27/05/2026
Fajar Aidiladha Menyinsing Menyembah, Tanda Pengorbanan Hamba Yang Pasrah ๐๏ธ
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H daripada kami di Pejabat Pertanian Daerah Hulu Langat.
Buat seluruh warga tani dan masyarakat Hulu Langat, semoga semangat pengorbanan ini terus membakar azam kita untuk memberikan yang terbaik dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Semoga segala amal ibadah dan korban kita diterima di sisi Allah SWT.
26/05/2026
20 MEI 2026 | Shah Alam
๐๐ฆ๐ง๐๐๐๐๐ง ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐ฅ๐ก๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ง-๐ฃ๐๐ก๐๐๐ง ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฆ๐๐๐๐ก๐๐ข๐ฅ ๐๐๐ฅ๐จ๐ ๐๐๐ฆ๐๐ก
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Selangor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-80 Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Semoga pengurniaan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan cemerlang, berintegriti serta penuh dedikasi kepada masyarakat, agama, bangsa dan negeri Selangor Darul Ehsan.
Sekalung penghargaan dan tahniah turut dizahirkan kepada warga Pejabat Pertanian Daerah Hulu Langat yang menerima pengiktirafan atas jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan iaitu Mohd Risywan bin Rosli, penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).
Daulat Tuanku.
25/05/2026
๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
1.Mohd Firdaus Bin Ghazal, Batu 21 1/2 Hulu Langat โ Timun
2.Ibnu Harris Bin Hj Hassan Nasir, Sungai Lui Hulu Langat - Dusun Buah-Buahan
3.Green Valley Farm, TKPM Semenyih - Bendi
25/05/2026
๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐๐
- ๐๐ผ๐บ๐ฝ๐น๐ฒ๐ธ๐ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ต๐๐น๐ ๐ ๐๐ธ๐ถ๐บ ๐๐๐น๐ ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Satu mesyuarat penyelarasan program telah diadakan untuk membincangkan perjalanan program kerjasama di antara Pejabat Pertanian Daerah Hulu langat bersama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Dusun Tua. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Penghulu Mukim Hulu Langat turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat DUN Dusun Tua, Ahli Majlis, Ketua-Ketua Kampung dan Pengurus PPK Hulu Langat.
Pegawai Pertanian Daerah telah membentangkan cadangan pelaksanaan program yang akan diadakan pada 10 jun 2026 bertempat di Pusat 3P Jabatan Pertanian Batu 18 (Pusat Inkubator) kepada semua ahli mesyuarat dan membincangkan mekanisme agihan anak benih durian untuk tujuan penanaman semula di dusun.
20/05/2026
๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฆ๐ฒ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
1.Chan Kit Laing - Semenyih, Durian
2.Daniel Koh - Semenyih, Durian
3.RJ Agrotech - Cheras, Sayuran Berdaun
4.Ahmad Nazim - Beranang, Serai
5.Kebun Komuniti Bangi Avenue 3 - Bangi, Sayuran Berdaun
6.KZM Agro - Semenyih, Cili/Bendi
7.Abdul Aziz bin Jarap - Semenyih, Durian
8.Mohd Zuraidi - Semenyih, Bunga Kantan
Lawatan tapak myGAP (Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia) adalah proses pemeriksaan fizikal yang dikendalikan oleh pegawai Jabatan Pertanian Malaysia bagi mengesahkan pematuhan ladang sebelum sijil myGAP diluluskan atau diperbaharui.
20/05/2026
๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐:๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Satu Lawatan Audit Dalam telah dilaksanakan di Pejabat Pertanian Daerah Langat oleh 3 orang pegawai pemantau yang dipilih oleh Jabatan Pertanian Malaysia.
Prosedur lawatan audit dalam ini bertujuan untuk memastikan semua aktiviti yang terlibat dalam Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) diaudit mengikut perancangan bagi mengesahkan sistem tersebut berfungsi dengan berkesan dan tindak pembetulan, pencegahan serta penambahbaikan dapat dilaksanakan secara berterusan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat.
18/05/2026
Program Promosi Produk Anak Pokok Berkualiti โOutgrowerโ Bimbingan Jabatan Pertanian Siri 1/2026 serta Kursus Awam Cantuman Anak Pokok Durian anjuran Bahagian Pembangunan Industri Tanaman (BPIT) Selangor yang akan berlangsung pada 20 dan 21 Mei 2026 di Pusat Jualan Benih BPIT Serdang, Selangor.
Program ini merupakan kerjasama antara BPIT Selangor dan usahawan outgrower anak pokok bimbingan Jabatan Pertanian bagi menjayakan Jualan Promosi Harga Rahmah Anak Pokok buah-buahan, sayur-sayuran, herba serta produk tanaman dengan tawaran istimewa bermula serendah RM5.
Pelbagai jenis anak pokok berkualiti ditawarkan termasuk mangga, nangka, cempedak, rambutan dan banyak lagi pada harga berpatutan untuk peminat pertanian, pengusaha kebun serta orang ramai.
Lebih menarik, pengunjung turut berpeluang menyertai Kursus Awam Cantuman Mata Tunas Anak Pokok Durian secara PERCUMA melalui pendekatan hands-on bersama bimbingan pakar. Program ini sesuai untuk peminat tanaman yang ingin menambah ilmu dan mempelajari teknik cantuman secara praktikal.
Jangan lepaskan peluang ini. Datang beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan untuk mendapatkan anak pokok berkualiti sambil menimba ilmu pertanian secara langsung.
๐ Lokasi: Pusat Jualan Benih BPIT Serdang, Selangor
๐
Tarikh: 20 & 21 Mei 2026
15/05/2026
๐๐.๐๐.๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Antara projek yang dilawati ialah :
1. Projek Pemprosesan Serbuk Minuman
Puan Farannie bt Wahab, Taman Koperasi Cuepacs, Kajang
2. Projek Pemprosesan Bakeri
Puan Azila bt Shamsudin, Sg.Kantan, Kajang
Terima kasih kepada semua usahawan yang terlibat.
15/05/2026
๐๐.๐๐.๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐/๐๐๐๐๐/๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Kursus ini bertujuan bagi memberi pendedahan dan penerangan berkaitan prosedur dan keperluan pensijilan HALAL dan MeSTI kepada usahawan dan golongan sasar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar, Encik Mohd Azwan bin Abdull Aziz, Bahagian Pengurusan Halal JAIS dan Puan Shahlinee Vijaya Kumar, Pegawai Teknologi Makanan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat atas perkongsian ilmu yang bermanfaat serta kepada semua peserta yang telah hadir dan memberikan kerjasama sepanjang kursus berlangsung. Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan memberi impak positif kepada semua.