UMNO Cawangan RKT Sg Merab - Desa Putra

UMNO Cawangan RKT Sg Merab - Desa Putra

Share

Umno Cawangan RKT Sg Merab
Dun Dengkil
Parlimen Sepang

Bersatu Bersetia Berkhidmat
" Sayangi UMNO Yakini BN "

27/06/2014

Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi.

01/01/2014

Alfatehah buat Encik Mokhtar sekeluarga atas pemergian anak lelakinya pada pagi tadi. Arwah Farizan Mokhtar merupakan Ahli Jawatan Kuasa Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan RKT Sg Merab. Semoga arwah ditempatkan digolongan orang yang beriman. Alfatihah.

Hasan Ali dipecat - Ustaz Azhar Idrus 30/11/2013

Apa kata Presiden PAS

Hasan Ali dipecat - Ustaz Azhar Idrus Datuk Hasan Ali - Kenapa dia dipecat? jawapan serta komen ahli2 agama Pas. Kenapa Anwar & Dap sangat benci pada Hasan Ali? jawapannya boleh di dengar disini....

Photos 18/11/2013
16/11/2013

Tahniah Saudara Noorazli (Kojek) atas kemenangan beliau dalam Pemilihan pagi tadi. Tahniah Ketua Pemuda Sepang!

11/11/2013

Untuk pengetahuan semua.

Photos 30/10/2013

LONDON 30 Okt. - Malaysia merupakan negara Islam tunggal yang berjaya meningkatkan kedudukannya dan menjadi antara 10 negara terbaik dari segi mudah menjalankan perniagaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Merujuk Laporan Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2014 yang dikeluarkan pada Selasa, beliau berkata, ia adalah hasil keberkesanan program reformasi kerajaan.

Sambil menjukkan kegembiraan beliau ke atas berita itu, Najib berkata, dalam tempoh setahun, kedudukan Malaysia sudah melonjak dari tempat ke-12 kepada tempat keenam.

"Kita mesti terus kompetitif dan oleh itu pembaharuan perlu dilakukan. Kita mesti terus melakukan pembaharuan, saya gembira kerana dalam tempoh setahun, Malaysia sudah meningkat ke tempat keenam, kita satu-satu negara Islam dalam kumpulan 10 negara terbaik," kata Najib pada sidang media selepas sesi khas ucapan pemimpin pada Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) kesembilan di sini pada Selasa.

Najib sebelum itu berkongsi kegembiraannya bersama 2,000 peserta forum semasa menyampaikan ucaptamanya.

Dalam laporan Bank Dunia itu, Malaysia melonjak ke tangga keenam dari segi mudah menjalankan perniagaan dari tempat ke-12 sebelum ini dalam kalangan 189 ekonomi.

Menyentuh mengenai cabaran domestik yang mungkin dihadapi Malaysia berdasarkan ketidaktentuan global pada masa depan, beliau berkata, masalah yang dihadapi oleh kerajaan tidak banyak berbeza dengan negara lain dan kerajaan perlu terus meningkatkan pertumbuhan.

"Kita perlu memastikan dasar kita menjurus kepada pertumbuhan yang lebih besar dan pada masa yang sama ia perlu mengukuhkan fiskalnya. Itu penting memandangkan pertumbuhan perlu mampan dan bukan hanya untuk setahun dua," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Selain itu, Perdana Menteri juga memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus menjaga kebajikan rakyat.

Sebagai contoh, katanya, dalam pada kerajaan mengurangkan subsidi, ia akan mengukuhkan jaringan keselamatan sosial untuk kesejahteraan rakyat.

Najib kemudiannya turut menyaksikan majlis menandatangani tiga perjanjian antara syarikat Malaysia, termasuk perjanjian pembiayaan hartanah antara Tabung Haji, Maybank Islamic, Standard Chartered Saadiq dan OCBC Al-Amin. - BERNAMA

Want your business to be the top-listed Government Service in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kajang
43000