05/10/2026
ZIARAH KEMATIAN BAPA KANDUNG PENGERUSI PERKEP IPD KAJANG
PETALING JAYA / KUALA LUMPUR, 5 OKTOBER 2026 (ISNIN) β PERKEP IPD Kajang telah mengadakan ziarah kematian bapa kandung YBhg. Puan Manpreet Kaur Gill Abdullah, Pengerusi PERKEP IPD Kajang, iaitu mendiang Mr. Sarwan Singh Gill Surain Singh, yang telah meninggal dunia pada 4 Oktober 2026 pada usia 72 tahun.
Ziarah bermula di kediaman keluarga mendiang di Sekysen 12, Petaling Jaya dan diteruskan ke Shamshan Bhoomi Hall (Loke Yew Crematorium), Kuala Lumpur.
Turut hadir ialah YBhg. Datin Rozana binti Kasbon, Pengerusi PERKEP Selangor, YBhg. Puan Zurim binti Md Khalid, Naib Pengerusi PERKEP Selangor, barisan kepimpinan PERKEP Selangor dan IPD Kajang, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Polis Balai serta pegawai dan anggota IPD Kajang.
Kehadiran warga PERKEP dan IPD Kajang adalah bagi menzahirkan ucapan takziah, keprihatinan dan kebersamaan kepada YBhg. Puan Pengerusi serta keluarga dalam menghadapi saat dukacita ini.
Seluruh warga PERKEP dan IPD Kajang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang. Semoga YBhg. Puan Pengerusi serta keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan ketenangan, serta segala urusan dipermudahkan.
Semoga mendiang ditempatkan dalam kalangan insan yang dikasihi Tuhan.
PERKEP IPD KAJANG