Rela Hulu Langat

Call Directions Website Contact the organization

Rela Hulu Langat LAMAN RASMI FACEBOOK (OFFICIAL) JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA) DAERAH HULU LANGAT Ahli-ahlinya terdiri daripada sukarelawan masyarakat setempat.

Sejarah RELA

Home Guard atau Pengawal Kampung ditubuhkan bertujuan untuk menjaga keselamatan setempat apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948. Pasukan Pengawal Kampung dibubarkan setelah darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960. Tenaga sukarelawan ditubuhkan sekali lagi apabila negara menghadapai ancaman konfrontasi dengan Indonesia dari tahun 1963-1965. Pasukan Kawalan telah diwujudkan bagi membantu agensi keselamatan menangani pendaratan dan penyusupan pihak Indonesia. Pada waktu itu, Pasukan Kawalan bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan untuk melaporkan kepada pasukan keselamatan tentang ancaman pihak Indonesia. Apabila tamat konfrontasi pada tahun 1965, ia telah dibubarkan. Pada 13 Mei 1969 telah berlaku pergaduhan antara kaum. Insiden yang berlaku telah menyedarkan pemimpin-pemimpin negara pada ketika itu tentang pentingnya diwujudkan satu pasukan sukarela yang tetap bagi membantu kerajaan dalam menangani masalah dan ancaman keselamatan. Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri mencadangkan supaya pasukan sukarela berfungsi sebagai mata dan telinga kerajaan. Pada 11 Januari 1972, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menubuhkan RELA di bawah Seksyen 2 Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964. Pasukan RELA dikawal di bawah Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 ( Peraturan-Peraturan Perlu Ikatan Relawan Rakyat ) Pindaan 2005. Petikan ucapan oleh YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad yang juga Menteri Dalam Negeri disambutan Hari RELA yang pertama di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada 13 Januari 1990.”…The ACs, Home Guard and the Pasukan Kawalan have all since been abolished. But RELA continues to exist since its inception 18 years ago. It continued existence is proof of its role in helping to determine the security and defence of the country. RELA also signifies the goverment commitment to harness the people support through voluntary means, both during peace time or otherwise…”. Pada 20 Mac 1999, YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi semasa menjadi Menteri Dalam Negeri telah mewujudkan Falsafah RELA yang baru. Falsafah ini mengandungi falsafah perjuangan RELA berasaskan lunas-lunas yang meliputi benteng ketiga pertahanan negara, pasukan sokongan berwibawa, tugas-tugas kebajikan serta ekonomi dan berdikari.

1999 : RELA memiliki bangunan sendiri untuk dijadikan pusat latihan dengan perasmian Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan, Sungai Udang, Melaka oleh YAB Datuk Seri Abdullah Badawi yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri.

2004 : RELA diletakkan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) apabila Kementerian Dalam Negeri dijadikan dua (2) kementerian, iaitu Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) dan KHEDN.

2005 : RELA diberi kuasa khas di bawah Akta Darurat Tahun 1964 untuk melaksanakan operasi membenteras Pendatang Asing Tanpa Izin(PATI)

2007 : RELA membuat penstrukturan semula secara besar-besaran, termasuklah dengan pengambilan pertama Pembantu Pertahanan Awam Gred KP17 (Penolong Pegawai RELA Daerah) lantikan tetap. Penstrukturan semula ini melibatkan semua peringkat, iaitu di IPRM, negeri, daerah dan juga Pusat Latihan.

2008 : RELA diletakkan dibawah KDN apabila KKDN dan KHEDN bergabung dan diletakkan di bawah satu nama sebagai Kementerian Dalam Negeri (KDN)

2012 : RELA yang diberi kuasa khas di bawah Akta Darurat Tahun 1964 untuk melaksanakan operasi membenteras Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah dimansuhkan dan nama Ikatan Sukarelawan Rakyat Malaysia ditukarkan kepada Pasukan Sukarelawan Malaysia

2013 : RELA telah diumumkan Sebagai Jabatan Sukarelawan Malaysia oleh YB Dato’ Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi di Dataran Kompleks D, Putrajaya bersempena Program Pelancaran Semarak Jalur Gemilang.

PERJUMPAAN PRD BERSAMA KPRK KPR PENYELIA DAN ANGGOTA RELA DAERAH HULU LANGAT SIRI 2/2026
08/10/2026

PERJUMPAAN PRD BERSAMA KPRK KPR PENYELIA DAN ANGGOTA RELA DAERAH HULU LANGAT SIRI 2/2026

PERJUMPAAN PRD BERSAMA PENYELIA PENUGASAN TETAP RELA DAERAH HULU LANGAT
05/10/2026

PERJUMPAAN PRD BERSAMA PENYELIA PENUGASAN TETAP RELA DAERAH HULU LANGAT

KAJANG || 17 Sept 2026KUNJUNGAN HORMAT KOMANDAN PENJARA SATELIT BERANANG KE PEJABAT RELA DAERAH HULU LANGATHULU LANGAT S...
17/09/2026

KAJANG || 17 Sept 2026

KUNJUNGAN HORMAT KOMANDAN PENJARA SATELIT BERANANG KE PEJABAT RELA DAERAH HULU LANGAT
HULU LANGAT

Satu sesi kunjungan hormat daripada Komandan Penjara Satelit Beranang ke atas Pegawai RELA Daerah Hulu Langat telah berlangsung dengan jayanya hari ini.

Pertemuan ini diadakan bagi memperkukuh jalinan kerjasama strategik perkhidmatan antara kedua-dua jabatan.

Fokus Utama Perbincangan:

💡Penambahbaikan penugasan anggota RELA di Penjara Satelit Beranang.

💡Perancangan kerjasama berterusan bagi memantapkan aspek keselamatan dan pengurusan operasi.

Turut Hadir Sesi Pertemuan:
👮🏽‍♂️Timbalan Komandan Penjara Satelit Beranang
👮🏻‍♂️Timbalan Pegawai RELA Daerah Hulu Langat
👮‍♂️Penyelia RELA Di Penjara Satelit Beranang

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan atas kunjungan ini. Semoga hubungan kerjasama ini terus teguh demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.

Perjumpaan PRD bersama Penyelia Penugasan Tetap RELA Daerah Hulu Langat SelangorRABU | 09 September 2026 PPgKR Abdul Azi...
10/09/2026

Perjumpaan PRD bersama Penyelia Penugasan Tetap RELA Daerah Hulu Langat Selangor

RABU | 09 September 2026

PPgKR Abdul Azim bin Mayudin, Pegawai RELA Daerah Hulu Langat, bersama Penolong Pegawai RELA Daerah Hulu Selangor, PPgKR Muhammad Zaini bin Hussain dan PPgKR Mohd Zulfaiz bin Abd.Kadir serta Pembantu Tadbir, Puan Magret A/P Anthony , telah mengadakan perjumpaan bersama penyelia penugasan tetap RELA Daerah Hulu Langat.

Perjumpaan tersebut diadakan bertujuan untuk membincangkan dan menyelaraskan 1)Tatacara penyediaan tuntutan bulanan
2)Pematuhan arahan bertugas mengikut MKKOR
3)Pengemaskinian dan penyambungan watikah KPR dan Penyelia yang akan berakgir tahun ini
4) Lain-lain perkara

Pihak RELA Daerah Hulu Langat akan terus memastikan pengurusan dan penyelarasan penugasan anggota dilaksanakan dengan teratur demi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan serta memastikan kebajikan anggota sentiasa diberi perhatian.




🎖️ TABIK HORMAT & SYABAS BUAT WIRA-WIRA DAERAH HULU LANGAT!Bukan calang-calang komitmen yang ditunjukkan oleh semua pese...
11/07/2026

🎖️ TABIK HORMAT & SYABAS BUAT WIRA-WIRA DAERAH HULU LANGAT!

Bukan calang-calang komitmen yang ditunjukkan oleh semua peserta KKI Siri 2/2026 dan Detasmen Utama RELA (DUR). Berhujan, berpanas, dan lencun dengan peluh di padang kawad demi satu matlamat—memastikan nama RELA dijulang megah pada Hari Kemuncak nanti.

Terima kasih atas disiplin besi, keringat, dan pengorbanan korang semua. Korang memang luar biasa! Langkah dah padu, mental dah sedia.

Ayuh, buktikan kita yang terbaik pada 12 Julai ini! 🔥💪


11/07/2026
PELAKSANAAN AUDIT PENUGASAN TETAP RELA DI DAERAH HULU LANGAT10 JULAI 2026 || BANDAR BARU BANGILawatan naziran dan audit ...
10/07/2026

PELAKSANAAN AUDIT PENUGASAN TETAP RELA DI DAERAH HULU LANGAT

10 JULAI 2026 || BANDAR BARU BANGI

Lawatan naziran dan audit penugasan RELA telah dilaksanakan oleh PgKR Abdul Azim bin Mayudin Pegawai RELA Daerah Hulu Langat bersama PPgKR Muhammad Zaini bin Hussain Penolong Pegawai RELA Daerah dan PPgKR Mohd Zulfaiz bin Abd.Kadir Penolong Pegawai RELA Daerah Hulu Langat.

Pemeriksaan audit ini dilaksanakan bagi menyemak pelaporan penugasan, fasiliti, serta disiplin anggota yang bertugas membuat kawalan tetap di premis kerajaan dan badan berkanun agar sentiasa mematuhi Manual Kawalan Keselamatan & Operasi RELA (MKKOR) serta Arahan Tetap Ketua Pengarah (ATKP).

Antara lokasi yang terlibat:
1. Pejabat Daerah Tanah Hulu Langat
2. Jabatan Pendaftaran Negara(Kajang)
3. JIM Kajang

FOKUS UTAMA PEMERIKSAAN:
* Pengurusan & Tadbir Urus: Semakan jadual giliran tugas, carta organisasi, taklimat harian, dan penyediaan senarai nombor kecemasan.
* Kehadiran & Disiplin: Penilaian ketepatan masa kehadiran penuh, etika pemakaian uniform lengkap (tanda nama/nombor badan), serta kebersihan pos kawalan.
* Dokumentasi & Fail Petugas: Semakan Buku Laporan Penugasan (Lampiran A, E, F, O) dan kelengkapan fail profil individu anggota (surat arahan tugas, watikah lantikan, aku janji).
* Pelaksanaan Tugas Teras: Memastikan keanggotaan berada di lokasi mengikut arahan serta mengendali penyimpanan kunci premis dengan selamat.





Address

Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 16:00

Telephone

+60387411259

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rela Hulu Langat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Rela Hulu Langat:

Shortcuts

Share