Pejabat MARA Daerah Hulu Langat

Pejabat MARA Daerah Hulu Langat

Share

Pejabat MARA Daerah Hulu Langat

07/03/2026

إنا لله وإنا إليه راجعون
اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها
Ya Allah, ampunilah dia, rahmati dia, muliakan kematian dia, permudahkan segala urusannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.
ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن🤲
Al fatihah.

Dengan penuh rasa dukacita dan kehilangan yang amat mendalam, pihak KP Smile Syifa merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Dr Nurin Nadia Binti Ngatiman yang telah kembali ke rahmatullah pada 6 Mac 2026.

Sesungguhnya pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat kami warga KP Smile Syifa.

Semoga tinggi darjatnya di sisi Allah SWT, dilapangkan kuburnya, diampunkan segala dosa serta ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Ya Allah! Ampunilah dan rahmatilah dia, lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukainya dan maafkanlah dia, muliakanlah keadaannya dan luaskan kuburnya.

Mandikanlah dia dengan air, salji dan air yang dingin. Bersihkanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana dibersihkan baju yang putih daripada segala kekotoran.

Gantikanlah rumahnya yang lebih baiki daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka.

Al-Fatihah

01/03/2026

𝗠𝗘𝗡𝗝𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛

Dalam lipatan sejarah pembangunan negara, tersulam sebuah hikayat yang terbit rasa tanggungjawab dan amanah untuk membela nasib bangsa dan kemajuan di bumi pertiwi.

Tatkala bara nasionalisme menyala marak di dada anak watan, suara bumiputera bergema lantang menuntut keadilan dan peluang yang saksama dalam arus perubahan zaman.

Tanggal 1 Mac 1966, lahirlah Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah nama keramat yang menjadi lambang era baharu, sebuah badan berkanun yang termaktub di bawah Akta Parlimen, hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama tahun 1965. MARA, era baharu yang meneruskan amanah perjuangan dan mandat bagi memaju, menggalak serta melaksanakan pembangunan sosioekonomi dan kemasyarakatan, khususnya di wilayah luar bandar yang sekian lama mendambakan pembelaan.

Kini genaplah enam dekad berlalu.

Dalam tempoh yang panjang itu, MARA berkembang mekar menjadi institusi unggul bertaraf dunia. Dari ruang kuliah yang sederhana hingga ke pusat inovasi yang canggih, dari desa terpencil hingga ke pentas antarabangsa, jejak langkah MARA terpahat megah dalam lembaran pembangunan negara. Ia tidak sekadar menunaikan mandat yang diamanahkan, bahkan mencipta legasi yang diwariskan daripada satu generasi ke satu generasi.

Maka terzahirlah logo MARA 60 Tahun, sebuah angka yang bukan sekadar bilangan tetapi lambang perjalanan kegemilangan daripada akar sejarah yang kukuh hingga ke pengukuhan peranan MARA dalam membentuk masa depan bangsa yang gemilang.

Di sebalik angka itu terhimpun usaha, pengorbanan, serta keringat warga yang setia menjunjung amanah selama enam dekad, sehingga nama MARA masyhur di persada dunia. MARA bukan hanya sebuah institusi. MARA ialah suara harapan yang tidak pernah sepi. MARA ialah tiang kekuatan yang tidak pernah rapuh. MARA ialah amanah yang terus dijunjung, bukan sekadar dipikul, dipelihara bukan sekadar dilafazkan demi agama, bangsa dan negara, selagi hayat dikandung badan.

𝙎𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩 𝙃𝙖𝙧𝙞 𝙈𝘼𝙍𝘼 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙠𝙚 60 𝙩𝙖𝙝𝙪𝙣.








07/01/2026

*HEBAHAN BICARA INDUSTRI KEUSAHAWANAN*

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa FEP dengan kerjasama YTI-UKM akan mengadakan Bicara Industri Keusahawanan bertempat di Dewan Kuliah 1, FEP seperti butiran berikut:

*Sesi Perkongsian Ilmu 1: Pemasaran Kreatif*
🌸*Boss James*
Pengarah Urusan
Berjaya Mega Motors
*Tarikh : 8 Januari 2026 (Khamis)*
*Masa : 10.00 pagi - 11.15 pagi*

*Sesi Perkongsian Ilmu 2: Pemasaran Berimpak Tinggi*
🌸*Puan Siti Natrah Amirah*
Ketua Pemasaran
Siti Khadijah Apparel
*Tarikh : 8 Januari 2026 (Khamis)*
*Masa : 11.15 pagi - 12.30 tengah hari*

*Sesi Perkongsian Ilmu 3: Kewangan Keusahawanan*
🌸*YBhg. Datuk Wira Hj. Ameer Ali*
Pengarah Urusan
MYDIN
*Tarikh : 9 Januari 2026 (Jumaat)*
*Masa : 9.00 pagi - 11.15 pagi*

*Sesi Perkongsian Ilmu 4: Pendigitalan Kewangan*
🌸*Puan Husna Nashim*
Ketua Pegawai Eksekutif
ALAA Consultancy
*Tarikh : 9 Januari 2026 (Jumaat)*
*Masa : 11.15 pagi - 12.30 tengah hari*

Pelbagai pameran dan jualan menarik turut diadakan di Atrium dan perkarangan tempat letak kenderaan FEP.

Semua dijemput hadir.

Terima kasih.

06/01/2026

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗙𝗘𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 (𝗣𝗿𝗼𝗦𝗣𝗘𝗖) – 𝗕𝗜𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞𝗔𝗨𝗡𝗔𝗡

Nak jadi Usahawan Perakaunan Profesional? Inilah peluang anda untuk mulakan langkah anda ke dunia perakaunan profesional!

Permohonan Program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC) kini kembali. Sertai Prudence Consulting Group (PACCT) dan belajar terus dari pakar industri!

Tarikh Tutup permohonan: 23 Januari 2026 (Jumaat)
Taklimat Program: 29 Januari 2026 (Khamis) Secara atas talian

Imbas QR sekarang dan rebut peluang sebelum terlambat!

Untuk maklumat lanjut hubungi :

1. En. Fazli Shafiq | 011-19813761
2. Pn. Tania Hisham | 018-665455






06/01/2026

Semua dijemput hadir usahawan-usahawan MARA ke Program Bicara Industri Keusahawanan UKM bertemakan “Finance x Marketing: Rahsia Kejayaan Usahawan Inovatif” pada 8 & 9 Januari 2026

Tarikh : 8 hingga 9 Januari 2026 (Khamis–Jumaat)
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

24/12/2025

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗙𝗘𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 (𝗣𝗿𝗼𝗦𝗣𝗘𝗖)

Bersama U.n.i Klinik | U.n.i Farmasi | U.n.i Dental

Anda doktor perubatan, doktor gigi atau ahli farmasi yang bercita-cita membuka klinik atau farmasi sendiri?

Inilah peluang anda untuk merealisasikan impian menjadi usahawan profesional di bawah jenama tersohor MARA.

Apa yang ditawarkan?

Pakej latihan pembangunan usahawan profesional
Bimbingan penjenamaan dan pengurusan perniagaan
Kemudahan pembiayaan untuk memulakan klinik atau farmasi anda sendiri

Taklimat Program :

Tarikh: 29 Januari 2026 (Khamis)
Platform : Secara atas talian (pautan akan dimaklumkan kemudian)

Tarikh Tutup Permohonan : 23 Januari 2026 (Jumaat)

Sertai taklimat dan mohon sekarang.
Imbas kod QR pada poster atau hubungi kami untuk maklumat lanjut:

1. 03-2613 4809 (Encik Saiful Azhar)
2. 03-2613 4831 (Encik Mohamad Nizam)






23/12/2025

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗙𝗘𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 (𝗣𝗿𝗼𝗦𝗣𝗘𝗖)
𝗕𝗜𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗩𝗘𝗧𝗘𝗥𝗜𝗡𝗔𝗥

MARA kini membuka peluang kepada graduan Doktor Veterinar Bumiputera untuk menyertai Program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC) bagi bidang veterinar.

Program ini bertujuan melahirkan usahawan veterinar profesional melalui pemilikan klinik veterinar sendiri serta penyediaan latihan berstruktur yang memfokuskan kepada pengurusan dan operasi klinik veterinar.

Apa yang ditawarkan?
Layak memohon pembiayaan sehingga RM400,000.00
Bimbingan di bawah jenama DrVET – Klinik Veterinar
Latihan, khidmat nasihat dan pemantauan keusahawanan

Taklimat Program:
Tarikh: 29 Januari 2026 (Khamis)
Platform: Secara atas talian
Tarikh Tutup Permohonan: 23 Januari 2026 (Jumaat)

Sertai program ini dan mohon sekarang.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

1. 010-331 1062 (Encik Azamuddin)
2. 03-2613 4831 (Encik Mohamad Nizam)






Photos from Pejabat MARA Daerah Hulu Langat's post 15/12/2025

📢 PREMIS MARA UNTUK DISEWA 📢

MARA Daerah Hulu Langat membuka tawaran permohonan sewaan premis bermula

15 Disember 2025 hingga 31 Disember 2025

📍 Lokasi & Lot Kosong:
1. Arked MARA Kajang
2. Bazar MARA Semenyih
3. Bizbox Bangi

💻 Permohonan boleh dibuat melalui portal MyPremis MARA atau imbas kod QR pada poster.
https://mypremis.mara.gov.my/portal/

📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Pejabat MARA Daerah Hulu Langat
Lot 29A, Tingkat 1 Bangunan Arked MARA Kajang, Jalan Reko
43000 Kajang, Selangor
☎️ Tel: 03-87367791

11/12/2025

wow...

Photos from Pejabat MARA Daerah Hulu Langat's post 02/12/2025

temui Usahawan² Hulu Langat di Selangor Showcase 2025 bertempat di Medan MARA Kuala Lumpur mulai 3 Dis - 5 Dis 2025.

antaranya
1. Mak Kimbong
2. Chef Kecik
3. Kek Lapis Salbiah
4. Maizatul Atiera a. k. a Wawa Cosmetic
5. Karipap Pusing
6. Food Truck - Kaffien Rush
7. Food Truck - Chulop
8. Satay Limau Purut

penampilan istimewa
1. Usop Mentor
2. Mia

Want your business to be the top-listed Government Service in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


NO. 29A, TINGKAT 1, BANGUNAN ARKED MARA KAJANG, Jalan REKO
Kajang
43000