19/04/2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput saya selaku Ahli Majlis MPKj Zon 10 ke Majlis Rumah Terbuka di Impian Indah, Saujana Impian.
Majlis seperti ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim sesama penduduk, malah menjadi platform yang baik untuk memperkukuh semangat kejiranan dalam komuniti kita.
Turut saya raikan dan ucapkan terima kasih atas kehadiran YB Parlimen Bangi, YB Syahredzan Johan, yang turut sama memeriahkan majlis ini dengan kehadiran beliau.
Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga ukhuwah dan perpaduan yang terjalin akan terus berkekalan.
Sekian, terima kasih.
03/03/2025
ISNIN | 3 MARCH 2025
Dimaklumkan bahawa sebuah lori kren telah melalui jalan Taman Delima - SMAP petang tadi dan telah melanggar wayar yang berada di lokasi tersebut. Kejadian ini telah menyebabkan kesesakan lalu lintas, terutamanya ketika Bazar Ramadan Taman Delima sedang sibuk.
Ahli Majlis MPKJ Zon 10, Tuan Muhammad Nashriq Bin Zailan, telah turun ke tempat kejadian dan membantu dalam menyelesaikan masalah yang berlaku.
Kerjasama semua pihak dalam menangani situasi ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
26/01/2025
Ahad | 26 January 2025
Tuan Muhammad Nashriq bin Zailan, Ahli Majlis MPKJ Zon 10, telah menghadiri satu program gotong-royong anjuran Persatuan Penduduk Taman Sekamat Jaya. Dalam program tersebut, Tuan Nash berkesempatan memberikan penerangan mengenai pelbagai bentuk bantuan yang tersedia di negeri Selangor bagi manfaat komuniti setempat.
Sebagai tanda sokongan, beliau turut menyumbangkan khemah serta sedikit juadah untuk menjayakan program tersebut. Kehadiran dan sumbangan beliau sangat dihargai oleh penduduk setempat, sekaligus mencerminkan komitmen beliau dalam memperkukuhkan semangat kerjasama dan kebersamaan dalam komuniti.
31/12/2024
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Saya, Tuan Muhammad Nashriq bin Zailan, Ahli Majlis MPKJ, ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2025 kepada seluruh warga komuniti.
Semoga tahun baru ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik, serta kejayaan yang berpanjangan buat kita semua. Marilah kita terus bersatu hati, memupuk semangat perpaduan, dan bersama-sama membangunkan komuniti yang lebih progresif dan harmoni.
Terima kasih atas sokongan anda semua, dan saya berjanji untuk terus berkhidmat demi kesejahteraan rakyat.
Selamat menyambut tahun baru dengan azam yang baru!
Yang ikhlas,
Tuan Muhammad Nashriq bin Zailan
Ahli Majlis MPKJ
31/10/2024
Setiap lampu yang menyala bukan sekadar cahaya, tetapi juga harapan untuk dunia yang lebih baik. Mari kita menjadi pembawa cahaya dalam kehidupan kita dan orang lain. Happy Deepavali!
16/10/2024
Terima kasih Masjid Kariah Sg Sekamat kerana sudi menjemput saya.
13/08/2024
PROGRAM KAJANG BERSIH KAJANG DIHATI ANJURAN PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN KAJANG