04/06/2026
🌙 REBUT GANJARAN BULAN ZULHIJJAH 🌙
“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya.”
Alhamdulillah, pembinaan Surau Al-Muttaqin kini hampir ke penghujung. Bangunan surau telah berdiri megah dan kini memasuki fasa akhir penyempurnaan.
Namun, kami masih memerlukan RM340,000 lagi untuk menyiapkan kemudahan penting seperti:
✅ Tar premix
✅ Landskap, pagar dan tiang lampu
✅ Tangga tambahan kawasan parkir belakang
✅ Pemasangan meter TNB & Air Selangor
✅ Urusan pihak berkuasa dan kerja-kerja berkaitan
🤲 Bayangkan setiap kali azan berkumandang, setiap saf solat berjemaah, bacaan al-Quran, majlis ilmu dan doa yang dipanjatkan di surau ini — insya-Allah pahala akan terus mengalir kepada para pewakaf dan penyumbang.
🏡 Surau ini bakal memberi manfaat kepada lebih 457 buah rumah dan ribuan jemaah untuk tahun-tahun mendatang.
Jangan lepaskan peluang meraih saham akhirat dalam hari-hari terbaik Zulhijjah ini.
💚 Wakaf. Infaq. Sedekah. Walau sedikit, besar nilainya di sisi Allah.
📢 Mohon jasa baik semua untuk LIKE, SHARE dan SEBARKAN hebahan ini kepada keluarga, sahabat dan kenalan.
"Siapa yang membina masjid kerana Allah, nescaya Allah akan membinakan baginya sebuah rumah di syurga." 🤲
29/05/2026
Alhamdulillah, Terima Kasih kepada semua dermawan.
29/05/2026
🌙 Salam Jumaat & Salam Zulhijjah 🌙
Di hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama merebut peluang memperbanyakkan amal jariah yang pahalanya terus mengalir hingga ke akhirat.
🏡 Pembinaan Surau Al-Muttaqin Bangi Avenue 1 kini semakin hampir ke garisan penamat, namun masih memerlukan sekitar RM348,000 lagi bagi menyiapkan keseluruhan pembinaan.
Setiap sumbangan yang dihulurkan, walau sekecil mana sekalipun, merupakan saham akhirat yang berterusan dan insya-Allah akan memberi manfaat kepada para jemaah yang beribadah, menuntut ilmu dan mengimarahkan rumah Allah ini.
✨ Rebutlah ganjaran amalan pada hari-hari terbaik Zulhijjah ini dengan berinfaq ke jalan Allah.
Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita, melimpahkan keberkatan rezeki serta melipatgandakan ganjaran di bulan yang mulia ini. 🤲
27/05/2026
🏡 RM350,000 Lagi Untuk Menyiapkan Rumah Allah
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah akan membina untuknya rumah di syurga.” (HR Bukhari & Muslim).
Pembinaan Surau Al-Muttaqin masih memerlukan RM350,000 lagi untuk disiapkan sepenuhnya daripada kos keseluruhan RM2 Juta.
Baki RM350k ini bukan sekadar angka. Ia adalah tiket untuk kita berkongsi pahala jariah yang takkan putus.Setiap batu bata, setiap hamparan permaidani yang bakal dipasang, ada bahagian daripada rezeki anda.
Ayuh jadi sebahagian daripada pemilik rumah di syurga.
✨ Satu sumbangan hari ini, insya-Allah menjadi bekalan yang berkekalan di akhirat nanti. Scan QR code dan transfer ke no akaun yang tertera untuk menyumbang.
Mohon jasa baik tuan puan untuk SHARE posting ini. Semoga setiap jari yang menekan butang share mendapat pahala yang sama.
26/05/2026
Kelebihan Hari Arafah. Jangan lepaskan peluang keemasan ini
22/05/2026
Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah syukur jutaan terima kasih kpd para pewakaf. Dana karpet sudah mencukupi Namun kami masih memerlukan sumbangan infaq dan Wakaf tuan puan bagi kerja2 akhir projek pembangunan surau Al-muttaqin Bangi avenue 1 ini.
Teruskan sedekah/infaq/wakaf. Ayuh bantu kami siapkan surau ini. Jzkk
17/05/2026
*Kemaskini kutipan semasa*
*Sasaran kutipan* RM 33,330 (3333 lot)
*Kutipan semasa* RM 11,000 (1100 lot)
*Baki diperlukan* RM 22,330 (2233 lot)
Alhamdulillah syukur, terima kasih kepada semua pewakaf dan semua yang bantu sebarkan iklan ini.
Ayuh! , hantarkan RM 10 (1 lot) tuan puan sekarang. Rebut peluang ini!
15/05/2026
Ayuh sama-sama berwakaf
Visit TikTok to discover videos!
Watch, follow, and discover more trending content.