Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kajang

Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kajang

Share

LAMAN RASMI BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK IPD KAJANG

26/05/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita sekali lagi diberi kesempatan menyambut Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini.

Saya serta isteri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga PDRM khususnya warga Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik serta seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.

Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab. Semangat inilah yang perlu terus diterapkan dalam setiap tugas dan perkhidmatan yang kita galas demi keselamatan, kesejahteraan dan keamanan negara.

Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pegawai serta anggota yang tetap bertugas sepanjang musim perayaan demi memastikan kelancaran lalu lintas, keselamatan pengguna jalan raya dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara. Pengorbanan anda semua amat dihargai dan disanjung tinggi.

Saya menyeru kepada seluruh pengguna jalan raya agar sentiasa berhemah, mematuhi undang-undang dan mengutamakan keselamatan ketika p**ang ke kampung halaman bersama keluarga tercinta.

Semoga sambutan Aidiladha kali ini membawa keberkatan, mengeratkan silaturahim serta memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan kita semua.

Selamat Hari Raya Aidiladha.
Maaf Zahir dan Batin.

Photos from Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kajang's post 25/05/2026

OP KHAS BERSEPADU BSPTD KAJANG BERSAMA JPJ DAN AADK DI TERMINAL BAS HENTIAN KAJANG.

Pada 25/05/2026 Bahagian Siasaatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), IPD Kajang telah mengadakan Op Khas Bersepadu di terminal bas Hentian Kajang bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi memastikan keselamatan penumpang serta kelancaran perjalanan sempena musim perayaan Hari Raya Aidiladha.

Pemeriksaan dijalankan sebelum bas memulakan perjalanan melibatkan semakan dokumen bas ekspres, lesen dan dokumen pemandu, pemeriksaan teknikal kenderaan serta pemantauan pematuhan syarat operasi bas ekspres.

Turut dijalankan pemeriksaan dan pemantauan berkaitan penyalahgunaan dadah dalam kalangan pemandu bas oleh pihak AADK.

Operasi ini bertujuan memastikan setiap pemandu dan kenderaan berada dalam keadaan selamat, mematuhi peraturan serta menjamin keselamatan pengguna jalan raya sepanjang musim perayaan.





06/05/2026

OP DIDIK BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK (BSPTD) KAJANG

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Kajang telah melaksanakan Op Didik di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Kesuma sebagai usaha berterusan dalam meningkatkan kesedaran serta pematuhan terhadap undang-undang jalan raya dalam kalangan masyarakat.

Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 21 saman (POL 257) telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada cermin sisi, tiada nombor pendaftaran, aksesori tidak sempurna serta memandu tanpa lesen yang sah. Dalam tempoh yang sama, seramai 41 penunggang motosikal melibatkan pelajar, ibu bapa dan penjaga telah diperiksa.

Selain penguatkuasaan, pendekatan pendidikan dan pencegahan turut diberi penekanan dengan penyampaian nasihat serta penerangan kepada para pelajar mengenai kepentingan memiliki lesen memandu yang sah dan mematuhi peraturan lalu lintas.

PDRM ingin menegaskan bahawa ibu bapa dan penjaga bertanggungjawab memastikan anak-anak tidak memandu kenderaan tanpa lesen yang sah. Tindakan tersebut bukan sahaja melanggar undang-undang, malah berpotensi mengundang risiko kemalangan yang boleh mengancam nyawa. Para pelajar p**a diingatkan agar sentiasa berdisiplin dan mematuhi undang-undang jalan raya demi keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain.

“Melentur buluh biarlah dari rebungnya.”






Photos from Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kajang's post 01/05/2026

Pada 30/04/2026 Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Kajang telah menjalankan satu Operasi Motosikal di sekitar Seksyen 1 Bandar Baru Bangi susulan aduan awam berkaitan aktiviti samseng jalanan melibatkan pelajar sekolah.

Hasil operasi, (2) pelajar lelaki berusia 13 dan 15 tahun telah ditahan kerana menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya termasuk melakukan aksi “wheelie” di jalan awam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain. Jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjarakan tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih RM 15,000.

Pihak Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu termasuk pelajar yang terlibat dalam aktiviti samseng jalanan. Tindakan tegas akan diambil tanpa mengira umur. Ibu bapa dan penjaga dinasihatkan supaya memantau pergerakan anak-anak serta tidak membenarkan mereka menunggang motosikal tanpa lesen memandu yang sah.





Photos from Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kajang's post 26/04/2026

OPERASI SAMSENG JALANAN BSPTD KAJANG

Pada 26/04/2026 jam lebih kurang 0100hrs, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD), Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah menjalankan Operasi Samseng Jalanan di Plaza Tol Lebuhraya Kajang Selatan susulan daripada aduan orang awam berkenaan aktiviti “mat rempit” serta gangguan bunyi ekzos.

Hasil operasi, sebanyak 30 buah motosikal telah disita dan 68 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Penunggang yang terlibat adalah berumur antara 17 hingga 28 tahun.

Dalam operasi ini, seramai 3 penunggang motosikal telah ditangkap atas kesalahan menunggang melawan arus dan 1 tangkapan dibuat atas kesalahan mempamerkan nombor pendaftaran palsu.

Pihak polis memandang serius kegiatan samseng jalanan yang bukan sahaja mengganggu ketenteraman awam, malah membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain. Keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab bersama, dan sebarang perbuatan melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan sewajarnya.





10/04/2026

Pada 10 April 2026, pihak BSPTD Kajang telah menerima satu aduan awam berkenaan tingkah laku sekump**an pelajar yang menunggang motosikal secara berbahaya serta membuat bunyi bising di sekitar kawasan taman perumahan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Reko di Taman West Country, Kajang.

Berikutan aduan yang diterima, pihak BSPTD Kajang telah menjalankan pemeriksaan seramai 72 individu dan 72 buah motosikal telah diperiksa. Sebanyak 12 buah motosikal telah disita atas kesalahan penunggang motosikal tidak mempunyai lesen memandu yang sah dan ubah suai kenderaan. Pihak BSPTD Kajang telah mengeluarkan 47 keping saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas termasuk tiada lesen memandu, pengubahsuaian ekzos, cukai jalan tamat tempoh serta lain-lain kesalahan teknikal kenderaan.

Op Didik Trafik ialah pendekatan pencegahan awal untuk bentuk generasi pengguna jalan raya yang selamat dan patuh undang-undang.

BSPTD Kajang memberi amaran tegas bahawa sebarang aktiviti menunggang motosikal secara berbahaya, membuat bising serta apa-apa pelanggaran undang-undang jalan raya akan dikenakan tindakan tanpa kompromi demi memastikan keselamatan awam dan ketenteraman penduduk setempat sentiasa terpelihara.





22/03/2026

Pada 22 Mac 2026, BSPTD Kajang telah menerima aduan awam berkenaan aktiviti lumba haram di Jalan Setia Mayuri, Semenyih. Sehubungan itu, pihak BSPTD Kajang telah melaksanakan Op Samseng Jalanan dan Cegah Jenayah di lokasi aduan tersebut.

Tindakan pemeriksaan dan penguatkuasaan telah dijalankan terhadap individu serta kenderaan yang berkumpul di lokasi berkenaan.

Seramai 24 individu dan 18 buah motosikal telah diperiksa, manakala sebanyak 46 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas termasuk tiada lesen memandu, pengubahsuaian ekzos, cukai jalan tamat tempoh serta lain-lain kesalahan teknikal kenderaan.

BSPTD Kajang memberi amaran tegas bahawa sebarang aktiviti lumba haram dan pelanggaran undang-undang jalan raya akan dikenakan tindakan tanpa kompromi demi memastikan keselamatan awam dan ketenteraman pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.






19/03/2026

KEMPEN KESELAMATAN JALANRAYA GRANDSAGA SEMPENA OP SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2026 BERSAMA BSPTD KAJANG

18 Mac 2026 - Telah berlangsung Kempen
Keselamatan Jalanraya Grandsaga bersama YDH Mohd Irwan Bin Abdul Rahim, Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kajang sempena OP Selamat 26 Hari Raya Aidilfitri.

"Pandu Cermat, Selamat Sampai Ke Destinasi"
"Keselamatan Diutamakan"
"Kongsi Perjalanan Kongsi Keselesaan"






19/03/2026

Ramadan menyatukan jiwa dan tanggungjawab. BSPTD Kajang mengadakan Majlis Iftar bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim UMMI & WALED Selangor sambil berkongsi rezeki dan ilmu keselamatan jalan raya, sebagai usaha mendekati masyarakat, menyemai kesedaran dan membina generasi pengguna jalan raya yang lebih berhemah.





16/02/2026

KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA OP SELAMAT KE-25 OLEH BSPTD KAJANG

BSPTD Kajang bersama pasukan pemantau Op Selamat Ke-25 dari JSPT Bukit Aman telah melaksanakan program advokasi keselamatan jalan raya dengan memberi nasihat serta peringatan kepada pengguna jalan raya agar memandu secara berhemah dan cermat.

Selain itu, risalah-risalah berkaitan kempen keselamatan jalan raya turut diedarkan kepada orang awam sebagai langkah meningkatkan kesedaran dan memupuk budaya pemanduan yang selamat sepanjang tempoh operasi ini.





Want your business to be the top-listed Government Service in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


BSPT IPD KAJANG
Kajang
43000