Kami nekad kembangkan untuk anak bangsa
Tak Gitu
Kami menyediakan platform khusus untuk membantu mengiklankan produk mereka yang mahu mengembangkan perniagaan mereka
KESIAN budak silat sekolah-sekolah. Daerah buat pemilihan tapi negeri? hmmmmm...
Tari silat yang diperaga bukanlah silibus dalam silat Gayong tapi dikembangkan dari pelajaran Gayong termasuk gerak, pukulan, combat, kuncian dan langkahnya.
31/05/2025
*PENDAFTARAN PENGAMBILAN AHLI BAHARU PUSAKA GAYONG PSSPGM SEMENYIH 2025, SESI KE-6 (JUN)*
PSSPGM SEMENYIH : GELANGGANG AL-MUKHLISIN, TAMAN PELANGI SEMENYIH 2, SEMENYIH
Berita baik kepada individu berusia 7 tahun dan ke atas yang berminat untuk menjadi sebahagian ahli SENI SILAT PUSAKA GAYONG boleh hadir untuk sesi perkenalan gelanggang pada *13 JUN 2025* dilokasi, tarikh, dan waktu seperti berikut;
Waktu Latihan : Setiap Jumaat Malam
Masa : 9.00 mlm - 11.30 mlm
Lokasi : Surau Mukhlisin, Taman Pelangi Semenyih 2
Sesi perkenalan gelanggang *PERCUMA* selama 1 bulan sahaja, keahlian *BERMULA 4 JULAI 2025* setelah mengisi borang pendaftaran hardcopy (akan dimaklum kemudian) dan selesai membuat bayaran pendaftaran. Resit rasmi akan di sediakan.
SILA ISI FORM UNTUK PENDAFTARAN
(https://forms.gle/euQtF3t8Rv7Tqaaq9)
*TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 30 JUN 2025*
Hubungi Pentadbiran Gelanggang
EN MUSTAPA : 017-321 0552
SETUP MotoVlog aku masih belum elok. Kalau hangpa ada idea, share sikit apa cara terbaik nak dapat audio dan visual padu.
Janganlah duk perosak seni silat dengan lagu techno, rap apa semua tu. Gendang silat pun kalau pandai kita kompo, boleh layan iringi tari solo silat.
Nak guna pistol pun kena ada skill. Tenang pun kena ada. Tapi soalnya, pistol tu ada ke?
Saya berjuang cara saya. Nak kecam ke nak hentam ke lantak pi kat hangpa. Tetap kena jalan terus.
Meskipun ada yang kata filem Gayong tidak sepenuhnya menepati sejarah di Pulau Sudong, hakikatnya ia satu filem Bioepik Fiksyen yang sangat baik. Saya bagi 4.5/5.
Sabar kena ada. Silat tu kan satu proses...
Jom kita sama-sama desak sampai peraturan tanding sukan silat disemak semula.
05/05/2025
Dulu kita risau jika guru tidak mencurahkan ilmunya. Kita khuatir kehebatan guru tidak kita warisi semua. Tapi kini guru p**a khuatir ilmunya tidak dapat disampaikan. Risau tiada yang bersungguh mahu menimba secebis ilmu yang ada.
Dulu segenap pelosok kita redah mencari guru yang ada. Memujuk agar dapat dicurahkan apa yang ada padanya. Kadang p**ang dengan hampa kerana kata guru, belum masanya. Tapi kini guru p**a pasrah memerah keringat yang ada ke sana sini mencari siapa yang sudi meneruskan legasi. Terkadang risau ilmu ini akan hilang begitu saja. Terkadang, guru p**a merayu untuk ada yang mahu menceduk sisa ilmu berbaki.
Dulu ada guru diam di ceruk beranda dan sekadar memerhati. Ilmu diberi diasah, diulang dan diperhalusi dari malam menjelang ke pagi. Tapi kini guru menyendiri bukan memerhati ilmu yang sedang diperhalusi, namun sekadar merenung jauh gelanggang yang sedang sepi.
Orang dulu mencari, orang sekarang menanti.
Orang dulu irama gendang langkah gerak bertari,
Orang sekarang bertari gendang p**a perlu mencari,
Lalu bagaimana mahu bicara lagi soal seni,
Jika yang tinggal hanya jiwa yang sekadar menanti untuk diisi.
Zaman mungkin sudah berbeza caranya,
Tapi adakah perlu guru juga berubah nilaian ilmunya,
Andai guru kini lagaknya seperti dulu,
Maka percayalah, ilmu yang secebis itu akan dibawa bersama apabila sampai hujung usianya.
Teringat kata-kata rakanku:
"Dulu kita risau guru merajuk tidak mahu mengajar. Tapi sekarang guru p**a risau muridnya acuh tak acuh menerima ilmu yang mahu diberi."
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Kajang
