31/08/2026
SETULUS PENGHARGAAN, SEINDAH KENANGAN..
Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Kampung Teras Jernang
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, selesai sudah Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Kampung Teras Jernang dengan penuh kemeriahan, semangat patriotik dan paling utama semangat kebersamaan seluruh warga kampung..
Sebagai Ketua Kampung, hati saya benar-benar terharu dan tersentuh melihat begitu ramai yang hadir, membantu dan memberikan sokongan tanpa mengira penat dan masa..
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:
π· Kumpulan Wanita Islam pimpinan Pn. Zaliza Baharom Ija yang begitu ikhlas membantu menyediakan jamuan untuk para tetamu dan peserta..
π€ Tn. Hj. Mazwan Johar, Penyelaras DUN Sg. Ramal yang sudi hadir dan merasmikan program, sekaligus memberikan sokongan kepada usaha komuniti Kampung Teras Jernang..
π Tn. Hj. Bukhari Bachok, Ahli Majis Mpp Zon 16, Mpkj yang sentiasa memberikan sokongan tanpa henti, daripada persiapan sehinggalah selesai penilaian para peserta.. Sokongan dan komitmen beliau amat kami hargai..
β€οΈ Tn. Farhan Haziq yang banyak menyumbang dan membantu menjayakan program ini.. Terima kasih atas keikhlasan dan sokongan yang diberikan..
ποΈ Team Rider yang turut hadir memeriahkan suasana dengan semangat dan kecintaan terhadap komuniti serta tanah air..
π₯ Team Klinik Cherang Bangi yang turut bersama memberikan perkhidmatan dan sokongan dalam aspek kesihatan kepada warga kampung..
π Para peniaga Food Court Teras Jernang yang bertungkus-lumus menghias gerai masing-masing sehingga menceriakan lagi suasana sambutan.. Kreativiti dan semangat anda semua memang terbaik!!!
π²πΎ Anak-anak cilik Kampung Teras Jernang yang hadir dengan pakaian seragam patriotik yang comel-comel.. Kehadiran kalian benar-benar menceriakan majlis dan menjadi simbol harapan generasi Malaysia masa hadapan..
Dan yang paling utama, jutaan terima kasih kepada seluruh AJK JPKK Kampung Teras Jernang..
Daripada hari pertama persiapan sehinggalah ke saat akhir majlis, anda semua tidak pernah berhenti bekerja.. Ada yang menguruskan pentas, teknikal, pendaftaran, pertandingan, makanan, keselamatan, kebersihan dan pelbagai lagi perkara yang mungkin tidak kelihatan di mata orang ramai..
Kalianlah tulang belakang kepada kejayaan program ini.
Mungkin tidak semua penat lelah dapat disebut satu persatu, tetapi percayalah, setiap keringat dan pengorbanan kalian amat kami hargai..
Sesungguhnya, kemeriahan malam ini bukan kerana hebatnya sebuah program, tetapi kerana kuatnya semangat kekeluargaan dan silaturahim warga Kampung Teras Jernang..
Kita mungkin berbeza latar belakang, tetapi apabila kita bersatu atas nama komuniti dan Malaysia, kita mampu mencipta sesuatu yang luar biasa..
Terima kasih kerana menjadikan sambutan Hari Kebangsaan kali ini satu kenangan yang begitu bermakna..
Semoga semangat kebersamaan, gotong-royong, persaudaraan dan kasih sayang sesama penduduk terus subur di Kampung Teras Jernang..
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! π²πΎπ²πΎπ²πΎ
Daripada lubuk hati,
TERIMA KASIH WARGA KAMPUNG TERAS JERNANG.
Kalian semua adalah kebanggaan kami. β€οΈ