10/07/2026
JOM SERTAI BENGKEL PUISI – WANITA BERDAYA, WANITA BERDIKARI! 🌸
Adakah anda meminati dunia penulisan dan ingin menghasilkan puisi yang indah serta penuh makna? Inilah peluang terbaik untuk menimba ilmu bersama SISO KOPRATASA, pengajar berpengalaman dalam bidang penulisan puisi.
📅 Tarikh: 19 Julai 2026 (Ahad)
Tempat: Perpustakaan Awam Cawangan Kajang, Metro Avenue Kajang (Berdekatan Bangunan MPKj)
👥 Penyertaan adalah PERCUMA dan TERHAD kepada 30 peserta sahaja, dibahagikan kepada dua sesi:
🟢 SESI 1 – KATEGORI AWAM (TERBUKA DARI UMUR 18 TAHUN KE ATAS)
🕣 8.30 pagi – 12.30 tengah hari
👤 Terhad kepada 15 orang peserta
🟣 SESI 2 – PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
🕧 12.30 tengah hari – 4.00 petang
👤 Terhad kepada 15 orang pelajar
✨ Antara pengisian bengkel:
✅ Asas penulisan puisi yang kreatif dan berkesan
✅ Teknik mengolah idea, emosi dan bahasa yang puitis
✅ Bimbingan secara praktikal daripada pengajar berpengalaman
✅ Peluang mencungkil bakat serta meningkatkan keyakinan diri dalam berkarya
📲 Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR pada poster atau tekan link di bawah. Penyertaan adalah berdasarkan konsep "Siapa Cepat, Dia Dapat!"
Linik pendaftaran: https://forms.gle/94GA7PpWLc6juxMa7
Terima kasih
Penyelia PWB DUN Kajang