03/10/2025
PERTANDINGAN HIASAN RUANG LEGAR MERDEKA DAN HARI MALAYSIA 2025
Kelab Kebajikan dan Sukan Agensi Antidadah Kebangsaan (Kelab AADK) telah menganjurkan Pertandingan Hiasan Ruang Legar sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2025.
Pertandingan ini diadakan bagi mencungkil kreativiti serta memupuk semangat patriotisme warga Ibu Pejabat AADK melalui dekorasi yang penuh makna dan simbolik kebersamaan.
Majlis diserikan dengan kehadiran Tuan Zainudin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), yang berbesar hati menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang.
Pertandingan ini melibatkan penyertaan semua bahagian dan unit di Ibu Pejabat AADK, yang masing-masing tampil dengan idea serta konsep kreatif tersendiri.
Suasana penuh warna-warni ini jelas membuktikan semangat kerjasama, inovasi dan rasa cinta terhadap tanah air dalam kalangan warga AADK.
Diharapkan penganjuran majlis ini dapat terus menyemarakkan semangat kecintaan kepada negara, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja AADK.
Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia
