Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat

Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat

Share

Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat
Lot 7523, Jalan Hentian 1C, Plaza Hentian Kajang,
43000 Kajang, Selangor
2.956270, 101.790586 Promosi Kesihatan.
5.

Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat diketuai oleh Dr Zailiza binti Suli , Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Langat. PKD ini menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan berikut kepada lebih kurang 1.3 juta penduduk di seluruh daerah Hulu Langat, iaitu:
1. Kesihatan Keluarga meliputi perkhidmatan kesihatan ibu dan anak, kesihatan primer dan kesihatan sekolah. Terdapat 11 Klinik Kesihatan, 2 Klinik Ibu dan An

Photos from Hepili Network's post 10/06/2026

Sesi Kunjung Bantu Program Ekspresi Anak Remaja Lestari (PEARL) di SMK Jalan Empat, Bangi, Selangor telah berlangsung pada 10 Jun 2026.
Sesi diketuai oleh Pn. Fatahiah binti Mat Hashim daripada Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM bersama-sama En Effendy bin Abdullah daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM.
Turut mengiringi Pn. Chan Siew Chooi dan Pn Idayu binti Mohamad Khair Jauhari daripada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.
Sesi ini melibatkan Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) dalam pelaksanaan program di sekolah berkenaan. Tahniah diucapkan kepada SMK Jalan Empat, Bangi.




Photos from Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat's post 10/06/2026

🚭✨ "Jangan biarkan v**e dan rokok mencuri masa depan anda." ✨🚭

10 Jun 2026, Bahagian Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat telah mengadakan Pameran Bahaya Rokok dan V**e sempena Program 3K (Kesihatan, Keselamatan, Alam Sekitar dan Kerjaya) di Madrasah Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Pandan Indah.

Pameran ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai kesan buruk penggunaan rokok dan v**e terhadap kesihatan fizikal, mental serta prestasi pembelajaran. Melalui pameran interaktif dan perkongsian maklumat, para pelajar didedahkan dengan fakta sebenar mengenai kandungan bahan kimia berbahaya dalam rokok dan v**e serta risiko ketagihan yang boleh menjejaskan masa depan mereka.

"Orang yang kuat bukanlah orang yang berani mencuba rokok atau v**e, tetapi orang yang berani menolaknya walaupun dipengaruhi rakan." πŸ’ͺ🚭



**eBukanPilihan






Photos from Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat's post 07/06/2026

Retinal Disease Awareness Program (RDAP) telah berlangsung pada 9 Mei yang lalu bertempat di Klinik Kesihatan Ampang. Program ini adalah bertujuan mengenalpasti kes diabetic retinopathy dalam kalangan pesakit DM pada peringkat awal serta mencegah berlakunya komplikasi yang lebih serius. Program ini adalah anjuran bersama Bahagian NCD, PKD Hulu Langat, Klinik Kesihatan Ampang dengan kerjasama Jabatan Oftalmologi Hospital Ampang.

Retinopati Dicegah, Mata Kekal Cerah

Photos from BKKM JKN Selangor - Food Rangers's post 07/06/2026
07/06/2026

🌍 HARI KESELAMATAN MAKANAN SEDUNIA 2026
"Daripada Bebanan kepada Penyelesaian – Makanan Selamat di Mana Jua"
Keselamatan makanan bukan sekadar tanggungjawab pihak berkuasa atau pengusaha makanan, malah merupakan komitmen bersama yang melibatkan setiap lapisan masyarakat.
Sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2026, marilah kita bersama-sama memperkukuhkan budaya keselamatan makanan dengan mengubah cabaran kepada penyelesaian yang mampan. Setiap tindakan yang diambil – daripada pemilihan bahan mentah, penyediaan makanan yang bersih, pengendalian yang betul hinggalah kepada penyimpanan yang selamat – memainkan peranan penting dalam melindungi kesihatan rakyat.
Makanan yang selamat bukan sahaja mengurangkan risiko penyakit bawaan makanan, malah menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat, produktiviti negara dan masa depan yang lebih sihat untuk generasi akan datang.
Bersama kita jadikan keselamatan makanan sebagai amalan harian kerana Makanan Selamat Di Mana Jua adalah hak setiap insan dan tanggungjawab kita semua.




02/06/2026

Fahami Akta 852 : Perlindungan untuk Semua!

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/ esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama

Panel:
Dr. Nurhaliza Zakariah
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Ketua Sektor Kawalan Produk Merokok, Alkohol dan Penyalahgunaan Substan
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

Moderator:
Dr. Ainaa Anum bt. Araffin Bakar
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Sektor Kawalan Produk Merokok, Alkohol dan Penyalahgunaan Substan
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

🎯 Mata kredit CPD turut disediakan!



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

01/06/2026
01/06/2026

🚭 Selamat Menyambut Hari Tanpa Tembakau Sedunia.

Sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia, marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran tentang bahaya penggunaan tembakau dan produk merokok, serta memperkukuh komitmen untuk melindungi diri, keluarga dan masyarakat daripada kesan buruknya.

Setiap langkah ke arah kehidupan tanpa tembakau adalah pelaburan untuk kesihatan yang lebih baik, kualiti hidup yang lebih tinggi dan masa depan yang lebih sihat untuk generasi akan datang.

Ikhlas daripada
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
Menteri Kesihatan

30/05/2026

Sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa peka dengan perubahan fizikal dan tingkah laku anak-anak.

Cuba periksa, adakah anak anda mengalami gejala-gejala ini?

🌑 Demam
🀒 Tiada selera makan
βœ‹πŸΌ Ruam di tangan
🦢🏼 Ruam di kaki

Jika jawapannya YA, jangan tunggu lagi.

Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan atau klinik yang terdekat.

Asingkan anak dengan segera daripada adik-beradik atau kanak-kanak lain untuk menghentikan rantaian jangkitan.

Bertindak cepat mampu menyelamatkan keadaan.

Terus waspada, jaga kebersihan diri serta persekitaran demi melindungi anak-anak kita!



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

30/05/2026

KES DENGGI SEDANG MENINGKAT.

Aedes boleh membiak di tempat yang sering kita terlepas pandang seperti pelapik pasu bunga, tayar terpakai, tong/tangki air, bekas minuman haiwan, longkang tersumbat, palung air hujan, bekas makanan, botol dan tempurung kelapa.

Jangan tunggu kawasan rumah jadi punca pembiakan nyamuk Aedes.
Periksa, buang air bertakung dan musnahkan bekas yang tidak digunakan.

10 minit setiap minggu mampu melindungi keluarga daripada denggi. Bertindak sekarang, hapuskan Aedes sebelum terlambat.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Want your business to be the top-listed Government Service in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Jalan Hentian 1B
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 05:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30