sumbangan kpd seorang lagi penerima yang terkesan dgn keadaan pendemik skg ini.
Terima kasih kepada semua penyumbang

09/07/2021

Foodbank ini diwujudkan untuk membantu serba sedikit golongan yang susah, golongan yang memerlukan bantuan keperluan asas harian tapi kalau macam ni perangai segelintir masyarakat Malaysia, tak sampai lah bantuan ni kepada orang yang memerlukan ni.




Want your business to be the top-listed Government Service in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Kajang
43000