29/09/2025
HEBAHAN PROGRAM C-SMART
KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN BANGUNAN KEDIAMAN BERSTRATA 2025
Dengan segala hormatnya pihak COB ingin membuka penyertaan kepada JMB MC yang berminat untuk menyertai program C-SMART yang akan diadakan di Avilion Admiral Cove, Port Dickson pada 31/10/2025 - 1/11/2025.
Kepada mana-mana JMB MC yang berminat boleh scan QR kod yang telah disediakan atas sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi kami di talian 03-87368375.
Ingin diingatkan bahawa penyertaan adalah terhad.
Sekian dimaklumkan.
Jabatan Pesuruhjaya Bangunan
Majlis Perbandaran Kajang
29/9/2025
29/09/2025
LAPORAN PENGHANTARAN NOTIS TUNGGAKAN CAJ DI FLAT SEKSYEN 16 BANDAR BARU BANGI
Pihak COB telah membantu pihak IPC Property Management dan Services, ejen lantikan pihak COB menyerahkan notis tunggakan kepada pemilik yang gagal membayar caj penyenggaraan.
Tindakan ini dibuat memandangkan kutipan caj yang tidak begitu baik sehingga menjejaskan pihak pengurusan menjalankan urusan penyenggaraan bangunan dan sebagainya.
Sekian dimaklumkan.
Jabatan Pesuruhjaya Bangunan
Majlis Perbandaran Kajang
29/9/2025
29/09/2025
LAWATAN TAPAK DI FLAT BUKIT MEWAH FASA 3 KAJANG
Lawatan tapak telah diadakan di Flat Bukit Mewah Fasa 3 susulan berlaku insiden bumbung tercabut akibat ribut baru baru ini.
Semakan mendapati kawasan tersebut tidak mengambil insurans bangunan. Oleh yang demikian, pihak COB telah memberikan beberapa cadangan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan.
Sekian dimaklumkan.
Jabatan Pesuruhjaya Bangunan
Majlis Perbandaran Kajang
29/9/2025
29/09/2025
LAWATAN TAPAK DI KAWASAN STRATA DI SEKSYEN 5 BANDAR TEKNOLOGI KAJANG
Satu lawatan tapak telah diadakan di Skim strata di Seksyen 5, Bandar Teknologi Kajang berikutan terdapat aduan berhubung binaan struktur yang tidak mempunyai kelulusan.
Pihak COB telah mengadakan perbincangan Bersama pihak MC bagi mendapatkan penyelesaian berhubung perkara tersebut. Hasil perbincangan, terdapat beberapa cadangan telah diberikan kepada pihak pengurusan untuk mengambil tindakan terhadap binaan tersebut.
Sekian Dimaklumkan.
Jabatan Pesuruhjaya Bangunan
Majlis Perbandaran Kajang
29/9/2025
29/09/2025
NAZIRAN BERSAMA PIHAK KPKT DAN COB MPKj
Pihak KPKT bersama-sama Jabatan Pesuruhjaya Bangunan MPKj telah mengadakan lawatan naziran di skim pemajuan Sabadel di Diamond City Semenyih.
Tujuan naziran ini dibuat adalah untuk membuat semakan kepada prosesur-prosedur berkenaan Akta 757. Beberapa dokumen diambil sampel dan disemak oleh pihak KPKT Dan pihak COB MPKj. Laporan hasil semakan akan dikemukakan kepada pihak JMB untuk tindakan selanjutnya.
Sekian dimaklumkan.
Jabatan Pesuruhjaya Bangunan
Majlis Perbandaran Kajang
29/9/2025
19/05/2025
TAKLIMAT BERSAMA PENDUDUK BAGI MENUBUHKAN JAWATANKUASA PENGURUSAN DI PERUMAHAN FLAT TAMAN ASA JAYA.
LOKASI:
PUSAT KOMUNITI, TAMAN ASA JAYA
TARIKH/MASA:
16 Mei 2025 - 9.00 pm
LAPORAN DI TAPAK:
Perumahan Flat Taman Asa Jaya merupakan Skim Kediaman Berstrata Kos Rendah yg terdiri daripada 5 Blok dengan anggaran 500 unit petak.
Akibat ketiadaan pengurusan yang aktif sejak (2022) bagi menjalankan kerja2 kutipan, pengurusan dan penyelenggaraan, terdapat pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh penduduk terutamanya apabila berhadapan dengan risiko pemotongan bekalan air (meter pukal) oleh pihak Urus Air Selangor disebabkan tunggakan bayaran pemilik.
Satu sesi taklimat dan soal jawab telah disampaikan oleh pihak COB kepada penduduk mengenai kesedaran dan kepentingannya fungsi badan pengurusan serta peranan ahli jawatankuasa dalam sesebuah perumahan skim berstara.
Penduduk diminta untuk menghantar wakil beserta dokumen yang berkaitan ke pejabat COB bagi membincangkan dengan lebih lanjut mengenai tatacara dan prosedur pelaksanaan Mesyuarat Agung bagi penubuhan semula barisan Jawatankuasa.
Sekian dilaporkan..
Jabatan Pesuruhjaya Bangunan
Majlis Perbandaran Kajang
19/5/2025
19/05/2025
LAWATAN TAPAK BAGI PROGRAM SKIM SEROJA DI PANGSAPURI PRIMA CEMPAKA
6/5/2025
Telah diadakan satu lawatan tapak bersama pihak Pengurusan Pangsapuri Prima Cempaka Kajang bagi pelaksanaan skim SEROJA. Skim ini di bawah inisiatif LPHS berkenaan pemberian CCTV bagi tujuan keselamatan dan pemantauan.
Sekian dimaklumkan
Jabatan Pesuruhjaya Bangunan
Majlis Perbandaran Kajang
19/5/2025
19/05/2025
LAWATAN TAPAK BAGI PROGRAM SKIM SEROJA DI LCF BUKIT HATAMAS CHERAS
6/5/2025
Telah diadakan satu lawatan tapak bersama pihak Pengurusan LCF Bukit Hatamas bagi pelaksanaan skim SEROJA. Skim ini di bawah inisiatif LPHS berkenaan pemberian CCTV bagi tujuan keselamatan dan pemantauan.
Sekian dimaklumkan
Jabatan Pesuruhjaya Bangunan
Majlis Perbandaran Kajang
19/5/2025
30/03/2025
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1446H/2025
MAAF ZAHIR DAN BATIN
01/03/2025
JABATAN PESURUHJAYA BANGUNAN INGIN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK KEPADA SEMUA UMAT ISLAM
26/02/2025
SESI PEMBENTANGAN LAPORAN PRESTASI EJEN PENGURUSAN BIL.1/2025
26/2/2025
Satu sesi bersama ejen pengurusan lantikan COB di bawah Seksyen 86, Akta 757 telah diadakan di bilik mesyuarat Tingkat 3, MPKj.
Tujuan sesi ini dijalankan adalah bagi mengenal pasti tahap prestasi ejen pengurusan yang telah dilantik bagi menguruskan kawasan-kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak COB.
Sesi ini juga dijalankan untuk mendapatkan maklumat berkenaan isu-isu dan permasalahan yang dihadapi oleh pihak ejen pengurusan. Selain itu juga, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan dibincangkan bagi memastikan pengurusan bangunan yang lebih baik.
Sekian dimaklumkan.
Jabatan Pesuruhjaya Bangunan
Majlis Perbandaran Kajang
26/2/2025