04/06/2026
20 Mei 2026: Bertempat di UMW Toyotsu Motors Sdn. Bhd., Rawang, Pasukan Pro-R MIROS meneruskan Kursus Penunggangan Selamat Motosikal melalui latihan sehari yang merangkumi sesi teori dan praktikal bagi meningkatkan tahap kesedaran serta pengetahuan kakitangan syarikat berkaitan keselamatan jalan raya khusus buat penunggang motosikal.
Antara pengisian program yang telah dijalankan termasuk ceramah keselamatan jalan raya, kepentingan pemakaian peralatan perlindungan diri bagi penunggang motosikal, posisi tunggangan yang selamat, asas pemeriksaan dan penyelenggaraan motosikal serta demonstrasi teknik penunggangan motosikal secara selamat.
Program ini dilaksanakan secara berterusan untuk memupuk budaya penunggangan yang lebih selamat dan berhemah dalam kalangan penunggang motosikal di Malaysia, khususnya bagi mereka yang menggunakan motosikal sebagai pengangkutan harian.
Pasukan Pro-R MIROS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak UMW Toyotsu Motors Sdn Bhd-Toyota Rawang atas jemputan serta kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini. Semoga inisiatif seperti ini dapat terus memberi manfaat dan meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan masyarakat.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami untuk keterangan yang lebih lanjut di talian:
โ๏ธ ๐๐-๐๐๐๐๐๐๐๐
โ๏ธ ๐ฉ๐ซ๐จ๐ซ@๐ฆ๐ข๐ซ๐จ๐ฌ.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ
03/06/2026
18 & 19 Mei 2026: Pasukan Pro-R MIROS telah menjalankan Kursus Penunggangan Selamat Motosikal kepada Prasarana Malaysia Berhad bertempat di MRT Feeder Bus Depot, Kajang. Sebagai salah sebuah syarikat utama yang mengendalikan perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia, aspek keselamatan jalan raya perlu sentiasa diberi perhatian dan diperkukuhkan bagi memastikan kesejahteraan pekerja serta pengguna jalan raya sentiasa terjamin. Sehubungan itu, kursus ini dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan para kakitangan syarikat yang menggunakan motosikal sebagai pengangkutan harian untuk pergi dan pulang bekerja mahupun bagi kegunaan persendirian, agar sentiasa mengamalkan penunggangan yang selamat dan berhemah di jalan raya.
Kursus yang berlangsung selama 2 hari ini telah dibahagikan kepada sesi teori (hari pertama) dan praktikal/fizikal (hari kedua). Sepanjang kursus dijalankan, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai input berkaitan keselamatan penunggang motosikal merangkumi ceramah keselamatan jalan raya, kepentingan pemakaian peralatan perlindungan diri, teknik penunggangan selamat, pemeriksaan asas dan penyelenggaraan motosikal, teknik membrek yang betul serta latihan kawalan dan pengendalian motosikal secara praktikal.
Melalui pelaksanaan kursus ini, kami berharap para peserta dapat meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran serta kesedaran dalam mengamalkan budaya penunggangan yang lebih selamat, berhemah dan bertanggungjawab ketika berada di jalan raya.
Pasukan Pro-R MIROS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Prasarana Malaysia Berhad atas kepercayaan, kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan kursus ini.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami untuk keterangan yang lebih lanjut di talian:
โ๏ธ ๐๐-๐๐๐๐๐๐๐๐
โ๏ธ ๐ฉ๐ซ๐จ๐ซ@๐ฆ๐ข๐ซ๐จ๐ฌ.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ
03/06/2026
7 Mei 2026: Bertempat di UMW Toyotsu Motors Sdn. Bhd., Shah Alam, Pasukan Pro-R MIROS telah meneruskan Kempen Keselamatan Jalan Raya melalui pelbagai aktiviti teori dan praktikal bagi meningkatkan kesedaran kakitangan syarikat terhadap aspek keselamatan jalan raya.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk ceramah keselamatan jalan raya, penerangan mengenai kepentingan pemakaian peralatan perlindungan diri bagi penunggang motosikal, posisi tunggangan yang selamat, asas pemeriksaan dan penyelenggaraan motosikal serta demonstrasi teknik penunggangan motosikal secara selamat.
Pasukan Pro-R MIROS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak syarikat atas jemputan serta kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini. Semoga usaha sebegini dapat terus meningkatkan kesedaran dan budaya keselamatan jalan raya dalam kalangan masyarakat.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami untuk keterangan yang lebih lanjut di talian:
โ๏ธ ๐๐-๐๐๐๐๐๐๐๐
โ๏ธ ๐ฉ๐ซ๐จ๐ซ@๐ฆ๐ข๐ซ๐จ๐ฌ.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ
29/05/2026
29 April 2026: Pasukan Pro-R MIROS telah menjalankan Pertandingan Raja Imbang bersempena Kempen dan Pameran Keselamatan Jalan Raya sempena Minggu Keselamatan Jalan Raya peringkat Inokom Corporation Sdn. Bhd., Kulim, Kedah.
Sebagai sebuah pasukan yang amat menitikberatkan aspek โKESELAMATANโ semasa menunggang motosikal, pertandingan ini memberi fokus kepada salah satu kemahiran penting ketika menunggang di jalan raya iaitu โIMBANGANโ. Program / pertandingan ini sedikit sebanyak mampu mengubah mindset bahawa kemahiran menunggang bukan hanya bergantung kepada kelajuan atau keberanian, tetapi turut memerlukan kawalan serta keseimbangan motosikal yang baik dalam pelbagai situasi terutama sekali jalan yang sempit.
Melalui pertandingan ini, para kakitangan diberi peluang untuk menilai sendiri tahap penguasaan mereka dalam mengendalikan motosikal di litar sempit yang telah disediakan oleh jurulatih-jurulatih pasukan. Pada masa sama, pertandingan ini turut mewujudkan persaingan sihat bagi merebut gelaran โRaja Imbangโ, iaitu peserta yang berjaya mencatat masa paling lama di dalam litar sempit tersebut.
Turut menjadi satu nilai tambah dalam program ini ialah penglibatan jurulatih-jurulatih motosikal pasukan INOKOM yang telah dilantik pada tahun 2025 oleh Pasukan Pro-R MIROS bagi bersama-sama membantu menjayakan pertandingan ini. Penglibatan tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada mereka dalam mengendalikan latihan kepada kakitangan INOKOM pada masa akan datang. Terima kasih diucapkan kepada pihak Inokom Corporation Sdn. Bhd. serta kakitangan syarikat diatas jemputan serta sokongan padu yang diberikan.
Semoga usaha dalam mempertingkatkan keselamatan jalan raya dapat terus direalisasikan melalui pelaksanaan pelbagai program keselamatan jalan raya pada masa akan datang.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami untuk keterangan yang lebih lanjut di talian:
โ๏ธ ๐๐-๐๐๐๐๐๐๐๐
โ๏ธ ๐ฉ๐ซ๐จ๐ซ@๐ฆ๐ข๐ซ๐จ๐ฌ.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ
14/05/2026
16 & 23 April 2026: Pasukan MIROS Pro-R telah melaksanakan Program Keselamatan Jalan Raya yang bertempat di Giesecke & Devrient Shah Alam, Selangor dengan memberikan perkongsian berkaitan aspek penyelenggaraan motosikal kepada para kakitangan syarikat.
Pelaksanaan program selama dua hari ini adalah bagi menyesuaikan dengan jadual operasi serta jumlah kakitangan yang ramai, sekali gus memastikan penyampaian maklumat dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh dan berkesan. Program ini turut bertujuan meningkatkan kesedaran serta memberikan pendedahan semula kepada pengguna motosikal mengenai kepentingan aspek penyelenggaraan dan keselamatan motosikal bagi memastikan kenderaan mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat untuk digunakan.
Antara pengisian utama program termasuklah perkongsian berkaitan kepentingan penyelenggaraan motosikal secara berkala, modifikasi terkini serta implikasinya terhadap aspek keselamatan jalan raya, teknik asas penyelenggaraan motosikal, serta panduan mengenal pasti keadaan dan jangka hayat komponen motosikal yang memerlukan pemeriksaan atau penggantian.
Terima kasih diucapkan kepada pihak syarikat atas inisiatif ini bagi memastikan keselamatan para kakitangan sentiasa terjaga. Juga kepada semua kakitangan yang memberikan komitmen dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami untuk keterangan yang lebih lanjut di talian:
โ๏ธ ๐๐-๐๐๐๐๐๐๐๐
โ๏ธ ๐ฉ๐ซ๐จ๐ซ@๐ฆ๐ข๐ซ๐จ๐ฌ.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ
11/05/2026
15 April 2026: Pasukan Pro-R MIROS meneruskan Kempen Keselamatan Jalan Raya kepada kakitangan syarikat Convex Malaysia Sdn. Bhd. (KLCC) yang terletak di ibu negara Malaysia Kuala Lumpur.
Ceramah keselamatan jalan raya, perkongsian berkenaan pakaian perlindungan diri penunggang, pemeriksaan asas motosikal, teknologi terkini sistem keselamatan motosikal, posisi tunggangan yang selamat dan demonstrasi teknik brek yang betul dan selamat antara ilmu yang dikongsikan oleh jurulatih pasukan kepada para peserta.
Terima kasih diucapkan kepada pihak syarikat atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk menjalankan program keselamatan khusus buat penunggang motosikal ini. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan dan seterusnya dapat mengurangkan risiko kemalangan daripada berlaku semasa berada di jalan raya.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami untuk keterangan yang lebih lanjut di talian:
โ๏ธ ๐๐-๐๐๐๐๐๐๐๐
โ๏ธ ๐ฉ๐ซ๐จ๐ซ@๐ฆ๐ข๐ซ๐จ๐ฌ.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ
Follow and like us on social media:
๐๐ฎ๐ฐ๐ฒ๐ฏ๐ผ๐ผ๐ธ ๐ ๐๐ฅ๐ข๐ฆ : Malaysian Institute of Road Safety Research
๐๐ฎ๐ฐ๐ฒ๐ฏ๐ผ๐ผ๐ธ ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ณ๐ถ๐น | ๐ฃ๐ฎ๐ด๐ฒ ๐ฃ๐ฟ๐ผ-๐ฅ : Miros Pro R | MIROS PRO-R : Motorcycle Training, Testing & Demonstration
02/05/2026
13 April 2026: Pasukan Pro-R MIROS terus komited dalam memperkasa keselamatan jalan raya melalui penganjuran program khas buat penunggang motosikal yang bertempat di Pejabat Kesihatan Daerah Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Sebagai sebuah organisasi yang berperanan penting dalam menyelamatkan nyawa manusia, aspek keselamatan kakitangan turut diberi penekanan melalui pelaksanaan program ini. Antara pengisian utama termasuk ceramah keselamatan jalan raya, kepentingan pemakaian perlindungan diri, pendedahan kepada teknologi keselamatan terkini, posisi tunggangan yang betul, serta demonstrasi teknik membrek menggunakan sistem ABS.
Program ini juga bertujuan sebagai sesi ulangkaji dan penyegaran semula (refreshment), selari dengan keperluan untuk sentiasa mengingatkan penunggang tentang amalan keselamatan di jalan raya. Diharapkan program ini dapat memberi nilai tambah kepada peserta untuk terus mengamalkan gaya penunggangan yang lebih selamat dan berhemah. Terima kasih kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah Titiwangsa, Kuala Lumpur atas jemputan dan sokongan yang diberikan sepanjang program ini berlangsung.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami untuk keterangan yang lebih lanjut di talian:
โ๏ธ ๐๐-๐๐๐๐๐๐๐๐
โ๏ธ ๐ฉ๐ซ๐จ๐ซ@๐ฆ๐ข๐ซ๐จ๐ฌ.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ
Follow and like us on social media:
๐๐ฎ๐ฐ๐ฒ๐ฏ๐ผ๐ผ๐ธ ๐ ๐๐ฅ๐ข๐ฆ : Malaysian Institute of Road Safety Research
๐๐ฎ๐ฐ๐ฒ๐ฏ๐ผ๐ผ๐ธ ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ณ๐ถ๐น | ๐ฃ๐ฎ๐ด๐ฒ ๐ฃ๐ฟ๐ผ-๐ฅ : Miros Pro R | MIROS PRO-R : Motorcycle Training, Testing & Demonstration
21/04/2026
6 April 2026: Pasukan Pro-R MIROS bersama Malaysia Motorcycle Assessment Programme (MyMAP) telah menjalankan sesi audit dan pengujian motosikal terbaharu daripada Boon Siew Honda iaitu model Honda Vario 125 Street 2026. Sesi ini telah diadakan di Boon Siew Honda Safety Riding Center, Pulau Pinang.
Pengujian ini dijalankan bagi memastikan motosikal yang dihasilkan memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk dinilai di bawah MyMAP bagi mendapatkan penarafan bintang keselamatan teknologi di peringkat Asia Tenggara. Inisiatif ini menjadi pemacu kepada pihak industri untuk terus meningkatkan tahap keselamatan produk motosikal, seterusnya menyumbang kepada usaha mempertingkatkan keselamatan jalan raya di Malaysia.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Honda Motorcycle Malaysia atas komitmen yang diberikan serta kemudahan yang disediakan sepanjang sesi pengujian ini berlangsung.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami untuk keterangan yang lebih lanjut di talian:
โ๏ธ ๐๐-๐๐๐๐๐๐๐๐
โ๏ธ ๐ฉ๐ซ๐จ๐ซ@๐ฆ๐ข๐ซ๐จ๐ฌ.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ
Follow and like us on social media:
๐๐ฎ๐ฐ๐ฒ๐ฏ๐ผ๐ผ๐ธ ๐ ๐๐ฅ๐ข๐ฆ : Malaysian Institute of Road Safety Research
๐๐ฎ๐ฐ๐ฒ๐ฏ๐ผ๐ผ๐ธ ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ณ๐ถ๐น | ๐ฃ๐ฎ๐ด๐ฒ ๐ฃ๐ฟ๐ผ-๐ฅ : Miros Pro R | MIROS PRO-R : Motorcycle Training, Testing & Demonstration
20/04/2026
14 Mac 2026: Sekitar suasana Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha yang telah dijalankan di Majlis Bandaraya Seremban. Program ini turut melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), syarikat insurans serta rakan strategik industri. Antara aktiviti menarik yang diadakan adalah penukaran helmet percuma oleh GIVI bagi menggalakkan penggunaan helmet yang lebih selamat dan berkualiti.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Anthony Loke Siew F**k, yang turut menekankan kepentingan keselamatan jalan raya, khususnya menjelang musim perayaan. Kempen ini memberi fokus kepada peningkatan kesedaran keselamatan penunggang motosikal melalui pendidikan, advokasi, serta sokongan berterusan daripada pelbagai agensi dan industri berkaitan.
Terima kasih diucapkan kepada Yamaha Motor Malaysia atas anjuran serta jemputan kepada pihak MIROS dalam memastikan kempen ini berjalan dengan lancar. Semoga program atau aktiviti keselamatan jalan raya ini dapat diteruskan demi kebaikan kita bersama.
.0
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami untuk keterangan yang lebih lanjut di talian:
โ๏ธ ๐๐-๐๐๐๐๐๐๐๐
โ๏ธ ๐ฉ๐ซ๐จ๐ซ@๐ฆ๐ข๐ซ๐จ๐ฌ.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ
Follow and like us on social media:
๐๐ฎ๐ฐ๐ฒ๐ฏ๐ผ๐ผ๐ธ ๐ ๐๐ฅ๐ข๐ฆ : Malaysian Institute of Road Safety Research
๐๐ฎ๐ฐ๐ฒ๐ฏ๐ผ๐ผ๐ธ ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ณ๐ถ๐น | ๐ฃ๐ฎ๐ด๐ฒ ๐ฃ๐ฟ๐ผ-๐ฅ : Miros Pro R | MIROS PRO-R : Motorcycle Training, Testing & Demonstration
17/04/2026
12 Mac 2026: Pasukan Pro-R MIROS yang diwakili oleh Encik Muhamad Fareez bin Laili, selaku Pengurus Pasukan Pro-R MIROS, telah menerima jemputan oleh Syarikat SD Guthrie, Banting untuk menyampaikan perkongsian berkaitan keselamatan jalan raya.
Antara penekanan utama dalam sesi ini termasuklah hazard perception, situational awareness, blind spot, serta tips dan teknik menunggang serta memandu dengan selamat di jalan raya.
Perkongsian ini juga berperanan sebagai sesi ulang kaji dan penyegaran semula berkaitan keselamatan jalan raya, khususnya menjelang musim perayaan di mana aliran trafik dijangka meningkat.
Usaha ini bertujuan meningkatkan kesedaran, pengetahuan serta kemahiran pengguna jalan raya agar lebih peka terhadap risiko dan seterusnya dapat mengurangkan potensi kemalangan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami untuk keterangan yang lebih lanjut di talian:
โ๏ธ ๐๐-๐๐๐๐๐๐๐๐
โ๏ธ ๐ฉ๐ซ๐จ๐ซ@๐ฆ๐ข๐ซ๐จ๐ฌ.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ