20/04/2026
LAPORAN AKTIVITI TAMAN SINAR HARAPAN ZIYAD ZOLKEFLI CHERAS SELANGOR
Program : Majlis Sambutan Hari Raya dan Majlis Lambaian Kasih
Tarikh : 17/04/2026 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Makan Taman Sinar Harapan Ziyad Zolkefli Cheras
Objektif :
1. Mengeratkan silaturahim antara penghuni dan kakitangan.
2. Memberi peluang kepada penghuni menikmati juadah hari raya
3. Menghargai jasa rakan sekerja sepanjang tempoh perkhidmatan dalam organisasi.
4. Mewujudkan kenangan indah sebagai tanda penghargaan dan ingatan bersama.
Penglibatan
📌Semua kakitangan
📌Semua penghuni
20/04/2026
LAPORAN AKTIVITI TAMAN SINAR HARAPAN ZIYAD ZOLKEFLI CHERAS SELANGOR
Program : Lawatan Sambil Belajar di Fakulti Teknologi Makanan UPM
Tarikh : 20/04/2026 (Isnin)
Masa : 9.30 pagi- 12.00 thri
Tempat : Fakulti Teknologi Makanan UPM
Objektif :
1. Memberi pendedahan awal kepada penghuni OKU mengenai bidang Teknologi Makanan dan peluang kerjaya berkaitan.
2. Meningkatkan pengetahuan tentang proses penghasilan makanan yang selamat, bersih dan berkualiti.
3. Memberi pengalaman pembelajaran secara hands-on melalui aktiviti atau demonstrasi yang disediakan oleh pihak fakulti.
4. Meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran sosial penghuni melalui interaksi dengan pensyarah, pelajar dan persekitaran universiti.
5. Memberi inspirasi dan motivasi kepada penghuni untuk meneroka kemahiran baharu dalam bidang pemprosesan makanan.
6. Menggalakkan minat terhadap keusahawanan makanan, khususnya dalam penghasilan produk seperti kukis atau makanan ringan.
7. Membina jaringan kerjasama antara institusi OKU dan Fakulti Teknologi Makanan UPM untuk program latihan atau kolaborasi pada masa hadapan.
Penglibatan:
1. 3 orang pengiring
2. 7 penghuni (4L/3P)
20/04/2026
LAPORAN AKTIVITI TAMAN SINAR HARAPAN ZIYAD ZOLKEFLI CHERAS SELANGOR
Program : Program Santunan Kasih Bersama Kumpulan Sasar JKM Dengan Kerjasama Syarikat Andalusia Travel & Tours SDN. BHD.
Tarikh : 18/04/2026 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi- 5.00 petang
Tempat : TSHZZC
Objektif :
1. Mengeratkan hubungan sosial antara pihak Andalusia Sdn. Bhd. dan penghuni TSHZZC melalui aktiviti interaksi yang santai.
2. Meningkatkan kesejahteraan emosi dan motivasi penghuni melalui penglibatan dalam aktiviti sukaneka dan teambuilding yang menyeronokkan.
3. Menyumbang kepada penambahbaikan fasiliti melalui aktiviti gotong-royong bagi menaiktaraf kawasan sukan demi keselesaan dan keselamatan penghuni.
Penglibatan:
1. 10 orang kakitangan TSHZZC
2. 17 orang kakitangan Andalusia Travel & Tours
3. 25 penghuni lelaki
10/04/2026
Program :
Majlis syawal bersama komuniti 2026 Sentuhan Kasih Alumni Yayasan Sime Darby.
Tempat : Dewan makan TSHZZC
Tarikh : 9/4/2026
Masa : 12 tengah hari - 2.00 petang
Objektif Program:
1. Mengeratkan hubungan silaturahim antara penghuni Taman Sinar Harapan Ziyad Zolkefli Cheras dengan masyarakat setempat.
2. Memberi peluang kepada para penghuni untuk merasai suasana sambutan hari raya bersama komuniti luar sempena bulan Ramadan.
3. Memupuk sikap prihatin, kasih sayang dan rasa tanggungjawab masyarakat terhadap golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
4. Mewujudkan pengalaman sosial yang positif kepada para penghuni melalui penglibatan dalam aktiviti bersama komuniti.
Penglibatan :
Semua penghuni dan kakitangan TSHZZC, Pic Yayasan Sime Darby
01/04/2026
MAJLIS RAMAH MESRA HARI RAYA AIDILFITRI 1447H/2026M Di Taman Sinar Harapan Ziyad Zolkefli Cheras
Tarikh: 31/03/2026
Masa: 01.00 ptg - 5.00ptg
Tempat: Istana Negara
Objektif :
1. Menyuntik kegembiraan dan keceriaan kepada kelompok kumpulan sasar melalui penglibatan keramaian peringkat tertinggi
2. Mewujudkan platform integrasi sosial yg harmoni
3. Menanam rasa kasih dan setia kpd institusi Diraja
4. Menyantuni golongan sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat dlm suasana syawal yg penuh keberkatan dan kasih syg.
Penglibatan:
1️⃣Penghuni seramai 10 org (8L,2P)
2️⃣ Kakitangan pengiring (2L,3P)
3️⃣Pemandu
24/03/2026
🌙✨Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙✨
Ikhlas daripada kami warga Taman Sinar Harapan Ziyad Zolkefli Cheras
Keceriaan dan senyuman anak-anak istimewa kami menjadi penyeri sambutan Syawal ini.
Semoga Aidilfitri membawa keberkatan, kebahagiaan dan kasih sayang buat semua.
Maaf zahir dan batin💕
16/03/2026
𝓟𝓡𝓞𝓖𝓡𝓐𝓜 𝓒𝓢𝓡 𝓑𝓔𝓡𝓢𝓐𝓜𝓐 𝓦𝓣𝓒, McDonald's & Mamee Monster
📅 Tarikh: 13 Mac 2026
⏰ Masa: 4.30 petang – 6.00 petang
📍 Tempat: Dewan Makan TSHZZC
Objektif :
1. Meningkatkan kesejahteraan dan keceriaan penghuni OKU melalui aktiviti sosial bersama pihak korporat dan komuniti.
2. Memberi pendedahan kepada penghuni OKU kepada masyarakat luar supaya mereka lebih yakin untuk berinteraksi dan bersosial.
3. Mewujudkan hubungan kerjasama strategik antara institusi kebajikan, WTC, McDonald's dan Mamee Monster dalam menyokong aktiviti kebajikan dan pembangunan komuniti.
4. Menyemai nilai keprihatinan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam kalangan organisasi dan masyarakat terhadap golongan OKU.
5. Memberi pengalaman bermakna kepada penghuni OKU melalui aktiviti riadah, jamuan dan program interaksi bersama pihak penaja.
6. Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang potensi dan keupayaan golongan OKU serta menggalakkan penerimaan sosial yang lebih inklusif.
Penglibatan:
1️⃣Pengetua
2️⃣Timbalan Pengetua
3️⃣Kakitangan TSHZZC
4️⃣46 orang penghuni TSHZZC (17P,29L)
5️⃣20 orang Penghuni RKKC
15/03/2026
𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗦𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗦𝗮𝗵𝘂𝗿
📍 Tempat: TSHZZC & RSK Cheras
📅 Tarikh: 14 Mac 2026
⏰ Masa: 3.00 pagi sehingga selesai
Objektif Program:
1 ) Memberi peluang kepada penghuni merasai pengalaman bersahur bersama komuniti sempena bulan Ramadan.
2) Mewujudkan suasana prihatin, kasih sayang dan semangat kebersamaan dalam kalangan penghuni serta kakitangan.
3) Memberi pengalaman sosial dan aktiviti bermakna kepada penghuni orang kurang upaya (OKU).
4) Menggalakkan nilai kerjasama dan semangat sukarelawan dalam kalangan kakitangan dan peserta program.
Penglibatan :
* Exco Pembangunan Wanita Dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor
- Pengarah JKM SELANGOR
- Pegawai JKMNS
- Pengetua
- Pkm
- Ppk
- Jururawat
- Ppm
- 46 orang penghuni
13/03/2026
Sumbangan Bagi Program "Free Market" Sempena Aidilfitri 2026 Di Taman Sinar Harapan Ziyad Zolkefli Cheras
Tarikh: 13/03/2026
Masa: 9.30 AM - 11.00 AM
Tempat: Lobi Pentadbiran TSHZZC
Objektif :
1. Membantu penghuni yang memerlukan.
2. Menggalakkan amalan sedekah dan berkongsi rezeki sempena bulan yang penuh keberkatan.
3. Mengumpulkan sumbangan barangan yang masih elok dan berkualiti.
4. Mengeratkan hubungan silaturahim antara penghuni dan kakitangan.
5. Mengurangkan pembaziran dengan menggalakkan penggunaan semula barangan yang masih boleh digunakan.
6. Mewujudkan suasana Aidilfitri yang lebih bermakna dgn memastikan semua penghuni berpeluang mendapatkan keperluan asas untuk menyambut perayaan.
Penglibatan:
1️⃣Pengetua
2️⃣Timbalan Pengetua
3️⃣Kakitangan Pentadbiran
4️⃣Kakitangan Syif pagi
5️⃣39 orang penghuni TSHZZC (15P,24L)