KRT Seksyen 6 Bandar Rinching

Directions

KRT Seksyen 6 Bandar Rinching MEDIA PENYALURAN MAKLUMAT DARI KRT SEKSYEN 6 BANDAR RINCHING KEPADA KOMUNITI SEKSYEN 6

Program Lenget pertandingan boling campuran anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hulu Langat - YB Mohd Sany Hamzan 20 S...
26/09/2026

Program Lenget pertandingan boling campuran anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hulu Langat - YB Mohd Sany Hamzan
20 September 2026
Hari:Ahad
Tempat: Metropoint Kajang



Pada 26 September 2026 telah di adakan gotong-royong perdana. Semperna cuci cuci Malaysia kerjasama bersama En zulkifli ...
26/09/2026

Pada 26 September 2026 telah di adakan gotong-royong perdana. Semperna cuci cuci Malaysia kerjasama bersama En zulkifli bin ridzuan Surau Istiqamah Seksyen 6 Bandar Rinching
Mpkj
KDEB
Kkm

• Bacaan doa
• Ucapan Pengerusi KRT Seksyen 6 Bandar Rinching
•Ucapan En zulkifli Bin Ridzuan
• Aktiviti gotong royong
•Cenderahati untuk kanak-kanak yang hadir bersama-sama dalam program gotong-royong tanda penghargaan dari pihak pengurusan KRT




Alhamdulillah dapat bersama-sama dalam kuliah Dhuha masjid bandar rinching semperna sambutan bulan kemerdekaan dan mauli...
25/09/2026

Alhamdulillah dapat bersama-sama dalam kuliah Dhuha masjid bandar rinching semperna sambutan bulan kemerdekaan dan maulidur Rasul anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hulu Langat - YB Mohd Sany Hamzan
Bersama pn Rozita Ahmad

Tarikh 19/9/26
Hari: Sabtu
Masa: 9 pagi




PROGRAM PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN REPLIKA MERCU TANDASempena Bulan Kebangsaan 2026 🇲🇾Alhamdulillah, program penyam...
18/09/2026

PROGRAM PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN REPLIKA MERCU TANDA
Sempena Bulan Kebangsaan 2026 🇲🇾

Alhamdulillah, program penyampaian hadiah Pertandingan Replika Mercu Tanda Sempena Bulan Kebangsaan telah berlangsung dengan jayanya pada:

📅 15 September 2026 (Selasa)
⏰ 9.00 malam
📍 Pusat Komuniti KRT Seksyen 6, Bandar Rinching

🎤 Pada malam yang sama turut diadakan Pertandingan Karaoke Lagu Patriotik untuk kanak-kanak dari kelab kompang sahaja sekadar untuk memeriahkan suasana dan memberi peluang kepada anak-anak mencuba bakat serta tampil dengan penuh keyakinan.

🎁 Hadiah turut disediakan untuk para peserta kanak-kanak sebagai tanda penghargaan dan galakan atas penyertaan mereka.

👏 Tahniah dan syabas kepada semua peserta pertandingan mercu tanda dan anak-anak yang mengambil bahagian. Terima kasih juga kepada semua AJK, ibu bapa dan penduduk yang hadir serta membantu menjayakan program.

🇲🇾 Semoga program sebegini dapat terus menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan semangat kejiranan dalam kalangan penduduk Seksyen 6.

Terima kasih atas sokongan semua.
🌷 Bersama Kita Meriahkan Komuniti 🌷



Penubuhan kelab kompang KRT Seksyen 6 Bandar Rinching alhamdulillah dapat sambutan ramai dari kalangan kanak-kanak dan R...
18/09/2026

Penubuhan kelab kompang KRT Seksyen 6 Bandar Rinching alhamdulillah dapat sambutan ramai dari kalangan kanak-kanak dan Remaja
Anak-anak akan di beri latihan dan tunjuk ajar oleh tenaga pengajar terdiri dari barisan Ajk KRT setiap hari Jumaat dan Sabtu dari jam 9 malam hingga 11 malam. Latihan minggu pertama

Hari:Sabtu
Tarikh :12/9/26




Alhamdulillah selesai mesyuarat bersama pemimpin pemimpin taman di seksyen 6 untuk membincangkan gotong-royong perdana y...
16/09/2026

Alhamdulillah selesai mesyuarat bersama pemimpin pemimpin taman di seksyen 6 untuk membincangkan gotong-royong perdana yang telah di tetap kan tarikh pada 26 September 2026 semperna cuci cuci Malaysia dengan kehadiran

En. Latif bin Ramly – Pengerusi KRT Seksyen 6
• En. Mazli bin Abdul Manap – Pengerusi Surau Istiqamah
• Imam Saffairus Bin Salih – Timbalan Pengerusi Surau Istiqamah
• Pn. Norashikin – Setiausaha KRT Seksyen 6
• Pn Norlela- Bendahari KRTS6
• En Taha -Bendahari Surau Istiqomah
• Imam Rafi Ahmad – Imam 1 Surau Istiqamah

•En Muhammad Ridzuan bin Zainal Abidin
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
PKD Hulu Langat

📅 Tarikh: 11 September 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 9.00 malam
📍 Tempat: Pusat Komuniti KRT Seksyen 6

📋 AGENDA MESYUARAT:

1️⃣ Ucapan alu-aluan Pengerusi
2️⃣ Perancangan Program Gotong-Royong Perdana Seksyen 6 Tahun 2026
3️⃣ Pembahagian tugas dan gerak kerja program
4️⃣ Hal-hal lain

Mesyuarat telah selesai pada jam 11 malam



Alhamdulillah, Program Maulidur Rasul Seksyen 6 Berselawat telah berjaya dilaksanakan pada 25 Ogos 2026 (Selasa) bertemp...
28/08/2026

Alhamdulillah, Program Maulidur Rasul Seksyen 6 Berselawat telah berjaya dilaksanakan pada 25 Ogos 2026 (Selasa) bertempat di Surau Istiqamah, Seksyen 6 Bandar Rinching.

Program bermula pada jam 7.30 pagi dengan pendaftaran dan sarapan pagi, diikuti perarakan ahli kariah, Solat Dhuha serta ceramah yang disampaikan oleh PU. Mohsin Ahmad. Program kemudiannya diakhiri dengan cabutan bertuah dan jamuan makan.

Program ini diadakan bagi menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW, mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk dan ahli kariah Seksyen 6. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada para peserta.

“Luangkan sedikit masa, demi ibadat sepanjang usia.” 🌹


☕PROGRAM SANTAI SECAWAN KOPI – JALINAN PERMUFAKATANAlhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Santai Secawa...
23/08/2026

☕PROGRAM SANTAI SECAWAN KOPI – JALINAN PERMUFAKATAN

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Santai Secawan Kopi – Jalinan Permuafakatan anjuran SMK Bandar Rinching pada 22 Ogos 2026 (Sabtu) bertempat di Dewan Puspa Budi, SMK Bandar Rinching.

Program yang bermula pada jam 7.30 pagi ini merupakan satu platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, membina jaringan kerjasama serta memperkukuhkan hubungan antara pihak sekolah dengan komuniti setempat.

Program turut dihadiri oleh Pengerusi KRT Seksyen 6 Bandar Rinching, En. Latip bin Ramli, sebagai wakil komuniti KRT.

Suasana santai sambil menikmati secawan kopi telah memberi peluang kepada para tetamu dan komuniti untuk beramah mesra, bertukar pandangan serta membincangkan usaha-usaha ke arah mewujudkan kerjasama yang lebih erat antara pihak sekolah dan komuniti.

🤝 Semoga jalinan permuafakatan yang terjalin ini dapat diteruskan dan diperkukuhkan demi manfaat bersama serta kesejahteraan komuniti.

Tahniah dan terima kasih kepada pihak SMK Bandar Rinching atas penganjuran program yang sangat bermakna ini. 🌷

PERJUMPAAN & PERBINCANGAN KRT SEKSYEN 6Alhamdulillah, telah berlangsung satu perjumpaan bersama En. Zulkifli bin Ridzuan...
23/08/2026

PERJUMPAAN & PERBINCANGAN KRT SEKSYEN 6

Alhamdulillah, telah berlangsung satu perjumpaan bersama En. Zulkifli bin Ridzuan, Ahli Majlis Zon 22, bagi membincangkan beberapa isu berkaitan kebersihan di Seksyen 6 Bandar Rinching.

Antara perkara yang dibincangkan ialah:

🗑️ Masalah longgokan sampah kebun yang dibuang oleh penduduk di beberapa kawasan.

🤝 Perbincangan bersama En. Zulkifli bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut.

🌿 Cadangan mengadakan Program Gotong-Royong Perdana di Seksyen 6 bagi membersihkan kawasan dan mengatasi masalah longgokan sampah.

👥 Turut hadir:
• En. Latip bin Ramli – Pengerusi KRT
• Timbalan Pengerusi KRT
• 2 orang AJK KRT

Mesyuarat dan perbincangan telah berlangsung dalam suasana yang baik dan membina demi menjaga kebersihan serta keselesaan penduduk Seksyen 6.

📅 Tarikh: 17 Ogos 2026 (Isnin)
⏰ Mesyuarat berakhir: 11.30 malam

Semoga hasil perbincangan ini dapat membawa kepada penyelesaian yang terbaik dan menjadikan Seksyen 6 lebih bersih, ceria dan selesa untuk semua. 🌿🏡

Terima kasih En. Zulkifli atas kesudian meluangkan masa dan memberikan perhatian terhadap masalah penduduk. Alhamdulillah masalah longgokan sampah dapat diselesaikan.

🏆⚽ ALHAMDULILLAH, SELESAI SUDAH PERTANDINGAN BOLA SEPAK 5 SEBELAH ⚽🏆Alhamdulillah, telah berlangsung Pertandingan Bola S...
22/08/2026

🏆⚽ ALHAMDULILLAH, SELESAI SUDAH PERTANDINGAN BOLA SEPAK 5 SEBELAH ⚽🏆

Alhamdulillah, telah berlangsung Pertandingan Bola Sepak 5 Sebelah anjuran Persatuan Penduduk.

📅 Tarikh: 16 Ogos 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 8.00 pagi
⚽ Kategori: Kanak-kanak 12 tahun ke atas & Dewasa

Pertandingan ini melibatkan pasukan Surau & KRT serta beberapa kumpulan lain dalam suasana yang meriah, sihat dan penuh semangat kesukanan. 🤝⚽

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat kepada pasukan krt anda boleh menang kalah adat permainan.
Terima kasih kepada peserta,serta para penyokong yang telah memberikan kerjasama dan memeriahkan program.

Alhamdulillah, program berjalan lancar 🌹




Address

9-G, Jln Puteri 2A/3, Bandar Bukit Mahkota
Kajang
43000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Seksyen 6 Bandar Rinching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share