CDERT Adika Team

CDERT Adika Team

Share

Civil Defence Emergency Response Team - Adika Team ( CDA08 )

Photos from CDERT Adika Team's post 27/12/2025

19 Disember 2025 | Jumaat

LAWATAN CDA-ERT ADIKA TRAVEL & TOUR SDN. BHD. KE ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA DAERAH LANGKAWI.

Lawatan CDA-ERT ADIKA TRAVEL & TOUR SDN. BHD. ke Angkatan Pertahanan Awam (APM) Langkawi telah diadakan sempena Hari Keluarga Team ADIKA yang berlangsung di Pulau Langkawi. Program ini merangkumi pelbagai aktiviti bersama APM Langkawi termasuk lawatan ke Menara Penyelamat Pantai, lawatan ke Pejabat Kompleks Angkatan Pertahanan Awam, serta demonstrasi pengendalian ular oleh anggota PKOD yang mempunyai sijil kursus pengendalian ular.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak APM Lamgkawi atas kerjasama yang diberikan. Diharapkan program seumpama ini dapat mengeratkan hubungan serta memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.











03/11/2025

Sekalung tahniah dan Selamat datang diucapkan kepada YAS KPj. (PA) Tuan Mohammad Abiddin bin Abd Rahman atas pelantikan sebagai Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang mula berkuatkuasa pada 03 November 2025 (Isnin).

Ucapan ikhlas daripada Komandan & Timbalan Komandan serta seluruh anggota CDA Team Adika

Adika Travel & Tour
*

Photos from CDERT Adika Team's post 29/10/2025

29/10/2025
Majlis Penyerahan Watikah Pegawai Kehormat/Bersekutu, Sijil Kenaikan Pangkat Pegawai Tak Bertauliah dan Anugerah Bintang, Pingat, Reben Perkhidmatan Peringkat APM Negeri Terengganu..

Tahniah kepada Kapten Bersekutu (PA) Muhamad Afiq selaku Ketua Pegawai Kewangan Adika Travel & Tour Sdn Bhd yang di Tauliahkan sebagai Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Malaysia .

Sekalung tahniah juga buat Kapten Bersekutu (PA) Mohd Ady Fairo selaku komandan CDA Adika Team yang telah menerima Sijil Penghargaan Pertahanan Awam ( SPPA )…

Majlis diserikan dengan kehadiran YAS Datuk Kpj (PA) Aminurrahim Bin Mohamed , Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, turut hadir YS (PA) Mohd Zul Khairi Bin Shamsuddin, Pengarah APM Negeri Terengganu, Timb Pengarah APM Negeri Terengganu , Pegawai-pegawai APM Negeri Terengganu serta anggota-anggota APM Negeri Terengganu.

25/09/2025

Sekalung tahniah diucapkan kepada YAS TPj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) atas kenaikan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Pertahanan Awam.

Ikhlas daripada Kapten Bersekutu ( PA ) Mohd Ady Fairo Bin Hanaffiah dan seluruh anggota CDA (CDERT-ERT Team Adika ) .

24/09/2025

Datuk Haji Muhamad Chan bin Abdullah, Pengasas Restoran Mohd Chan meninggal dunia pada usia 72 tahun...

Photos from CDERT Adika Team's post 15/09/2025

Hari Malaysia 2025: Merentas laut, selat, dan gunung, kita tetap satu bangsa, satu negara.

Photos from CDERT Adika Team's post 14/09/2025




Komandan CDERT Adika Team, Kapten Bersekutu ( PA ) Mohd Ady Fairo Bin Hanaffiah telah hadir ke sambutan hari kemerdekaan peringkat Negeri Terengganu bagi mengiringi YS Tuan Pengarah APM Negeri Terengganu , YS Tuan Timb Pengarah APM Negeri Terengganu dan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Nerus, Terengganu. Turut hadir ke majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif Adika Travel & Tour , En Afiq.

Sungguh meriah sambutan hari kemerdekaan tersebut.

Photos from CDERT Adika Team's post 14/09/2025




Komandan CDERT Adika Team, Kapten Bersekutu ( PA ) Mohd Ady Fairo Bin Hanaffiah bersama 2 anggota CDERT Adika Team menerima jemputan dan telah hadir ke Latihan Ketahanan Mental Dan Fizikal Pegawai Tetap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Terengganu bagi tahun 2025 bertempat di Gunung Irau, Mossy Forest Cameron Highland, Pahang.

Komandan CDERT Adika Team telah berjaya menamatkan pendakian ke puncak Gunung Irau , ( 2110m a.p.l )

Turut hadir adalah Pengarah APM Negeri Terengganu dan Pegawai-pegawai tetap dan interim APM Negeri Terengganu…

Hebat2 semua pegawai APM Negeri Terengganu…

01/03/2025



Penyerahan bantuan bantal & toto untuk anggota Angkatan Pertahanan Awam Kuala Nerus, terengganu

Penyerahan tersebut telah di lakukan oleh Kapten Bersekutu ( PA ) Mohd Ady Fairo Bin Hanaffiah kepada Kapten ( PA ) Tuan Azulkarnain Bin Awang @ Abdul Aziz, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Nerus, Terengganu.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Zahid Hamidi
Jabatan Perdana Menteri

01/03/2025
Want your business to be the top-listed Government Service in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


No 6GF , Jalan 15/1A, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi
Kajang
43650