Polis Daerah Kajang

Call Directions Website Contact the organization

Polis Daerah Kajang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Polis Daerah Kajang, Government Organization, Ibupejabat Polis Daerah Kajang, Kajang.

22/10/2026
22/10/2026

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH KAJANG BERSAMA SMK BANDAR BARU SUNGAI LONG

21/10/2026





MATEMATIK MODUS OPERANDI PENIPUAN

Penipuan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan helah. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran yang menjanjikan keuntungan lumayan atau permintaan wang yang mencurigakan.

Semak kesahihan setiap maklumat, jangan terburu-buru membuat keputusan dan elakkan berkongsi maklumat peribadi atau perbankan dengan individu yang tidak dikenali.

Ingat, berwaspada dan bertindak bijak dapat membantu anda mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/ https://www.instagram.com/pdrmsia_official/ https://twitter.com/PDRMsia https://www.youtube.com/user/PDRMsia https://t.me/PDRMsia_Official https://www.tiktok.com/





#21102026

~KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KAJANG~21 OKTOBER 2026MAKLUMAN KES KEMALANGAN MAUT MELIBATKAN SEBUAH MOTOSIKAL DAN S...
21/10/2026

~KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KAJANG~

21 OKTOBER 2026

MAKLUMAN KES KEMALANGAN MAUT MELIBATKAN SEBUAH MOTOSIKAL DAN SEBUAH MOTOLORI DI DAERAH KAJANG

MAKLUMAN KES KEMALANGAN MAUT MELIBATKAN SEBUAH MOTOSIKAL DAN SEBUAH MOTOLORI DI DAERAH KAJANGPolis Daerah Kajang mengesa...
21/10/2026

MAKLUMAN KES KEMALANGAN MAUT MELIBATKAN SEBUAH MOTOSIKAL DAN SEBUAH MOTOLORI DI DAERAH KAJANG

Polis Daerah Kajang mengesahkan bahawa pada 20/10/2026, jam lebih kirang 1850 hrs, telah berlaku satu kemalangan maut melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah motosikal dan sebuah motolori di Jalan Pekeliling, Bandar Baru Bangi, Kajang.

Siasatan awal mendapati semasa kejadian, penunggang motosikal iaitu seorang pelajar lelaki warga tempatan berumur 20 tahun yang dalam perjalanan pulang ke rumah telah melanggar belakang sebuah motolori yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 36 tahun yang mengalami kerosakan tayar di lorong kanan jalan. Semasa menunggu mekanik untuk datang menukar tayar, tiba-tiba sebuah motosikal yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak telah melanggar bahagian belakang motolori. Akibat perlanggaran tersebut penunggang motosikal telah maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian. Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi sepuluh tahun, denda maksimum RM50,000 serta hilang kelayakan memegang lesen memandu bagi tempoh tidak kurang daripada lima tahun.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Kajang, Insp. Mohd Raziman bin Rasid di talian 019-4565502 bagi membantu siasatan.

Pihak polis menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati, mengamalkan pemanduan berhemah serta mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan semua pihak.

20/10/2026



ANAK SELAMAT DI RUMAH, TAPI SELAMATKAH DI ALAM MAYA?

Keselamatan anak bukan hanya perlu diberi perhatian ketika berada di luar rumah, malah turut merangkumi aktiviti mereka di alam maya.

Bimbing anak-anak menggunakan teknologi secara bijak dan selamat. Pantau, lindungi dan didik kerana keselamatan mereka di alam maya juga tanggungjawab kita bersama.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/





#20102026

20/10/2026

Perhatian kepada semua pengguna Lebuhraya Grand Saga! 😀
Grand Saga sedang menjalankan kaji selidik berhubung cadangan penambahbaikan Laluan Tidal (Tidal Flow) bagi meningkatkan mutu perkhidmatan serta pengalaman perjalanan pengguna lebuh raya.

Sehubungan itu, kami menjemput anda untuk meluangkan beberapa minit bagi menjawab borang kaji selidik melalui pautan di bawah:
https://bit.ly/45J8gM3

Maklum balas anda amat kami hargai dan akan membantu kami dalam usaha menambah baik kemudahan serta perkhidmatan di Lebuhraya Grand Saga. 🙏😊

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Majlis Perbandaran Kajang
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Polis KL
KLCCC DBKL
Polis Trafik KL

Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah. Walaupun hari ini terasa berat, percayalah bahawa setiap kesulitan pasti...
19/10/2026

Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah. Walaupun hari ini terasa berat, percayalah bahawa setiap kesulitan pasti ada hikmahnya.

Teruskan melangkah, perbanyakkan doa, kuatkan usaha dan bersabarlah. Apa yang belum menjadi milik kita hari ini, mungkin Allah sedang menyusun sesuatu yang lebih baik untuk kita.

“Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.”

— Surah Al-Insyirah, ayat 5

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita, lapangkan hati, murahkan rezeki dan kurniakan ketenangan dalam menjalani kehidupan. Amin ya Rabbal Alamin. 🤲

Selamat menjalani hari dengan hati yang tenang dan penuh kesyukuran.

Address

Ibupejabat Polis Daerah Kajang
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Kajang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Daerah Kajang:

Shortcuts

Share