31/08/2026
ππππππππ ππππ ππππππππππ ππ-ππ
ππππππππ ππππππ: πππππππππππππ πππππππππ
π²πΎ PUTRAJAYA, 31 OGOS 2026 π²πΎ
Semangat patriotisme dan kecintaan kepada tanah air terus disemarakkan menerusi Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 yang berlangsung penuh gemilang di Dataran Putrajaya.
Sambutan bersejarah ini diserikan dengan keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, serta kehadiran YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama barisan Jemaah Menteri.
Jabatan Penjara Malaysia turut mengambil bahagian dengan penyertaan kontinjen seramai 150 orang pegawai dan anggota, sebagai lambang kesatuan, disiplin dan profesionalisme warga koreksional. Kontinjen turut diiringi oleh Pasukan Pancaragam Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka, selain mempersembahkan aset Jabatan dan keupayaan Unit Anjing Pengesan (K9).
Turut hadir menyemarakkan sambutan ialah YBrs. TKJP Hafidz bin Othman, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan) Yang Menjalankan Tugas Komisioner Jeneral Penjara, bersama isteri, serta barisan kepimpinan kanan dan pegawai Jabatan Penjara Malaysia.
Seiring tema βMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiβ, sambutan ini menjadi wadah untuk memperkukuh semangat perpaduan, menyemarakkan jiwa patriotisme dan menghayati erti sebenar kemerdekaan.
Dari balik tirai besi hingga ke pentas perbarisan, semangat Merdeka terus menyala.
Selamat Hari Kebangsaan Ke-69! π²πΎ
π΄πππππππ π΄ππππ π²πππ π©ππππππ.
π»ππππ π»πππππ π«ππππ π²π πΊπππππππ. π²πΎ