Kolej Vokasional Kajang

Directions Website

Kolej Vokasional Kajang PENERAJU PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL YANG UNGGGUL KOMPETEN | VERSATIL | KAIZEN

Makluman Penting kepada Calon Temu Bual Tahun 1 SVM 2027Tarikh Temubual :2 November 2026Peringatan:✅Senarai yang layak u...
25/10/2026

Makluman Penting kepada Calon Temu Bual Tahun 1 SVM 2027
Tarikh Temubual :2 November 2026

Peringatan:
✅Senarai yang layak untuk temu bual akan menadpat whatsapp daripada pihak kolej.

❌Calon yang tidak mendapat panggilan tersebut dianggap tidak layak utk dipanggil temubual .

🌹 SEKALUNG PENGHARGAAN, SEJAMBAK KASIH 🌹✨ SETULUS BAKTI, SEINDAH MEMORI ✨بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِSetinggi-...
23/10/2026

🌹 SEKALUNG PENGHARGAAN, SEJAMBAK KASIH 🌹

✨ SETULUS BAKTI, SEINDAH MEMORI ✨

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada

YBhg. Tuan Haji Abdul Razak bin Ismail
Mantan Pengarah Kolej Vokasional Kajang

Atas segala jasa, bakti, pengorbanan dan sumbangan yang tidak ternilai sepanjang menerajui kepimpinan Kolej Vokasional Kajang.

Sesungguhnya, segala usaha, komitmen, kebijaksanaan dan kepimpinan tuan dalam memacu kecemerlangan kolej telah meninggalkan seribu satu kenangan yang amat bermakna buat seluruh warga Kolej Vokasional Kajang.

Jasamu dikenang, baktimu disanjung, kepimpinanmu menjadi inspirasi.

Walaupun masa berlalu dan tanggungjawab kepimpinan telah bertukar tangan, segala tunjuk ajar, nasihat serta legasi kecemerlangan yang ditinggalkan akan terus terpahat dalam ingatan dan menjadi panduan kepada generasi penerus.

Semoga YBhg. Tuan Haji sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan bersama keluarga, keberkatan usia serta rahmat dan perlindungan daripada Allah SWT.

🌷 Perginya bukan bererti hilang,
Berpisah bukan bererti lupa,
Segala jasa tetap dikenang,
Tersemat indah sepanjang masa. 🌷

TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA.

Setulus ingatan dan penghargaan daripada seluruh warga Kolej Vokasional Kajang.

💐 SETULUS BAKTI, SEINDAH MEMORI 💐

🌹 SELAMAT BERSARA, TUAN HAJI ABDUL RAZAK BIN ISMAIL 🌹Link Buku Programhttps://online.fliphtml5.com/tsjmv/BUKU-PROGRAM-AY...
13/10/2026

🌹 SELAMAT BERSARA, TUAN HAJI ABDUL RAZAK BIN ISMAIL 🌹

Link Buku Program
https://online.fliphtml5.com/tsjmv/BUKU-PROGRAM-AYAH-JAK-FINAL/

✨ JASAMU DIKENANG, BAKTIMU DISANJUNG ✨

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, setiap permulaan pasti ada penghujungnya. Namun, segala jasa, pengorbanan dan kenangan yang tercipta sepanjang perjalanan sebuah kepimpinan akan terus terpahat dalam ingatan dan menjadi sebahagian daripada sejarah kegemilangan Kolej Vokasional Kajang.

Dengan penuh rasa penghargaan, penghormatan dan setulus ingatan, seluruh warga Kolej Vokasional Kajang merakamkan ucapan Selamat Bersara kepada Tuan Haji Abdul Razak bin Ismail, Pengarah Kolej Vokasional Kajang, atas segala jasa, bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, khususnya dalam menerajui kepimpinan kolej yang kita cintai ini.

Sepanjang menerajui Kolej Vokasional Kajang, beliau telah memperlihatkan komitmen, dedikasi dan semangat kepimpinan yang tinggi dalam memastikan kecemerlangan institusi terus diperkasakan. Segala usaha, panduan, nasihat dan ketegasan beliau dalam melaksanakan amanah telah menjadi inspirasi kepada barisan pengurusan, pensyarah, anggota kumpulan pelaksana serta seluruh pelajar untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam bidang akademik, kemahiran, sahsiah dan kokurikulum.

Di sebalik setiap kejayaan yang dikecapi, terselit kesungguhan seorang pemimpin yang sentiasa mengutamakan tanggungjawab, kebajikan warga kolej serta pembangunan institusi. Kepimpinan beliau bukan sahaja meninggalkan kesan terhadap kemajuan kolej, malah turut menyemai nilai kerjasama, semangat kekeluargaan, disiplin dan budaya kerja cemerlang dalam kalangan warga Kolej Vokasional Kajang.

Sesungguhnya, persaraan bukanlah noktah kepada segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan, sebaliknya merupakan permulaan kepada sebuah perjalanan kehidupan yang baharu. Walaupun selepas ini beliau tidak lagi bersama kami dalam urusan pentadbiran dan kepimpinan kolej, segala tunjuk ajar, pesanan, pengalaman serta kenangan indah bersama beliau akan terus menjadi pedoman dan sumber inspirasi kepada seluruh warga kolej.

Kami amat menghargai segala pengorbanan masa, tenaga dan buah fikiran yang telah diberikan demi memastikan Kolej Vokasional Kajang terus melangkah maju sebagai sebuah institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional yang unggul.

Dalam kesempatan ini, kami juga ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala kekurangan, kekhilafan dan keterlanjuran kata sepanjang kita bersama menggalas amanah serta tanggungjawab di institusi ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan atas segala sumbangan yang tidak ternilai. Semoga setiap ilmu yang dicurahkan, setiap usaha yang dilaksanakan dan setiap kebaikan yang ditaburkan menjadi amal jariah yang berpanjangan serta mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya daripada Allah SWT.

Kami mendoakan agar Tuan Haji Abdul Razak bin Ismail sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan jiwa, kebahagiaan bersama keluarga tersayang, dipanjangkan usia dalam keberkatan serta sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT.

Pergi ke taman memetik selasih,
Selasih dipetik di tepi halaman;
Segala jasa dan curahan kasih,
Kekal terpahat sepanjang zaman.

Selamat Bersara, Tuan Haji Abdul Razak bin Ismail.

Jasamu Dikenang, Baktimu Disanjung, Kepimpinanmu Menjadi Inspirasi.

Terima kasih atas segalanya. Sesungguhnya, yang pergi meninggalkan kenangan, yang tinggal meneruskan perjuangan.

Ikhlas daripada:
Barisan Pengurusan dan Seluruh Warga Kolej Vokasional Kajang

💐 KV Kajang Up.. Tetap Unggul 💐

PEMAKLUMAN RASMI PELAKSANAAN PKSK TINGKATAN 1 TAHUN 2026Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.1️⃣ Dimaklumkan bahawa Penta...
13/10/2026

PEMAKLUMAN RASMI PELAKSANAAN PKSK TINGKATAN 1 TAHUN 2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

1️⃣ Dimaklumkan bahawa Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 1 Tahun 2026 akan dilaksanakan seperti biasa pada 14, 15, 19 & 20 Oktober 2026 mengikut jadual yang telah ditetapkan, susulan keadaan jerebu.

2️⃣ Sehubungan itu, semua sekolah dan pusat pentaksiran dimohon untuk:

- Memastikan kelancaran pengoperasian PKSK dengan mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan calon serta petugas.
- ⁠Memastikan calon hadir mengikut tarikh, masa dan pusat pentaksiran seperti yang tertera pada slip menduduki pentaksiran.
- Sentiasa peka terhadap sebarang perubahan atau arahan terkini daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

3️⃣ Kerjasama dan komitmen semua pihak amat dihargai bagi memastikan pelaksanaan PKSK 2026 berjalan lancar, teratur dan selamat.

Sekian, terima kasih.

TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU LANGAT

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada En. Ramzun bin Sanusi atas segala jasa, bakti, komitmen da...
01/10/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada En. Ramzun bin Sanusi atas segala jasa, bakti, komitmen dan pengorbanan sepanjang 17 tahun memikul amanah sebagai Ketua Warden.

Segala sumbangan, kepimpinan, kesabaran serta keprihatinan dalam membimbing dan menjaga kebajikan para pelajar akan sentiasa dikenang dan menjadi sebahagian daripada sejarah indah Kolej Vokasional Kajang.

Semoga segala jasa dan kebaikan yang dicurahkan menjadi amal yang berpanjangan serta mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya. Semoga En. Ramzun terus dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, ketenangan dan kejayaan dalam setiap langkah yang mendatang.

Bakti dijulang, jasa dikenang.
Terima kasih atas 17 tahun penuh dedikasi dan pengorbanan.

KV Kajang Up… Tetap Unggul.

29/09/2026
29/09/2026
MAJLIS PERSARAAN“Bakti Dijulang, Budi Dikenang.”Dua Insan Hebat, Satu Kenangan Abadi.Pn Sartini bt ShafiePn Nur Hidayah ...
24/09/2026

MAJLIS PERSARAAN

“Bakti Dijulang, Budi Dikenang.”

Dua Insan Hebat, Satu Kenangan Abadi.

Pn Sartini bt Shafie
Pn Nur Hidayah Ngian Abdullah

Tarikh: 25 September 2026 (Jumaat)
Masa: 7.45 pagi
Tempat: Dewan Makan Asrama

https://online.fliphtml5.com/pslcf/keom/ =1
Link Buku Program

MAJLIS SEINDAH KENANGANTarikh : 23  September 2026 (Rabu)Masa : 3.00 petangTempat : Surau Al Falahiah, Kolej Vokasional ...
24/09/2026

MAJLIS SEINDAH KENANGAN

Tarikh : 23 September 2026 (Rabu)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Surau Al Falahiah, Kolej Vokasional

Warga Kolej Vokasional Kajang merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada En. Anwar bin Ahmad Kamal atas segala jasa, komitmen, dedikasi dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang bersama warga kolej.

Segala khidmat bakti, kerjasama serta pengalaman yang dikongsi amat dihargai dan akan sentiasa menjadi kenangan yang bermakna. Semoga segala usaha dan sumbangan yang telah diberikan menjadi sebahagian daripada legasi yang terus dikenang oleh seluruh warga Kolej Vokasional Kajang.

Semoga En. Anwar bin Ahmad Kamal sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta diberikan kejayaan dan kecemerlangan dalam setiap langkah dan amanah yang akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa dan khidmat bakti.

KV Kajang Up.. Tetap Unggul

🌿 MAJLIS PERSARAAN PN. ROSNI BINTI RAMLY 🌿Ketua Pembantu Tadbir KV Kajang “Segunung Budi, Selautan Bakti, Kenangan Abadi...
24/09/2026

🌿 MAJLIS PERSARAAN PN. ROSNI BINTI RAMLY 🌿
Ketua Pembantu Tadbir KV Kajang

“Segunung Budi, Selautan Bakti, Kenangan Abadi”
Jasa dikenang, bakti dihargai, selamanya di hati.

📅 Tarikh: 18 September 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 8.30 pagi – 10.30 pagi
📍 Tempat: Dewan Asrama KV Kajang

Semoga segala jasa dan kenangan indah yang tercipta akan sentiasa terpahat dalam ingatan. Selamat bersara dan semoga terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan serta kesejahteraan.

Address

Jalan Semenyih
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Vokasional Kajang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share