SK Bandar Seri Putra

SK Bandar Seri Putra

Share

SK Bandar Seri Putra. Menyediakan ruang "TIDAK RASMI" bagi bertukar maklumat dan perbincangan mengen

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SERI PUTRA

VISI SEKOLAH :
"PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA"
SK Bandar Seri Putra mengupayakan sistem pendidikan yang berkualiti dan berkesan untuk melahirkan insan cemerlangdar segi akademik dan sahsiah menjadi generasi yang dapat menjaminkesejahteraan bangsa dan negara. MISI SEKOLAH :
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUN

Photos from SK Bandar Seri Putra's post 24/05/2026

⚽️ LIGA SUPARIMAU BOOST 2026 – PUTRAJAYA U12 ⚽️

Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan SEPUTRA FC atas kejayaan muncul sebagai JUARA KUMPULAN PUTRAJAYA U12 dalam saingan Liga Suparimau Boost 2026.

SEPUTRA FC berjaya menamatkan saingan di kedudukan teratas liga dengan pencapaian yang amat membanggakan.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada komitmen tinggi para pemain, dedikasi barisan jurulatih, sokongan padu ibu bapa serta semangat berpasukan yang sentiasa utuh sepanjang musim berlangsung.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk SEPUTRA FC terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

SOAR LIKE AN EAGLE 🦅⚽️

22/05/2026
21/05/2026

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
SK BANDAR SERI PUTRA TAHUN 2026

TARIKH : 22 MEI 2026
HARI : JUMAAT

"SELAMAT HARI GURU" BUAT SEMUA PENDIDIK KHUSUSNYA WARGA PENDIDIK SK BANDAR SERI PUTRA

"GURU BITARA, NADI NEGARA"

Photos from SK Bandar Seri Putra's post 20/05/2026

🏆 SUKAN STACKING SEMPENA KARNIVAL KOKURIKULUM DAN PERMAINAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH HULU LANGAT 2026 🏆

📍 Tempat: SMK Bandar Seri Putra
📅 Tarikh: 19 Mei 2026

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada murid PPKI,
✨ Nur Izz Ilfyna Binti Muhamad Razali dari kelas PPKI (5 Jujur) ✨
atas usaha, semangat dan pencapaian yang membanggakan sepanjang pertandingan berlangsung.

Berikut merupakan keputusan yang berjaya diraih:

🥉 Disiplin 3-3-3 : Tempat Ke-4
🥇 Disiplin 3-6-3 : Johan
🥇 Disiplin Cycle : Johan

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada guru pengiring dan jurulatih,
👨🏻‍🏫 Encik MUHAMAD AFIFI BIN SALIJU
atas bimbingan, komitmen dan dedikasi yang diberikan sepanjang latihan dan pertandingan berlangsung.

“Usaha, semangat dan kerjasama membawa kejayaan.” 💪✨

Seputra Soar Like An Eagle

Photos from SK Bandar Seri Putra's post 19/05/2026

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Yang Berhormat Wong Kah Woh (Timbalan Menteri Pendidikan) Wong Kah Woh atas sumbangan 10 unit Gendang 24 Musim kepada warga Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra.

Sumbangan yang amat bermakna ini bukan sahaja dapat memperkasa aktiviti kokurikulum sekolah, malah menjadi pemangkin dalam menyemarakkan semangat kesenian, perpaduan dan pembangunan sahsiah murid secara holistik.

Semoga keprihatinan dan sokongan yang diberikan ini akan terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra.

Photos from SK Bandar Seri Putra's post 17/05/2026

⚽ LIGA SUPARIMAU BOOST 2026 ⚽

Tahniah diucapkan kepada pasukan Seputra FC atas kemenangan cemerlang dalam perlawanan Liga Suparimau Boost yang berlangsung pada 17 Mei 2026 menentang pasukan Tunas Sejati dengan keputusan 9-0.

Kejayaan ini membuktikan semangat juang, disiplin dan kerjasama berpasukan yang tinggi dalam kalangan pemain serta barisan jurulatih Seputra FC. Semoga momentum kemenangan ini dapat diteruskan dalam perlawanan seterusnya.

Teruskan usaha dan berikan aksi terbaik untuk perlawanan terakhir pada 24 Mei 2026 nanti demi mengharumkan nama Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra.

“Soar Like An Eagle” 🦅⚽

Photos from SK Bandar Seri Putra's post 13/05/2026

PROGRAM POKET (KLINIK BOLA SEPAK SELANGOR FC)

TARIKH : 13 MEI 2026
HARI : RABU
TEMPAT : STADIUM MPKJ, SEKSYEN 15, BANDAR BARU BANGI

Photos from SK Bandar Seri Putra's post 11/05/2026
09/05/2026

Makluman untuk ibubapa dan penjaga.

Cuti peristiwa pada Hari Isnin (11 Mei 2026) sempena Kejohanan Sukan Olahraga Kali ke 16 Tahun 2026.

Harap maklum.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jalan Seri Putra 3
Kajang
43000