Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia

Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia

Share

MENGENAI FB AADK :

Laman sosial ini adalah merupakan platform kepada masyarakat untuk mengetahui maklumat, program serta aktiviti yang dilaksanakan oleh AADK.

PENAFIAN:

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Sekiranya rakan FB AADK ingin menyalurkan sebarang aduan/ pertanyaan/ cadangan, anda boleh menghantarkan maklum balas tersebut melalui;

e-mel di alamat [email protected] atau;

SMS dengan menaip AADKMENU dan hantarkan ke

Photos from Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia's post 29/05/2026

DUA EKOR LEMBU DIKORBANKAN, PUSPEN JELEBU SEMARAK AIDILADHA

Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Jelebu telah menganjurkan program ibadah korban sempena Aidiladha dalam suasana penuh kesyukuran dan kebersamaan.

Program ini melibatkan penyembelihan dua ekor lembu hasil sumbangan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Seawal pagi, seramai 30 orang kakitangan bersama klien PUSPEN Jelebu bergotong-royong melaksanakan proses melapah dan penyediaan daging korban.

Penglibatan secara langsung ini bukan sahaja menyemai nilai kerjasama, malah memberi peluang kepada klien untuk menghayati erti pengorbanan dan keinsafan.

Daging korban yang telah disediakan kemudiannya diagihkan kepada golongan yang memerlukan termasuk komuniti setempat, sebagai usaha memperluas manfaat serta mengeratkan hubungan antara PUSPEN dan masyarakat sekitar.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dato’ Ruslin Jusoh yang hadir bagi menyempurnakan program tersebut.

Kehadiran beliau menjadi simbol sokongan berterusan terhadap usaha pemulihan dan pembangunan sahsiah klien.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan & Pemulihan AADK, Dr. Nor Azri Ahmad; Pengarah PUSPEN Jelebu, Norasiken Ahmad; dan Pengarah AADK Negeri Sembilan, Ruziliza Ibrahim.

Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah
Kementerian Dalam Negeri (KDN)






29/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KAAMATAN DAN HARI GAWAI 2026

Selamat Menyambut Hari Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh masyarakat Sabah dan Sarawak serta semua yang meraikannya.

Sambutan yang penuh warna-warni adat, budaya dan tradisi ini merupakan lambang kekayaan warisan yang menjadi kebanggaan negara serta mencerminkan keindahan kepelbagaian masyarakat Malaysia.

Sempena pesta menuai yang diraikan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian dan rezeki yang dikurniakan.

Semoga nilai kesyukuran, perpaduan dan kebersamaan yang dizahirkan melalui perayaan ini terus mekar dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Ikhlas daripada Dato’ Ruslin Jusoh, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan.



Shamsul Anuar Nasarah





29/05/2026

Masa depan kita dipertaruhkan! Jangan biarkan musibah dadah sintetik merosakkan keharmonian kejiranan anda.

Anda mempunyai kuasa untuk memilih. Setiap ahli komuniti perlu bijak menilai. ‘Adakah kita memilih manfaat, atau musibah?’ Keputusan anda hari ini menentukan kualiti hidup kita esok.

Tunjukkan semangat perpaduan! Jadilah pemimpin dalam komuniti anda dengan meningkatkan Kesedaran dan Pengetahuan. Dapatkan fakta sahih dari sumber rasmi AADK, kerana ilmu adalah pelindung terbaik rezeki dan keluarga kita.

Kita lindungi Komuniti, kita jaga Rezeki. Mari kita buktikan kita adalah komuniti yang kuat!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



29/05/2026

Daripada Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak ada amalan anak Adam pada hari Nahr (Aidiladha) yang lebih dicintai Allah SWT daripada menumpahkan darah (sembelihan korban)."
(Riwayat al-Tirmidzi: 1493)

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama menghayati makna pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang menjadi teras ibadah korban.

Aidiladha mendidik kita tentang nilai pengorbanan yang tulus, keinsafan dalam kehidupan serta kepentingan membantu dan menyantuni sesama insan.

Selamat Hari Raya Aidiladha
Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada
Dato’ Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan

28/05/2026

Buletin TV9 - AADK Guna Kit Ujian Khas Kesan Fentanyl, Magic Mushroom

Sumber: Buletin TV9

Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah
Kementerian Dalam Negeri (KDN)






28/05/2026

Buletin AWANI - AADK Guna Kit Ujian Khas Fentanyl Mulai Jun

Sumber: Astro AWANI

Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah
Kementerian Dalam Negeri (KDN)






28/05/2026

Berita Perdana RTM - Kit Ujian Kesan Fentanyl, Magic Mushroom AADK Guna Di Lapangan Mulai Jun

Sumber: Berita RTM

Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah
Kementerian Dalam Negeri (KDN)






Photos from Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia's post 28/05/2026

AADK KORBAN 27 EKOR LEMBU, 5 KAMBING SEMPENA AIDILADHA

SEPANG, 28 Mei 2026 - Sebanyak 27 ekor lembu dan lima ekor kambing telah dikorbankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan rakan strategik yang diadakan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di seluruh negara sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Program ibadah korban berkenaan merupakan hasil sumbangan ikhlas daripada warga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta rakan-rakan strategik agensi tersebut.

Ketua Pengarah AADK, Dato’ Ruslin Jusoh berkata, bagi majlis yang berlangsung di PUSPEN Sepang hari ini, sebanyak empat ekor lembu telah ditumbangkan hasil sumbangan daripada Ibu Pejabat AADK, Kementerian Dalam Negeri (KDN), dan rakan strategik AADK.

Menurut beliau, daging-daging korban tersebut akan diagihkan secara sasar kepada golongan asnaf, kakitangan sokongan AADK, serta para klien yang sedang menjalani program rawatan dan pemulihan di pusat berkenaan.

“Ibadah korban yang dilaksanakan ini bukan sekadar ritual tahunan, melainkan simbolik kepada pengorbanan besar yang sedang dilalui oleh para klien AADK.

"Bagi klien AADK, mereka kini sedang 'mengorbankan' masa lampau, tabiat lama, dan keseronokan sementara demi membina masa depan yang bebas daripada dadah. Ini bukanlah satu perjuangan yang mudah.

“Penglibatan aktif para klien dalam aktiviti rewang, melapah, dan mengagihkan daging korban merupakan sebahagian daripada proses integrasi masyarakat. Komponen ini diterapkan secara holistik menerusi Model i-Pulih AADK untuk membantu mempersiapkan mereka kembali ke pangkuan komuniti,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ruslin berkata, melalui penganjuran program keagamaan seperti ini, AADK membuktikan komitmennya yang tidak hanya memfokuskan kepada rawatan fizikal dan klinikal semata-mata, malah turut menekankan aspek spiritual (kerohanian) serta sahsiah diri bagi menyuntik kekuatan dalaman para klien untuk terus kekal pulih.

Katanya, AADK turut menitipkan mesej penting agar masyarakat luar dapat memberikan sokongan padu sebagai benteng terbaik bagi mengelakkan golongan ini kembali terjebak (relapse).

“Masyarakat diseru untuk membuang stigma negatif dan tidak meminggirkan bekas klien atau mereka yang sedang dalam proses pemulihan, sebaliknya menghulurkan tangan serta memberikan peluang kedua kepada mereka, terutamanya dalam bulan yang penuh keberkatan ini.

“AADK turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas, sukarelawan, dan rakan strategik yang menjayakan program ini, dengan harapan segala ibadah dan pengorbanan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT,” ujarnya.

Turut diadakan Program Penghayatan Nilai-Nilai Murni sempena Aidiladha yang menampilkan penceramah khas, Ustaz Mohamad Rozie Mohd Rejab, sebagai pengisian rohani kepada para klien dan warga AADK.

Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah
Kementerian Dalam Negeri (KDN)





28/05/2026

Tahukah anda? Banyak bahan yang kini berbahaya sebenarnya mula dicipta untuk membantu manusia untuk tahan sakit, bius, atau terapi emosi.

Tapi bila disalahguna, apa yang asalnya membantu boleh mula mengubah minda, tubuh, dan kehidupan tanpa disedari. Apa yang nampak menyeronokkan untuk sekejap boleh meninggalkan kesan panjang yang merosakkan masa depan.

Jadi bijak dalam membuat pilihan. Pilih untuk lindungi diri, peluang, dan masa depan. 💬 Kongsi info ini supaya lebih ramai sedar dan buat keputusan bijak!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



26/05/2026

✨ Selamat Hari Raya Qurban daripada kami AADK! Pernahkah anda terfikir tentang hikmah sebenar ibadah Qurban?

Ibadah ini bukan sekadar menyembelih haiwan, tetapi mengajar kita tentang kesabaran, keikhlasan, dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Tunjukkan pandangan anda tentang pengajaran Qurban dan bagaimana ia boleh diamalkan dalam kehidupan seharian!

Mari menjawab kuiz! Tulis jawapan anda serta kongsi apa pengorbanan yang anda telah lakukan di ruangan komen sekarang! Semoga ibadah kita semua diterima Allah dan penuh keberkatan.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



26/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H | 2026M

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447 Hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Aidiladha mengajak kita menghayati nilai pengorbanan, keikhlasan, ketaatan dan kebersamaan dalam memperkukuh keluarga, masyarakat dan negara.

Semoga sambutan yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan, mempererat ukhuwah serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam masyarakat yang sejahtera, bebas dadah dan berdaya tahan.

Ikhlas daripada
Dato’ Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
dan seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan


Shamsul Anuar Nasarah




Want your business to be the top-listed Government Service in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jalan Maktab Perguruan Islam
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 22:00