03/06/2026
Malaysian Institute of Road Safety Research
Official account of the Malaysian Institute of Road Safety Research & ASEAN Road Safety Centre. Empowering #SocMed for the betterment of #RoadSafety & society.
iRAP Center of Excellence
03/06/2026
31/05/2026
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
SULTAN IBRAHIM
sempena
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku
pada
1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H
sembah takzim
daripada Barisan Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga kerja MIROS.
30/05/2026
Selamat menyambut Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha. Semoga sambutan yang penuh bermakna ini membawa kedamaian, kebahagiaan dan kesejahteraan buat anda sekeluarga.
Ikhlas daripada Barisan Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga kerja MIROS.
Raikan dengan harmoni dan sentiasa utamakan keselamatan di jalan raya.
KP Miros
26/05/2026
26/05/2026
Makna pengorbanan bukan sekadar ibadah, tetapi juga tentang bagaimana kita menjaga hubungan sesama manusia, termasuklah ketika berada di jalan raya.
Bertolak ansur, sabar menempuh kesesakan, dan mematuhi peraturan jalan raya juga adalah satu bentuk 'pengorbanan' kecil demi keselamatan semua.
Dalam perjalanan pulang bertemu keluarga tercinta, pandulah dengan berhemah, patuhi peraturan jalan raya serta pastikan diri mendapat rehat yang mencukupi dan kenderaan berada dalam keadaan terbaik sebelum memulakan perjalanan.
Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh rakyat Malaysia, ikhlas daripada kami di MIROS.
KP Miros
22/05/2026
Tuan-tuan dan Puan-puan, adakah kawasan komuniti anda memerlukan inisiatif keselamatan jalan raya yang lebih mantap? Inilah peluangnya!
Sertai Pertandingan Inisiatif KITARA (Komuniti Selamat di Jalan Raya) anjuran MIROS dan rebut peluang untuk memenangi ganjaran berjumlah RM5,000!
Ganjaran ini boleh digunakan untuk menjalankan program keselamatan jalan raya khusus di komuniti anda sendiri. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk membawa perubahan positif!
Terbuka khas kepada JPKK dan JPKKP sahaja.
Imbas kod QR pada poster dan dapatkan maklumat lanjut melalui pautan tersebut.
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi: Pn. Afifah 03-89249200 (samb. 305) / [email protected]
Langkah kecil kita hari ini, menyelamatkan nyawa di masa depan.
Ayuh daftar sekarang sebelum 30 Jun 2026!
KP Miros
22/05/2026
Panggilan terakhir kepada semua pelajar IPTA & IPTS di Malaysia!
Anda mahu memberi impak dalam kesedaran keselamatan jalan raya? Inilah masanya!
Sertai Pertandingan Video Pendek Keselamatan Jalan Raya KITARA: Suara Belia anjuran MIROS dan rebut peluang untuk memenangi hadiah wang tunai:
Hadiah Utama: RM 10,000
Tempat Kedua: RM 7,000
Tempat Ketiga: RM 5,000
Tempat Ke-4: RM 3,000
Tempat Ke-5: RM 2,000
5x Hadiah Saguhati: RM 1,000 setiap satu
Tarikh Tutup Pendaftaran: 25 Mei 2026
Cara Sertai: Imbas kod QR pada poster atau layari www.sites.google.com/miros.gov.my/kitara/ untuk syarat penuh dan pendaftaran.
Jom tunjukkan kreativiti anda dan jadilah agen perubahan keselamatan jalan raya untuk kita semua.
Daftar sekarang!
KP Miros
21/05/2026
19 Mei 2026, Kuantan - MIROS telah menyempurnakan Program KITARA @ Komuniti Negeri Pahang bersama Tok Empat JPKK Kuantan bertempat di Dewan Blok C, SUK, Wisma Sri Pahang.
Program ini yang disokong oleh Global Road Safety Partnership bertujuan memperkasakan wakil komuniti dengan pengetahuan dan kemahiran keselamatan jalan raya dengan topik seperti Kelajuan, Topi Keledar, Persimpangan, dan Pejalan Kaki.
Para peserta turut diperkenalkan dengan Panduan KITARA, sebuah sumber rujukan yang dibangunkan untuk membantu mereka melaksanakan program keselamatan jalan raya secara sistematik di kawasan komuniti masing-masing.
Program ini disempurnakan oleh YB Dato' Ir. Razali bin Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, dengan kehadiran YBrs. Ir. Ts. Azhar bin Hamzah, Pengarah Pusat Faktor Manusia dan Tingkah Laku Pengguna Jalan Raya, MIROS; YBrs. Tuan Ts. Azrul bin Bakhtiar, Ketua Penolong Setiausaha (Sektoral), Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang; YBrs. Encik Nazrifairuz bin Mahmod, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Bahagian Pembangunan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan, dan juga pegawai-pegawai lain yang turut hadir.
Terima kasih atas komitmen Tok Empat semua, Bahagian Pembangunan Ekonomi Negeri Pahang, Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan serta semua yang hadir. Semoga ilmu yang diperolehi dapat diterjemahkan kepada tindakan untuk menjadikan komuniti kita lebih selamat.
KP Miros Global Road Safety Partnership
19/05/2026
KERTAS KONSULTASI AWAM (P*P)
Pembangunan Pelan Hala Tuju Kenderaan Berautonomi (Autonomous Vehicle, AV) di Malaysia
📌 Tarikh tutup maklum balas: 31 Jun 2026
📱 Imbas kod QR atau klik pautan untuk maklum balas: https://forms.gle/t4oSrNs9gte2e3kRA
Ayuh sertai konsultasi ini dan bersama-sama menyumbang kepada masa depan mobiliti negara.
-----------------------------------------------------------
PUBLIC CONSULTATION PAPER (P*P) ANNOUNCEMENT
Development of the Autonomous Vehicle (AV) Roadmap in Malaysia
📌 Closing date for feedback: 31 June 2026
📱 Scan the QR code to access link, submit your feedback: https://forms.gle/iftQwPzZXkFntYSc7
Join this consultation and contribute to shaping the future of mobility in Malaysia.
KP Miros
19/05/2026
KENYATAAN MEDIA / MEDIA RELEASE
19 MEI 2026
MIROS PELAWA MAKLUM BALAS AWAM BAGI PEMBANGUNAN PELAN HALA TUJU KENDERAAN BERAUTONOMI DI MALAYSIA / MIROS INVITES PUBLIC FEEDBACK ON THE DEVELOPMENT OF MALAYSIA’S AUTONOMOUS VEHICLE ROADMAP
Maklumat lanjut boleh layari laman sesawang MIROS : https://www.miros.gov.my/kenyataan-media
KP Miros
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Kajang
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |
