12/05/2026
๐จ AWAS! SCAMMER MENYAMAR SEBAGAI KENALAN ๐จโ
Scammer semakin licik dengan menyamar sebagai kawan, ahli keluarga atau rakan sekerja, kononnya menggunakan nombor telefon baharu dan meminta pinjaman wang atas alasan kecemasan.โ
โ ๏ธ Taktik ini digunakan untuk mendesak mangsa bertindak segera tanpa membuat pengesahan.โ
๐จ ANTARA TANDAโTANDA PENIPUANโ
โฐ Mendesak anda bertindak segeraโ
๐ค Menawarkan atau meminta bantuan secara tibaโtibaโ
๐ธ Meminta wang dipindahkan dengan alasan segeraโ
๐ฑ Mengaku menggunakan โnombor baharuโโ
๐ BERHENTI SEBENTAR & JANGAN PANIKโ
APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN?โ
๐ Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.โ
1๏ธโฃ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;โ
2๏ธโฃ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;โ
3๏ธโฃ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan. โ
๐จ Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:โ
๐ Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.โ
๐ Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.โ
๐ฎโโ๏ธ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.โ
โ ๏ธ Sentiasa berhati-hati dan bijak semasa berurusan secara dalam talian!โ
โ
03/05/2026
๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐ ๐ ๐๐ฆ๐ฅ๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐๐ฅ๐๐๐๐ง "๐ง๐๐๐ ๐ง๐ข ๐จ๐ฆ" ๐๐๐๐๐ ๐ฃ๐ข๐๐๐ฆ ๐๐๐๐๐ก๐
Kajang, 3 Mei 2026 jam lebih kurang 0900hrs anggota Balai Polis Kajang bersama anggota Amanita telah melaksanakan Program "Talk To Us" di Kompleks Metro Point, Kajang.
Program ini bertujuan mendekatkan hubungan pihak polis dengan masyarakat serta memberi khidmat nasihat pencegahan jenayah dan sekaligus membantu pihak polis dalam mencegah kejadian jenayah.
Program telah berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 1030hrs.
"๐๐ค๐ก๐๐จ ๐๐๐ฃ ๐๐๐จ๐ฎ๐๐ง๐๐ ๐๐ฉ ๐ฝ๐๐ง๐ฅ๐๐จ๐๐ ๐๐๐๐๐".
01/05/2026
๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐ ๐๐ก๐ฌ๐๐ ๐๐จ๐ง ๐๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐๐๐๐ฅ๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Ketua Polis Balai Kajang, Inspektor Shisheewady bin Ruzani mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya dalam Daerah IPD Kajang.
"Semoga setiap usaha dan jasa yang dicurahkan diberkati serta menjadi inspirasi untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti, disiplin dan profesionalisme".
28/04/2026
๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐ง๐๐ก ๐ ๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ ๐๐ ๐ฆ๐๐๐ข๐๐๐ ๐ฅ๐๐ก๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ ๐ฆ๐จ๐ก๐๐๐ ๐๐๐ก๐ง๐๐ก, ๐๐๐๐๐ก๐
Kajang, 28 April 2026 (Selasa) - Anggota Balai Polis Kajang Sarjan Sayed Saifurizal bin Sayed Baharom bersama anggota sektor mewakili KPB Kajang telah menerima jemputan mengadakan ceramah berkenaan jenayah buli di kalangan pelajar sekolah bertempat di Sekolah Rendah Agama Sungai Kantan, Kajang.
Ceramah menerangkan langkah pencegahan jenayah seksual dan buli melibatkan pelajar Sekolah serta peranan PDRM Salam pengurusan kes-kes jenayah buli bagi mencegah berlakunya dikalangan pelajar Sekolah.
Program ini dapat mengeratkan dan mengekalkan hubungan baik antara PDRM dan pihak sekolah khususnya guru-guru dan pelajar didalam daerah IPD Kajang.